Wednesday, 20 February 2008

TERASING

Terasing

Allahyarham Sudirman Hj Arshad..

Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Thursday, 14 February 2008

SELAMAT HARI LAHIR

Hari ini 14hb Februari adalah hari lahir AD yag ke 3+...dah tua rasanya..huhu...Org lain sibuk sambut velentine tapi AD tak sambut semua itu kerana ianya tidak bersesuaian dengan agama kita..BAgi AD untuk memperingati kasih sayang adalah untuk setiap saat dan ketika...Kasih ,sayang dan cinta perlu ada dan kekal dalam hati setiap masa.Tidak kiralah cinta dan kasih sayang kepada Pencipta atau sesama makhluk.. Yang AD tahu kasih sayang dan cinta dalam hati AD tidak terjarak walaupun seinci..Terima kasih kepada ucapan2 melalui call, sms,myspace dan friendster..Terharu rasa..AD hargai sangat2 ucapan2 tersebut..TQ very much...Nasihat AD untuk diri dan bloggers sekelian..jalanilah hidup ini dengan penuh keinsafan dan kesedaran tentang nikmat dan hikmah Allah.Kenikmatan dan hikmah kehidupan singkat yang kita ada ini seharusnya kita hargai dan jaga agar kenikmatan itu sentiasa kekal sepanjang hidup kita.Insyallah...




Hi5, Xanga, Tagged, Blogger Comments @ 123glitter.com







Hi5, Xanga, Tagged, Blogger Comments @ 123glitter.com

Monday, 11 February 2008

SETIAKU KORBANKAN....

Setia Ku Korbankan

Inikah dugaan yang ku terima
Menyintai mu sepenuh jiwa
Untuk bersama mu
Kesabaran membakar fikiran

Rinduku embunan di lautan
Cintamu debunga berterbangan
Tak pernah mempeduli kasih sayang
Yang aku korbankan

( korus )
Kau janjikan bahagia
Namun kau hantui dengan gurauan berbisa
Kau janjikan setia
Rapuh ku berpegang untuk hidup bersamamu
Kembalilah hangati semula asmaraku dengan mu
Demi cinta suci

Andainya tak mungkin ku miliki
Keayuan kasih impianmu
Lepaskan asmara di jiwaku
Setia ku korbankan

Sunday, 10 February 2008

KESINAMBUNGAN...





Apa yg AD nak ceritakan kali ini adalah kesinambungan titipan Ad pada 31 Oktober 2007 lalu...Untuk pengetahuan semua sejurus selepas habisnya notis pemberhentian kerja AD akhir bulan satu baru2 ini AD sudah bekerja di sykt baru..Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kesinambungan rezeki ini..Walaupun tawaran kerja ini biasa2 sahaja...dengan komitmen yang lebih tapi syukur kepadaNYA kerana dipilih untuk mendapat rezeki ini..Karier baru ini memerlukan suatu komitmen yang lebih dan perlukan penelitian yang sangat tepat dan tetap..hehe..kalo tidak tak balance..huhu...
Kita sentiasa dalam proses pembelajaran setiap hari..AD juga masih belajar dalam bidang baru ini.Even bidang ini tiada kaitan dengan ijazah yang ada tapi ada jugalah sikit2 korelasi dengan diploma dahulu..Walupun telah lama ditinggalkan kena recall balik segalanya...Walaupun pada mulanya amat berat nak terima tapi AD tiada pilihan..Dan niat nya hanya satu untuk menambahkan ilmu dan belajar sesuatu yang baru..Tidak cuba kita tidak tahu..rite?..So insyallah..Ad akan cuba dan terus mencuba..Tapi AD tidak akan berhenti disini untuk peluang2 yang lebih baik..Moga suatu hari AD akan dapat suatu kerjaya yang tetap dan tepat..Doakan Ad semoga AD tidak leka dan lalai dalam pencarian hidup ini...Terima kasih pada kawan2 yang memberikan sokongan..alhamdulillah..syukur juga AD mendapat kawan2 seprihatin kalian..
Oklah cukup titipan kali ini..lenkali plak ya...