Friday, 10 June 2011

KITAB CINTA


Setelah TV Al Hijrah bleh tgok kat Astro ..start plak cite Kitab Cinta..Macam best jer cite ni adaptasi dari Novel Taufiq Rahman..Jom nonton..hehe


SINOPSIS DRAMA KITAB CINTA (NOVEL NUKILAN TAUFIQ RAHMAN)

Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.