Saturday 11 August 2007

LOST A DIAMOND....


Kata-kata ini telah banyak yang kita dengar dan lihat...



"NEVER TAKE SOMEONE FOR GRANTED HOLD EVERY PERSON CLOSE TO YOUR HEART BECAUSE YOU MIGHT WAKE UP ONE DAY AND REALIZE THAT YOU'RE LOST A DIAMOND WHILE YOU WERE TOO BUSY COLLECTING STONES........"

Pengertiannya cukup jelas dan terang tentang kealpaan kita tentang seseorang yang kita tidak sedar kewujudan mereka...Mungkin mereka telah menolong kita,menasihati kita,memandu kita ke arah kebaikan,atau apa2 sahaja yang mulia pada pandangan mata manusia...tapi akibat kelekaan dan kealpaan kita ,kita tidak menghirau atau mempedulikan mereka...Malah tidak pernah mengucapkan terima kasih...Suatu masa apabila dia telah pergi baru kita sedar dan rasa kehilangan..kehilangan yang mungkin kita tidak akan temui lagi...kehilangan untuk selama-lamanya...
Dalam kehidupan yang sementara ini kita akan mengenal pelbagai jenis manusia,ada yang baik dan ada yang sebaliknya...Cukup indah penghuni dunia ini..ada pelbagai ragam dan sifat..Manusia kadang2 tidak dapat membaca atau mengagak sifat manusia sendiri...Hanya Allah yang tahu segala-galanya...Di dalam perjalanan hidup itulah kita akan berjumpa dengan seseorang yang kita rasa tidak pernah kita jumpa...Kita rasa bertuah memiliki mereka sebagai kawan,sahabat atau apa sahaja istilah yang sesuai bagi perhubungan yang mulia itu...Kita rasa senang dan selesa berkawan dengan mereka itu..tetapi perjalanan hidup melekakan dan mengalpakan kita...Kita tertinggal mereka ini dibelakang akibat kesibukan diri...Kita terlalu asyik dengan manusia-manusia lain yang ada disekeliling kita...Ada yang datang sekejap dan hilang..ada yang datang dengan kepentingan diri mereka sendiri...macam2 ada...Akhirnya apabila kita tersedar kita telah jauh meninggalkan sahabat kita yang mulia itu...Kita mencari dan mencari tapi tidak kita temui..kerana dia telah pergi dan takkan kembali lagi....Jadi hargailah sesiapa yang anda rasa perlu dihargai sentiasa dalam hidup anda...lihat dengan mata hati siapakah kawan atau sahabat yang anda tidak perlu anda tinggalkan itu...Hargai lah mereka sebelum mereka pergi....