Thursday, 19 July 2007

MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN PERSAUDARAAN..




Antara langkah syaitan dalam menggoda dan menjerumuskan manusia adalah dengan memutuskan tali hubungan ukhuwwah antara sesama umat islam.Ramai umat islam terpedaya dengan langkah-langkah yang salah itu.Kadang-kadang tentang harta atau apa sahaja situasi buruk.Ada yang putus hubungan sampai setahun atau lebih.Malah ada yang bersumpah untuk tidak menegur selama-lamanya.Jika sengaja bertemu dijalan pun ,memaling muka.Jika berjumpa disuatu majlis pun hanya bersalam dengan orang yang sebelum dan selepasnya.Inilah sebenarnya suatu kelemahan dalam masyarakat umat islam.Oleh sebab itu hukum syariat tentang perkara ini amat tegas dan keras..

Abu Hurairah Rahiallahu Anhu berkata ,Rasulullah S.A.W. bersabda :

"TIDAK HALAL SEORANG MUSLIM MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN SAUDARA MUSLIMNYA LEBIH DARI TIGA HARI.BARANGSIAPA MEMUTUSKAN LEBIH DARI TIGA HARI,DAN MENINGGAL MAKA IA MASUK NERAKA"

Abi Khirasy Aslami Radhiallahu Anhu berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:
"BARANGSIAPA MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN SAUDARANYA SELAMA SETAHUN MAKA IA SEPERTI MENGALIRKAN DARAHNYA"

Untuk membuktikan betapa buruknya memutuskan hubungan antara sesama muslim cukuplah dengan mengetahui bahawa Allah menolak memberikan keampunan kepada mereka.

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah,Rasulullah S.A.W. bersabda:

"SEMUA AMAL MANUSIA DIPERLIHATKAN (KEPADA ALLAH) PADA SETIAP JUMAAT(SETIAP PEKAN) DUA KALI,HARI ISNIN DAN KHAMIS .MAKA SETIAP HAMBA YANG BERIMAN DIAMPUNI (DOSANYA) KECUALI HAMBA YANG ANTARA DIRINYA DENGAN SAUDARANYA ADA PERMUSUHAN."DI FIRMANKAN KEPADA MALAIKAT :"TINGGALKANLAH ATAU TANGGUHKANLAH (PENGAMPUNAN UNTUK) DUA ORANG INI SEHINGGA KEDUANYA KEMBALI BERDAMAI."

Jika salah seorang bertaubat kepada Allah .ia seharusnya bersilaturrahim dengan kawannya dan memberikannya salam.Jika ia telah melakukannya manakala yang lain menolak maka ia telah lepas dari tanggungan dosa,adapun kawannya yang menolak damai itu,maka dosa itu tetap ada padanya.

Abu Ayyub Radhiallahu Anhu meriwayatkan.Rasulullah S.A.W. bersabda:" TIDAK HALAL BAGI SEORANG LAKI-LAKI MEMUTUSKAN HUBUNGAN SAUDARANYA LEBIH DARI 3 MALAM.SALING BERPAPASAN TAPI YANG INI MEMALING MUKA DAN YANG ITU (JUGA) MEMALING MUKA.YANG TERBAIK DI ANTARA KEDUANYA IAITU YANG MEMULAI SALAM".

Tetapi jika ada alasan yang dibenarkan seperti meninggalkan solat atau terus-menerus melakukan maksiat sedangkan pemutusan itu berguna untuk bersangkutan dengan membuatkannya kembali kepada kebenaran atau membuatkannya bersalah maka hukumnya adalah wajib.Tetapi bila tidak mengubah keadaan dan ia malah berpaling, membangkang, menjauh,menentang dan menambah dosa maka ia tidak boleh memutuskan hubungan dengannya.Sebab perbuatan itu tidak membuahkan masalah malah mendatangkan mudharat.Dalam situasi ini cara yang paling baik adalah terus-menerus berbuat baik padanya menasihati dan mengingatkannya.

Saturday, 14 July 2007

KAWAN DATANG DAN PERGI


Kawan...ramai juga panggil sahabat,rakan...apa jua istilah yang diberi ianya sudah cukup menerangkan tentang persahabatan...Semua orang ada kawan..Kawan baik,kawan biasa,kawan intenet dan macam2 kawan lagi..Tapi sedarkah kita tentang kawan sejati...Kawan yang sentiasa ada disisi kita semasa susah dan senang kita..Amat payah untuk kita mencari sahabat sejati dalam dunia yang penuh kepura-puraan sekarang..kebanyakan mereka menjadi kawan dengan bersebab atau mempunyai kepentingan...Dunia dunia kenapa manusia ini semakin hipokrit dalam mencari kawan?..Disebabkan kepentingan diri maka kita berkawan..tiada lagi keihlasan dalam berkawan..Semata-mata ada kepentingan sahaja ..sebab itulah kawan datang dan pergi...Mereka datang bila inginkan sesuatu dan pergi bila hajat mereka telah dipenuhi atau di capai..Mereka datang kembali bila mempunyai hajat...dan pergi kembali..Tidak pernah atau susah kita mencari sahabat sejati yang selalu ada dalam hidup kita dimasa senang dan lebih-lebih lagi dimasa susah kita.. Kita sebenarnya tidak faham erti persahabatan yang sebenarnya...Kita tidak dapat menilai erti persahabatan...Persahabatan yang sejati adalah persahabatan yang tiada penghujungnya...Persahabatan itu akan sentiasa mekar dan segar dalam perhubungan antara dua insan...Persahabatan yang tiada akhirnya sehinggalah kita mengadap illahi kembali...Sepanjang hayat... Tetapi kenapa kini manusia semakin berkepentingan ?..Mereka tidak mahu menghargai erti persahabatan yang sebenar..Mereka bersahabat apabila ada kepentingan sahaja...bila tiada mereka pergi... Amat payah untuk mencari sahabat yang sejati...Kerana sahabat akan datang dan pergi....