Friday, 26 September 2008

SALAM AIDIL FITRI

RAYA AD copy


AD just nak ucapkan Selamat Menyambut Hariraya Aidilfitri..Ad mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan dan kealpaan AD selama ini kay...Ada apa-apa tulisan yang menyinggung atau apa sahajalah salah silap kawan2 bloggers dan kawan2 kat luar yang kenal AD, AD susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf kay..Moga kita juga diampunkan olehNYA atas kesilapan dan kealpaan diri kita selama ini..
Bagi yang nak balik kampung tu bawak kereta elok2 kay..biar lambat asalkan selamat..Insyallah..Hati-hati kay bawak kereta ramai yang menunggu anda di kampung tu..So makan biskut raya ke apa ke ingat kat Ad yea..hehe..Dan bagi yang kena kerja juga masa raya tu sabarlah kay semoga pengorbanan anda akan dapat ganjarannya suatu hari nanti..Insyallah...Ad for sure busy yang amat raya ni start raya pertama malam sampailah raya ke 4..Sesiapa yang dekat2 tu jemputlah datang rumah yea raya ke 4 tu..Majlis besar akan dijalankan hari itu..Insyallah...Kay salam ikhlas penuh ukhuwwah untuk semua bloggers dan peminat2 tulisan Ad(ada ek?..hihi)...Keprihatinan dan kesanggupan anda membaca blog Ad yang tak seberapa ini amat Ad hargai..thanks a lot..Salam..

Thursday, 25 September 2008

Puas atau Tidak?

Hmm hari ni eh semalam laa kan dah kul 1 pagi lebih ni..hehe..Just wake up from sleep terkejut ada orang call..Terus takleh tido..huhu..Jot down something here..Semalam keje yang Ad buat sampai malam tus dikomen...huhu..Rasa tak satisfied jer rasa..Memamglah bila benda dibuat tergesa-gesa dengan dateline pulak nak onspot so adalah kekurangannya laporan itu...Boss panggil.."Ad (acctually boss tak panggil nama ni..hihi) you have to check back your report,there is some mistake youve done in your report..After that you just email it to me..."..Argghh report salah?..Adusss..kenapa orang yang buat sebelum ni tidak pun dikomen macam ni?Why my group dua orang ni...Asal saja kita nak buat kelainan dan tak mahu copy and paste saja kena betulkan pulak..aduss..Sampaikan manager pun tahu..huhu..what to do..We learn from mistake..rite?..Hope after this Ad dapat peka tentang kesalahan2 itu..Harap2 laa tidak buat kesalahan yang sama...So rasa tidak puashati gaklaa dengan hasil keje sendiri..tapi dengan keadaan masa yang terhad sesiapa pun tidak dapat rasanya menghasilkan sesuatu yang baik..agree with me?..

Wednesday, 24 September 2008

Keje vs Sakit

Salam Ramadhan yg ke 24 ...Dah 24 hari dah kita berpuasa..Dah semakin hampir kita dengan syawal...Dan ramadhan beransur-ansur pergi...Sedihkan bulan yang cukup mulia dan penuh keberkatan akan pergi meninggalkan kita..Entah tahun depan dapat berjumpa atau tidak kita masih tidak pasti..Hanya dengan ketentuanNYA..
Minggu ini Ad betul2 busy dengan keje..Betul2 busy ..baru je balik keje pukul 12 tadi..Taulah dengan jauhnya ke tempat keje so turun dari pejabat ambik masa dekat one hour nak sampai rumah..Tensen keje macam2 ..Boss nak itulah inilah..Kadang2 onspot nak tang tu jugak..huhh..tu tal masuk rutin keje harian yg perlu dibuat...Kadang-kadang terfikir kenapa aku tak keje je yang dulu banyak masa relex even gaji seciput..Yang keje ni pun gaji biasa2 jer keje penat..But pilihan telah dibuat so hidup perlu diteruskan..rite?..By hook by crook..Life must go on...Akan datang kita fikirkan kemudian..Ok?..hehe..
Ketensenan Ad ni lebih membakar bila sakit kaki Ad datang kembali..Ni kes makan daging kambing lee ni..huhu..Apo nak dikato..Den dah sakit nih hah..orang lain tak dapek nak nolong eh..Bila keadaan ini bersama iaitu sakit dan keje..Hidup rasa lebih tensen..Nak MC sian lak kat kawan sebab keje ni dengan group 2 orang..So sianlak nak tinggalkan beban itu kepada kawan sorang tu..For sure tak terbuat dia...So I have to..Sakit-sakit pun drive gak gi keje..Semata-mata nak siapkan laporan harian dan mingguan untuk minggu ini..Hope so report yang dibuat menepati kehendak bos-bos atasan.Hope so jugak tidak dikomen..Hehe...
So bloggers semua for sure ada yang dah soping raya kan..mesti banyak pakaian2 baru yg dibeli..Dan maybe ada yg akan RAYA SAKAN..hehe..Apa-apa jer lah asalkan semua berbahagialah hendaknya..Insyallah..BUT jangan lupa akhir ramadahan ini ada malam lebih baik dari sewribu bulan..Sama-samalah kita mencarinya dan moga kita temuinya..Insyallah..

Wednesday, 17 September 2008

Kepenatan di hari puasa ke 17

Salam Ramadhan semua bloggers dan peminat2 misteri..ahaks..ada ker?..hehe... So arini cuti di sini so petang2 ni takde apa nak buek so tulis bloglah ..pagi tadi dah post satu entry renungan..Kali ni nak cerita bab cuti arini plak..So pagi2 sedang2 duk check2 msg kat laman2 friendster,myspes,facebook dan blog nih tiba2 Ad terdengar orang menjerit kat luar rumah..Tangkap!Tangkap! Lari tu ...Tangkap!Tangkap!...Ad duk fikir apo kobondo eh bising2 kat luar tuh..Ad buat dekk jer memula tu...Alih2 dengar lagi..Tangkap!Tangkap! Lari kot sana tu..Tangkap!..Ad pun bergegas kuar umah..
Ad tengok 2 orang sedang mengejar..Sorang saudara Ad ..Ayah Soh dan sorang lagi Bro Kamal..Orang Kg nih jugak..Ad pun membantu mereka mengejar...keliling rumah Ad saling berkejaran...Ikut sana!Ikut sana! Tangkap!..Kami bekejaran sampailah ia masuk ke bawah rumah Ad..Tiada ruang lagi untuk lari..hahaha..bagus2 semua sekat jalan supaya takleh kuar...dibantu oleh seorang lagi orang kampung Ayah Wi..Kami berempat cuba menangkap..Cubaan ia mengelak untuk ditangkap gagal...Akhirnya ditangkap..Berjaya...Dan kedengaranlah bunyi Embekkk!Embekkk!...Fuhhh ponat den ..dah laa pose..diorang ni camana laa ikat kambing sampai terlepas...kambing tu sebenarnya nak disembelih untuk majlis berbuka puasa kat Balaisoh(surau) kg Ad malam ni...hehehe...Dan kambing itu sudah selamat disembelih dan Ad ada gak pi tolong2 tadi melapah kambing tu..Set-set veteren jer yang expert melapah kambing ni..Ad ada gak tolong menghiris daging tu kecik2...Itu jer laa yg pandai..hehe..tapi oklahkan buat amal jariah bulan2 pose ni....Best2 malam ni makan daging kambing masa berbuka...Harap2 jangan laa beri kesan pada sakit kaki Ad nanti (Mesti ada yang marah Ad cakap macam ni..ahaks..sori terliur sangat nak makan)..Insyallah tak beri kesan....Nanti raya ke 4 kita makan kambing lagi..Masa tu 3 ekor akan dikorbankan..ehhe.. Ok selamat berpuasa ya..Dah lebih setengah bulan berpuasa..camana puashati dengan pengisian kita?..Kalo belum masih ada masa..Sama2lah kita meneruskan ibadah ini dengan berjaya...Insyallah...

SALAM NUZUL QURAN

Nuzul Al-Quran
Salam Nuzul Al-Quran untuk semua bloggers..Just want to share entry yang AD dapat berkaitan Nuzul Al Quran untuk renungan kita bersama.Insyallah...

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Oleh: Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Friday, 12 September 2008

RAHMAT DISEBALIK UJIAN ...

Salam Ramadhan ...Hari ni cuti jumaat so takde apa yg hendak di buat..Puasa-puasa ni jalan2 kurang sikit..hehe..kalo pegi pun bazar ramadhan kat pekan Machang sebelah petang...Nak beli akok,jala mas, buah tanjung la rasanya..Kueh Klate..but now quite expensive laa..Jala mas tu dah 3 utk 2 ringgit...Hmmm semua semakin mahal walaupun hari2 dipantau oleh Pegawai Pemantau Harga KPDNHEP..Nak buat camno kan..dah bahan2 mentah pun mahal jugak so peniaga takde pilihan kecuali naikkan harga..dan kenapa pulak bahan mentah itu mahal?sebabnya kos pengangkutan...Kos pengangkutan pulak sebab apa?..Semua pun tahukan?..Hmmm..Sabar je lah....Cuti2 ni plan nak kemas apa2 yang patut untuk majlis besar nanti hari raya ke 4 ..Moga semuanya berjalan lancar..Insyallah..
Hari ini dah hari yg ke 12 kita berpuasa..Sepanjang 12 hari ini sudahkah kita memanfaatkan peluang yang Allah berikan kepada kita pada bulan ini?..Mungkin ada yg ambil peluang itu dan mungkin juga tidak oleh sebab kesuntukan waktu kerja atau macam2..tapi semua itu adalah ketentuannya juga...Kita diuji lagi dengan kesuntukan waktu untuk mengejar sesuatu peluang yang diberikan untuk kita..Tapi itu pandai2lah kita membahagikan masa kedua2nya penting dunia dan akhirat..Dalam waktu ini juga macam2 ujian dan dugaan telah kita tempuh dan mungkin juga ada yang masih tidak merasa ujian itu..Moga kita sama-sama dapat menghadapi apa jua ketentuan ujian itu untuk kita dengan penuh redha dan sabar..Insyallah..Ujian ini tidak akan putus selagi hayat dikandung badan..Ujian dengan rahmatNYA jua...Insyallah..
RAHMAT DISEBALIK UJIAN
DALAM DERITA ADA BAHAGIA
DALAM GEMBIRA MUNGKIN TERSELIT DUKA
TAK SIAPA TAHU
TAK SIAPA PINTA UJIAN BERTAMU
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR
TAPI HATILAH YANG REMUK MENDERITA
INSAN MEMANDANG
MEMPUNYAI PELBAGAI TAFSIRAN
SEGALA TAKDIR
TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA
WALAU TERSEKSA ADA HIKMAHNYA
HARUS ADA RASA BERSYUKUR
DISETIAP KALI UJIAN MELANDA
ITU JELASNYA MEMBUKTIKAN
ALLAH MENGASIHIMU SETIAP MASA
DIUJI TAHAP KEIMANAN
SEDANGKAN RAMAI TERBIAR DILALAIKAN
HANYA YANG TERPILIH SAHAJA
ANTARA BERJUTA MENDAPAT RAHMATNYA
ALLAH RINDU MENDENGARKAN
RINTIHANMU BERPANJANGAN
BERSYUKURLAH DAN TABAHLAH MENGHADAPI
SEGALA TAKDIR
TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA
WALAU TERSEKSA ADA HIKMAHNYA
ALLAH RINDU MENDENGARKAN
RINTIHANMU BERPANJANGAN
BERSYUKURLAH DAN SABARLAH MENGHADAPI
SEGALA UJIAN YANG DIBERI
MAKA BERSYUKURLAH SELALU.....

Saturday, 6 September 2008

Dugaan itu ada hikmahnya...

Salam ramadhan bloggers semua..Hari ini tiada apa nak buat..Nak keluarpun malas rasanya lebih2 lagi keadaan kaki Ad yang sakit..Sakit yang menguji Ad dibulan yang mulia ini...Semalam sakit ini amat sangat sampai jalan terhencot2...Sakit ini kembali menyerang..Tiba2 semasa berterawikh disurau..tapi alhamdulillah Ad dapat sempurnakan terawikh pada malam itu..Tetapi malam tadi sakit ini masih tidak reda dan Ad berterawikh dirumah sahaja buat setakat yang mampu..Mungkin ubat masih tidak memberi kesan..Pagi ini alhamdulillah sakit ini berkurangan..Tapi masih lagi terasa bila digerakkan ibu jari kaki..Moga ianya beransur pulih dengan izinNYA...Biasanya bila sakit Ad perlu makan ubat itu dua jam sekali sampai terasa mual..Tapi oleh kerana bulan puasa Ad tak boleh makan ubat so terpaksa tahan sakit sampai waktu berbuka..Sudah lama Ad tidak mendapat sakit ini..Mungkin ini dugaan dibulan yang mulia ini..Adakah kesakitan itu penghapus dosa??..Mungkin..Dugaan ini ada hikmahnya kan?..
Sempena bulan yang mulia ini mari kita sama-sama membaca dan menghayati hadith2 Rasulullah yang berkaitan..Mungkin kita dapat manfaat darinya...Insyallah...

Rasulullah menerangkan dalam beberapa hadis mengenai perkara itu, antaranya:Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abdullah bin Mas'ud berkata, Rasulullah bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpa sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah." (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi berkata, bahawa kedua-duanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya: "Bagaimana keadaanmu pagi ini?" Dia menjawab: "Aku berada dalam keadaan baik." Syaddad berkata kepadanya: "Bergembiralah engkau dengan perkara-perkara yang menghapuskan dosa-dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila Aku menguji seseorang daripada hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya dia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa dia dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala kesalahan', dan Allah berfirman kepada malaikat penulis amal orang itu: “Aku telah mengikat hamba-Ku itu dan telah mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika dia berkeadaan sihat." (Imam Ahmad)
Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah dia memohon dengan berkata: 'Ya Tuhanku, hidupkan aku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Segala yang berlaku kepada kita tentang apa sahaja seperti bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa diri kita adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) dosa dan kesalahan yang mungkin kita lakukan.Sesiapa yang menyifatkan dugaan yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda maka mereka akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.

Sunday, 31 August 2008

SALAM RAMADHAN

Assalamualaikum...Ad ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan menunaikan ibdah berpuasa.Semoga dibulan yang mulia ini kita dapat mencari keberkatan yang ada..Alhamdulillah kita masih diberikan peluang olehNYA untuk merasai dan mentaati perintahNYA dalam bulan yang mulia ini..Kita seharusnya berterimakasih kepadaNYA sentiasa kerana masih diberikan peluang ini..Peluang yang kita dapat dengan keizinanNYA jua..Syukur alhamdulillah...Sama-samalah kita mencari keberkatan dan kenikmatan yang Allah berikan peluang pada kita kali ini..Mungkin siapa tahu peluang ini tidak akan kita dapat lagi tahun hadapan..So sempena kita hendak menunaikan ibadah puasa esok hari Ad ingin memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap diri Ad disini dan dimana jua..Segala tutur kata atau tulisan yang membuatkan anda semua terasa..Tapi itulah hakikatnya didalam blog Ad ni,hanya pernyataan hati sendiri yang diterjemahkan melalui tulisan dengan tafsiran hati juga ..Moga yang baik jadikan tauladan yang tidak baik jadikan sempadan..Insyallah sama-samalah kita menginsafi diri dan merenung kembali kealpaan diri selama ini..Sama-samalah kita mohon keampunan diatas kealpaan dan kekhilafan diri kita selama ini..Moga pintu hidayah dan taubat masih dibuka untuk kita meneruskan perjuangan hidup yang masih jauh ini..Harapan kita adalah semua yang kita lakukan mendapat redha dan berkat Allah..Insyallah
Salam Ramadhan dari Ad Rifza untuk semua


Harapan Ramadhan


Ku mengharapkan
Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

CUTI - CUTI KL..

Assalamualaikum bloggers dan pecinta-pecinta tulisan AD..hehe..Ad baru jer tiba dari KL..Cuti-cuti kat KL selama 3 hari... Just jalan-jalan jer kat KL jumpa kawan2 lama.. Biasa jer kalo cuti sambung dengan weekend takde nak gi mana gi KL lah..Jumpa kawan2 yang telah lama tak jumpa..Dari 28 sampai 30 Ogos 2008 kat KL..Ada gak soping sikit2 untuk raya..ehhe..jualan murah sempena merdeka alang2 ke KL terus soping je lah..Takde tempat lain lah kalo Ad nak soping "SOGO SALES" hehe..Murah2 gak laa dengan brand2 yg ok ok...So puashatilah kalo membeli .. Nak ke tempat yang MAHAL2 lagi tu takat tengok bleh laa...hehe..
Pada malam merdeka tu orang mesti tanya tak pergi DATARAN ke,KLCC ke, BUKIT BINTANG ke ..Ad tak pegilah tempat2 camtu ,tak seseweii dgn jiwa..hehe..Cuma malam tu lalu gaklaa depan sunway pyramid tu otw back to Ampang from my uncles house at Subang Jaya..Nampak ada konsert rock..Band apa ntah buat show malam tu..berpusu-pusu rakyat Malaysia yang nak sambut merdeka..Merdeka ke camtu??..hehe..apa2 jer lah..Just arrived dah dekat kol 12 mlm..sempat tgok bunga api kat TV ..hehe..Ada gak dapat wishes merdeka thru sms from a few frens...
Then pagi tadi ,pagi 31hb Ogos 2008 adalah suatu sejarah yang melucukan dan mendebarkan yang mungkin Ad tak dapat lupakan..Ad kena tinggal dek bas..huhu..Biasa Ad naik jer train rapid kl from Ampang to PWTC then jalan kaki ke Hentian Putra..So kuar dalam pukul 9.15 gitu..Tgok2 kena queue beli tiket ramai orang nak gi Dataran kot..Tunggu train pukul 9.30 baru sampai..lama nya biasa awal jer...Naik lah train tu punya laa lambat sbb orang ramai turun naik train..lalu tempat perarakan perbarisan merdeka..nampak gaklaa org berduyun2 ke sana..Hati Ad dah berdebar sebab waktu dah dekat kul 10..tepat pukul 10 train sampai kat PWTC..Punyalah laju Ad jalan ke Hentian Putra..Sampai2 Bas dah berlepas...terpaksa tumpang Bas KT ke Gombak ..Hopefully Bas Ad nak naik tu tunggu situ..Ad ingat Ad sorang jer tertinggal Bas rupanya ada sorang lagi ..hehe..kira 2 org kena tinggal Bas..Sampai di Shell Gombak..Ad tgok Bas double decker yg Ad nak naik tu dah takde..Ada satu Bas yang bukan double decker...Penumpang yang sorg lagi tu mmg naik Bas tu sbb mmg Bas yang dia tertinggal..Tapi Bas Ad yg meninggalkan Ad tu takde pun situ..Adoiii...Then duk bincang argue..bla bla bla...Akhirnya driver tu bagi jugak Ad naik Bas yang penumpang sorg lagi naik tu..Ad kira ambik seat orang ditinggalkan jugak..haha..Sib baik ada seat kosong kalo tak duk atas lantai laa jawabnya...huhu..Dapat laa seat dan duduk dengan selesa..huhu..tak pernah den ditinggalkan Bas macam ni..Hari ini dalam sejarah..Lewat cuma 5 minit tapi Bas dah takde...huhu..Nasibbb badan...Then alhamdulillah selamat gak sampai kat umah ni..hehe..KL oohh KL.. Tapi kan rasa macam tak puas jer duk KL even Ad bersekolah dan dibesarkan disana..But masa lalu hanya suatu sejarah yang boleh diingati..rite?...Hmmm...

Tuesday, 26 August 2008

MENEBUS KHILAF..

Salam bloggers..Pernahkah kita fikirkan apa yang kita buat selama ini bertepatan dengan hukum?..Mungkin ada yang fikir dan mungkin juga ada yang tidak..Dalam kehidupan ini kadang-kadang kita leka dibuai keseronokan yang tanpa batas..Kehidupan yang penuh keseronokan mendorong kita melakukan sesuatu yang salah disisiNYA..Tapi apakan daya kita hanya manusia biasa yang tidak sunyi dari salah dan silap..rite?..Seboleh-bolehnya kita cuba sedaya upaya untuk tidak melanggar hukum tapi kekurangan sifat manusia membuatkan kita leka juga..Itulah kehidupan namanya ..Tidak semua yang kita hendak kita dapat lakukan dan tidak semua yang kita tidak hendak kita tidak lakukan..Aturan hidup sememangnya seperti itu..Kita telah diberikan pegangan yang membuatkan kita sempurna dalam perjalanan hidup tapi kita masih juga terbabas dari landasan..Kenapa?..Tidak cukupkah pegangan yang kita ada?..Atau godaan dan dugaan itu cukup hebat untuk diri kita?..Diri sendiri mungkin ada jawapannya...Apa yang penting kita sedar dan insaf tentang kekhilafam diri dan kembali kepada kebenaran landasan arus hidup yang redhai..Semoga kita sama-sama mencari kebenaran dan meninggalkan kesilapan untuk menuju suatu puncak tujuan yang sama suatu hari nanti..Insyallah..Marilah kita sama-sama berdoa moga perjalanan hidup kita diampuni dan diberkati selalu..Insyallah

Tuesday, 19 August 2008

SESUNGGUHNYA

Adakah sesuatu yang kita lakukan hadir dari keikhlasan dihati kita?..Mungkin ada dan mungkin juga tiada...Lumrah hidup manusia begitu tidak semua yang kita lakukan hadir dari keikhlasan hati..Dalam apa sahaja perkara malah sesuatu perhubungan juga perlukan keikhlasan diri agar sesuatu itu dapat berjalan dengan sempurna..Tapi sifat manusia mendahului segalanya kerana kadang-kadang apa yang kita lakukan mempunyai sebab atau kepentingan..Masih adakah manusia yang melakukan sesuatu dengan betul-betul datang dari keikhlasan hatinya..Mungkin ada tetapi tidak ramai yang berbuat demikian..Malah kita takkan nampak dimana keikhlasan itu ada..Jadi dimana keikhlasan itu?..
Petang-petang kat tv mana Ad lupa lak cite indonesia keluar lagu kat bawah ni..Best lak dengar lagu ni..Jom kita fikirkan makna liriknya...Moga kita mendapat sesuatu...

SESUNGGUHNYA...


Sesungguhnya
Saat dunia berhenti berputar

Saat manusia tak sanggup lagi berharap
Ketika mentari tak sanggup lagi berjanji
Menyinari dunia yang tlah kau singgahi
Mampukah kau untuk berbagi

Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya…
Di hadapan-Mu ya Allah…
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga

Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya
Mampukah kau untuk berbagi

Tanpa hasrat ingin diberi
Di hadapan-Nya
Di hadapan-Mu ya Allah
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga

Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menikmati surga

Tanpa ikhlas di hatinya
Sesungguhnya manusia takkan bisa menyentuh nikmat-Nya
Tanpa tulus di hatinya

By: Ungu

Sunday, 17 August 2008

KAU KEKASIHKU

Hari ini penat sungguh Ad rasa..Pagi kat pejabat taklah ada keje mana tapi bila time petang tu adalah keje yang datang..huhu..Bos panggil suruh buat keje..sampailah pukul lima ..Lepas solat asar AD baliklah ke rumah biasanya..Tapi petang ni banyak agenda laa plak..Lepas keje orang kat umah ni pesan nak makan kuih "tepung tuke"..hehe sapa pernah dengar kuih ni..Ada juga yang panggil kuih ulat bulu..huhu..Apa kes ek nama camtu.?..Ntahlah sapalaaa pemberi nama kuih tu..Tapi makan pun sodapp..Dibuat dari beras pulut hitam..then disaluti kelapa..Manis ..Itu takleh lari kalo kuih Kelate...hehe..Sebab tu orang Klate manis2..ahaha...Siapa tak suka statement ini?..hehe..
Then after that ada kawan lak nak jumpa...Kami jumpa laa kat gerai di medan usahawan stadium ..My ex roomate kat UKM dulu..Cikgu kan cuti skolah ni balik kg lerr..Jumpa dia ,wife dia dan anak dia 2 org..Tgh2 makan popia femes kat medan selera ni ada lak kawan yang keje Kl nak jumpa...Lepas jumpa kawan ex roomate tu Ad drive plak ke Taman Perbendaharaan Tengku Anis Pengkalan Chepa jumpa kawan yang keje KL tu..Dia bawak anak buah dia mandi kolam kat taman tu..taman riadah lah situ..Dah lama dengar tapi tak pernah masuk pun..Kalo kawan tak ajak jumpa situ mmg sah takkan masuk taman tu..Suka tgok kanak2 riang mandi kolam..splashh!!...Sukanyee diaa...Pukul 7 ptg siren dibunyikan menandakan tamatnya waktu mandi kolam..Then Ad pun baliklah ke rumah..Sambil2 drive balik tu maklumlah dekat one hour gak drive KB - Machang ni..Sambil2 drive ke udara lagu Kau Kekasihku nyanyian Hajjah Siti Nurhaliza..Layannnn jap lagu ni...Sukaa sangat lirik dia..huhu..Jom layann lirik jap..ahaks..
KAU KEKASIHKU
Indah di mata... indah dijiwa yang berahi
Bagaikan direnda... terpesona penuh asyik
Dan kubelai... sisir angin yang berbisik
Bukan rahsia... kau kekasih ku...
Pecahan ombak...yang menyentuh pipi ini
Pedih rasa hati... bagai ditusuk panah duri
Dan kusapu... kerna kabur pandanganku
Dalam langkah... tarian cintamu
Duhai malam... tiada bintang...
Menghiasi... taman kasih ini...
Hanya aku... sendirian...
Tak berteman... keseorangan...
Kekasih ku... hanya aku...
Yang memuja... sisa cinta ini...
Seandainya... ombak laut...
Surut lagi... aku pergi...
Kekasih ku...
Seiring camar pulang... setia pada janji
Itu doa ku... selama ini...
Dari mata... dari jiwa yang berahi
Makin kumengerti... istilah percintaan ini
Moga nanti... ada seru menyatakan
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...
Oh... kekasih

Friday, 15 August 2008

BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Pernahkah anda cuba untuk menepuk sebelah tangan anda?..Tidakkan?..Sebab anda yakin jika anda berbuat demikian anda akan rasa sia-sia sahaja...Tapi adakah kita fikir kita perlu berbuat demikian kadang-kadang?..Ntahlah..
Yang kita pasti bila kita cuba untuk bertepuk kita tidak mendapat apa-apa...tapi kenapa kita masih berterusan untuk cuba bertepuk?..Sedangkan kita tahu ianya tindakan yang sia-sia.Harapan kita agar apabila kita bertepuk ianya berbunyi tapi ia takkan berbunyi kerana sebelah tangan sahaja ..Kalau dua belah baru berbunyi...
Dalam keadaan ini hasrat hati kita memang ingin sangat mendengar agar tepukan itu berbunyi..Kita tidak kisah apa sahaja bunyi yang kedengaran asalkan bunyi sahaja..Tapi bila kita cuba ianya tidak berbunyi...malahan beberapa kali kita cuba tidak juga berbunyi...Sampaikan suatu masa kita rasa tindakan kita itu sia-sia sahaja...Dan kita mengambil keputusan untuk tidak bertepuk lagi...Kita seolah-olah sudah rasa putus asa untuk bertepuk lagi..Tapi kita masih ada hasrat agar tepukan itu akan berbunyi suatu hari nanti....Faham tak entry Ad kali ni?..Tersirat disebalik kata-kata yang menafsirkan tentang sesuatu keadaan yang hanya difahami bagi yang mengalaminya..Yang tidak mengalaminya mungkin akan juga terfikir tentang sesuatu yang cuba disampaikan..
Sebagai kesinambungan bagi entry kali ini meh kita hayati lirik lagu ini...Sesweiii tak?hehe..
PUPUS
Aku tak mengerti ... apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak akan pernah tahu
Aku persembahkan ... hidupku untukmu,
Telah kurelakan ... hatiku padamu,
Namun kau masih bisu ... diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...
Baru kusadari ...
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...
Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,
Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau
Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak kan pernah tahu

Friday, 8 August 2008

Success

Salam bloggers..Nampaknya berturut hari Ad post entry kali ni..hehe..nak tau sebab apa?..Sebab Ad tak nak lepaskan tarikh hari ni 08.08.08 .. Baekk punya tarikh...Ramai gak kawin kan sempena tarikh ni..Ad pk gak nak kawin tarikh ni tapi calonnye takde lagi..Hmmm..Nak buek camno..Sapalaa nak kat Ad yg tak punya apa2 ni kan..Leh caya ker?..ahaks..Kalau kaum cina suka sangat no 8 ni..Diorg kata ada ong...Ong kat ne Ad tatau lerr..Kena tanya diorg..hehe...Sapa tau tolong gitau k...
Apa ek Ad nak cite kali ni?..Hmm..Hari ni penat duk bersihkan keliling rumah ni..Simpan kayu-kayu terpakai akibat dari penambahan 2 bilik baru rumah ayah Ad ni..hehe..Mesti tertanya-tanya kan kenapa tambah 2 bilik baru sedangkan dah ada 6 bilik..Wooo manyakk wooo bilik cam rumah tumpangan lak..Biasalah Ad kan ramai adik beradik..Ada 11 orang semuanya..So bila berkumpul sampai tak cukup bilik..Yang dah lama kawin tu diorang bleh jer tido luar tapi yang baru2 kawin tu masih malu malu meoww lagi nak tido luar..ahaks..So pertambahan bilik ini juga adalah kerana bertambahnya yang nak kawin..For sure lah kalo tambah bilik ni mesti ada apa-apa kan?hehe...Tungguuuuuu...Suspen nih...Lepas raya nanti kita cerita lagi yea..ahaks...
Oh ya entry kali ni Ad just nak post suatu memori 16 tahun dahulu...Ad nak titipkan kata-kata yang diberikan kepada Ad oleh seseorang 16 tahun dahulu..Just a words that can boost my spirit..Maybe all of you out there also...Lets read it...Get something from this words..
SUCCESS

If you think you are beaten you are,
If you think you dare not you don't,
If you like to win but you you think you can't
It is almost certain you won't.

If you think you'll you've lost ,
For out of the world we find,
Success begins with a fellow'w will,
It's all in the state of mind.

If you think you are outclassed , you are,
You've got in think high rise,
You've got to be sure of yourself before,
You can ever win a prize,
Is the man who thinks he can.

Life's battle don't always go ,
To the stronger of faster man ,
But sooner of later the man who win's ,
Is the man who thinks he can.

Thursday, 7 August 2008

PENGHARAPAN --- Berhenti Berharap

Di dalam hidup ini sudah berapa banyak pengharapan yang kita temui?..Banyakkan?..Biasanya pengharapan ini datang dari manusia yg lain untuk kita..Kita jadi mengharap kepada seseorang..Pengharapan ini datang dalam pelbagai bentuk...Ada pemberian atau hanya dengan kata-kata...Apabila suatu perhubungan sudah terjalin tidak kiralah cinta atau persahabatan kita jadi berharap..Berharap semuanya sempurna sahaja..Sempurna dari segala segi ...Dengan pemberian sesuatu contohnya hadiah atau dengan ucapan kata-kata seperti sayang atau rindu membuatkan kita berharap..Berharap keatas seseorang itu oleh kerana pemberian itu atau ucapan kata-kata itu..Itulah tanda sesuatu perhubungan yg terjalin..Kita akan berharap..Pengharapan yang tiada sempadan.. Itulah keramatnya pemberian atau ucapan kata-kata ...
Tapi pernahkah kita menafsir akan pemberian atau ucapan kata-kata itu?..Adakah ianya ikhlas dari hati atau mainan semata-mata?..Jika ianya mainan apa akan berlaku kepada pengharapan itu?..Seseorang yang amat berharap akan sesuatu yang tidak ikhlas akan kecewa..Ad pasti mereka akan kecewa dengan pemberian dan ucapan kata-kata manis itu...Jadi berhati-hatilah dengan pemberian atau ucapan kata-kata..Jika kita tidak pasti boleh membahagiakan orang lain atau kita nanti akan mengecewakan dia dengan pelbagai alasan adalah lebih baik kita jangan memberi atau mengucapkan kata-kata manis.. Adakah kita sanggup melihat orang lain kecewa di atas ketidakikhlasan diri kita?..Mereka akan rasa cukup kecewa dengan pengharapan yang kita berikan sedangkan kita tidak ikhlas...
Bagi yang terlalu mengharap akan sesuatu yang sudah nampak ketidakikhlasan itu berhentilah berharap kerana tidak guna kita mengharapkan sesuatu yang tidak ikhlas..Berhentilah berharap..Berhentilah berharap..Untuk apa kita mengharapkan sesuatu yang tidak pasti kan?..Baik kita teruskan hidup dengan sesuatu yang pasti..Tidak guna menagih kasih atau apa sahaja perkataan yg sewaktu dengannya..Berhentilah berharap kerana jika kita berharap sekalipun kita akan kecewa juga akhirnya so lebih baik berhenti dari mengharap..Duk berhenti berharap ni kita hayati lirik berhenti berharap kat bawah ni...hehe...
BERHENTI BERHARAP ....

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat