Sunday, 23 October 2011

TIADA LELAH KAKI MELANGKAH


APA YANG KITA HARAP TIDAK SEMSTINYA KITA DAPAT
APA YANG KITA DAMPA TIDAK SEMESTINYA KITA JUMPA

APA YANG KITA CITA-CITA TIDAK SEMESTINYA KITA TERIMA

APA YANG KITA INGIN TIDAK SEMESTINYA KITA MILIKI


JAUH SUDAH LANGKAH KAKI

JAUH SUDAH JARAK PERGI

JAUH SUDAH MENAPAK KAKI

JAUH SUDAH JALAN TELUSURI


LIHAT KIRI MASIH SAMA

LIHAT KANAN MASIH SERUPA

TIADA BEZANYA DULU
TIADA LAINNYA DULU


KENAPA HARUS SAMA
KENAPA HARUS SERUPA

SEDANGKAN LANGKAH SUDAH JAUH

SEDANGKAN JARAK SUDAH PANJANG


ADAKAH INI NASIB DIRI

ADAKAH INI TAKDIR DIRI

TIADA UBAHNYA MACAM DULU

TIADA LAINNYA MACAM DULU


BANYAK SUDAH USAHA DIGARAP
BANYAK SUDAH PELUH MENITIK

BANYAK SUDAH AIRMATA MENANGIS
BANYAK SUDAH BICARA DIATUR


BILA MELIHAT KE DALAM DIRI
BILA MERENUNG MATA SENDIRI

DIMANA TIDAK KENANYA USAHA

DIMANA TIDAK KUATNYA DAYA


WALAU NASIB TIDAK MENYEBELAHI

WALAU TAKDIR INI NAMPAKNYA MASIH SEPI

USAHA TIDAK PERNAH KALAH

KEDERAT TIDAK PERNAH LELAH


SAMPAI TITIS-TITIS AKHIR AIRMATA

SAMPAI TITIS-TITIS AKHIR PELUH

AKU AKAN TERUS MELANGKAH

AKU AKAN TERUS MENGGAPAI


MOGA SUATU MASA

MOGA SUATU KETIKA

MANISNYA AKAN ADA

BAHAGIANYA AKAN TERCIPTA


Titipan Melankolik ;
AD Rifza

11.30 PM

Tuesday, 11 October 2011

AKU PUNYA PILIHAN



MANUSIA TIDAK TAHU
MANUSIA TIDAK NAMPAK
APA YANG ADA DIHATI
APA YANG TERBUKU DIHATI

MANUSIA HANYA MELIHAT ZAHIR
TANPA MERASAI BATIN
YANG TERSEKSA TIDAK PERNAH DIFIKIR
MEMBUAT JUSTIFIKASI TANPA IZIN

APA AKU RASA
APA AKU HADAPI
TIDAK PERNAH MAHU RASA
WALAU KECIK RASA HATI

TANGISAN TIDAK PERNAH DIENDAH
RESAH TIDAK PERNAH DIRASAI
HANYA PANDAI MENGARAH KATA INDAH
UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI

AKU TIDAK LAGI MAHU TAHU
AKU TIDAK LAGI MAHU DENGAR
APA SAHAJA CADANGAN ORANG
APA SAHAJA HULURAN ORANG

AKU ADA CARAKU
AKU ADA JALANKU
AKU BUKAN BERALASAN
KERANA AKU JUGA PUNYA PILIHAN.


DALAM HIDUP KITA PUNYA PILIHAN SENDIRI DALAM MENENTUKAN APA SAHAJA PILIHAN HIDUP.MANUSIA-MANUSIA LAIN HANYA BOLEH MENCADANG DAN BAGI PENDAPAT SAHAJA YANG MENENTUKAN ADALAH DIRI KITA SENDIRI.MANA MUNGKIN KITA MAMPU MENGIKUT APA SAHAJA CORAK YANG CUBA DICORAKKAN ORANG LAIN.KITA JUGA MAMPU MENCORAK DIRI KITA SENDIRI.KITA PUNYA CARA KITA PUNYA JALAN KERANA KITA JUGA PUNYA PILIHAN.MANUSIA LAIN HANYA MAMPU MELIHAT APA YANG KITA LAKUKAN.SEBETULNYA AKU TIDAK SUKA KEPADA MANUSIA-MANUSIA YANG CUBA MENCORAKKAN HIDUP MANUSIA LAIN.ADAKAH MEREKA CUKUP SEMPURNA UNTUK ITU ? TIDAK ..MANA MUNGKIN ADA MANUSIA YANG SEMPURNA .AKU TAHU INI ADALAH CAKNA MEREKA KEPADAKU TAPI HARAP MAAF AKU TIDAK BOLEH MENERIMA CARA SEBEGITU KERANA AKU JUGA PUNYA PILIHAN.....

Monolog diri 12.35 am

Tuesday, 4 October 2011

Pergi Tak Kembali



Tadi terkejut dan sedih sgt2 bila dapat tau kawan atau sahabat kita pergi buat selama-lamanya..Tadi just sms tanya khabar kawan yang dah lama tak contact, AD kenal kalau tak silap almost 5 years pernah jumpa beberapa kali di Besut dan KL..Tiba-tiba adiknya yang reply sms bagitau abgnya dah tiada dan minta halal semuanya..YA ALLAH ! AD tatau perkara ni sbb mmg dah lama tak contact...AD kenal saudara MUIN ni dari blog..Orangnya baik sangat2 dan boleh dikategori sebagai seorang sahabat..You know what I feel?Rasanya Ya ALLAH tatau nak cakap..Sedih sgt2..Situasi ini kali kedua AD rasa..Pertama tahun lepas bila kawan FB juga baik dan selalu mengadu masalah tetapi tiba2 dia tidak sihat dan balik ke Serawak..Dia pernah call beberapa kali sebelum dia meninggal tetapi AD tak sempat pick up then after one week AD sms ..Adik arwah juga reply bagitau arwah sudah tiada...Situasi sama ini 2 kali berlaku...AD tidak terkata camana nak cakap..Apa-apa pun moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..AL FATIHAH....DariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali..Satu masa kita pasti akan menyusul...