Sepi itu ada..sepi itu rela...sepi itu sedia...sepi itu makna...Blog ini sudah lama sepi...sudah lama sunyi tapi hari ini ada kembali..medium sosial lain menyepikan apa yang biasa ada..melenyapkan apa yang nampak..namun satu ketika sepi dan sunyi itu diterpa...ditempuh..dilalui..agar yang sepi itu tidak selalu sunyi..dan yang sunyi itu tidak selama-lamanya sepi....
Friday, 13 September 2013
Saturday, 18 May 2013
Seperti Dulu
Lama sepi itu ada dalam blog ini..Masa itu mengekang kata tidak terluah..Namun kali ini madah itu masih ada seperti dulu...
Seperti dulu
Senyum itu
Tangis itu
Ketawa itu
Diam itu
Seperti dulu
Rasa itu
Madah itu
Nada itu
Riak itu
Seperti dulu
Jalan itu
Corak itu
Arus itu
Jarak itu
Seperti dulu
Sepi itu
Sunyi itu
Dendam itu
Kejam itu
Seperti dulu
Ajaran itu
Nasihat itu
Kata-kata itu
Seperti dulu
Rindu itu
Cinta itu
Kasih itu
Sayang itu
Ad RiFza
12.20 AM
18 Mei 2013
Friday, 8 March 2013
Kosong - No idea..
RASA ingin menjenguk blog malam ini RASA ingin memelankolikkan malam tetapi tiada idea yang datang...Cuba cuba dan cuba tetapi tidak juga datang...Hanya tulisan ini saja yang mampu..KOSONG malam ini...Malam yang KOSONG..Bicara yang KOSONG..
Wednesday, 27 February 2013
Kerana Mahu
Kerana mahu
Kita melangkah
Kerana mahu
Kita berjuang
Kerana mahu
Kita meneroka
Kerana mahu
Kita meredah
Kerana mahu
Kita berlari
Kerana mahu
Kita menggali
Kerana mahu
Kita bertahan
Kerana mahu
Kita menghalang
Kerana mahu
Kita menangis
Kerana mahu
Kita bersabar
Kerana mahu
Kita menangis
Kerana mahu
Kita bersabar
Kerana mahu
Kita berusaha
Kerana mahu
Kita berdoa
Friday, 15 February 2013
SENDIRI WALAU SAKIT DAN KALAH
Hanya mencipta supaya blog ini tidak selalu sepi...biarpun ada sekeping hati yang sepi...
SENDIRI WALAU SAKIT DAN KALAH
Kita sendiri dalam menempuh kehidupan
Kita sendiri dalam meneruskan kehidupan
Kita sendiri dalam menelurusi jalan
Kita sendiri dalam langkah ke hadapan
Dulu kita tidak sendiri
Dulu kita berdua
Dulu kita bertiga
Dulu kita ramai
Tetapi tidak semua mampu menangis bersama-sama kita
Tidak semua ingin sakit bersama-sama kita
Tidak semua ingin kalah bersama-sama kita
Namun
Kehidupan perlu diteruskan
Langkah perlu terus dilangkah
Jalan perlu terus diteroka
Biarpun jalan ini kita perlu menangis
Biarpun jalan ini menyakitkan
Biarpun jalan ini membuat kita kalah
Kerana aku yakin
Suatu masa kita boleh ketawa
Suatu masa luka kita sembuh
Suatu masa kita akan menang
12.45 Tghari
Jumaat 15 Februari 2013
AD RiFza
Friday, 25 January 2013
Di HAMPARAN DUNIA
Lama tak jenguk blog..lama blog ni sepi sesepi tuannyakah?..kesibukan kerja kadang-kadang membataskan apa sahaja yang kita mahu lakukan..ada juga kesempatan namun sibuk pula dengan aktiviti lain..blog ini tidak seperti dulu meriah dengan entri2 ..masa juga mungkin penyebab kerana sudah ramai bloggers2 dulu menyepikan diri malah ada blog yang telah mati tidak wujud lagi..tapi melancholic hyphothesis masih ada lagi menemani pada siapa yang sudi membaca entri2 yang lahir langsung dari diri..pernyataan RASA diri dan RASA diri orang lain ..ianya tetap melankolik sesuai dengan tajuk blog ini..Terima kasih pada siapa yang masih sudi menemani sejak dulu..Anda amat-amat saya hargai...
Di hamparan dunia
Aku sayang
Aku rindu
Aku cinta
Di hamparan dunia
Aku menyimpan sayang
Aku membekam rindu
Aku mengikat cinta
Di hamparan dunia
Aku bisu dalam kata
Aku kaku dalam madah
Aku kelu dalam nada
Di hamparan dunia
Nasibku tidak tahu
Diriku tidak mampu
Jejakku langkah kaku
Di hamparan dunia
Aku tidak bisa menerus
Aku tiada daya menebus
Aku tiada kudrat menaruh
Di hamparan dunia
Aku kalah
Aku berserah
Aku pasrah
Subscribe to:
Posts (Atom)