Wednesday, 27 February 2013

Kerana Mahu


Kerana mahu
Kita melangkah

Kerana mahu 
Kita berjuang

Kerana mahu
Kita meneroka 

Kerana mahu 
Kita meredah 

Kerana mahu
Kita berlari

Kerana mahu
Kita menggali

Kerana mahu
Kita bertahan

Kerana mahu
Kita menghalang

Kerana mahu
Kita menangis

Kerana mahu
Kita bersabar

Kerana mahu
Kita berusaha

Kerana mahu
Kita berdoa

Friday, 15 February 2013

SENDIRI WALAU SAKIT DAN KALAH



Hanya mencipta supaya blog ini tidak selalu sepi...biarpun ada sekeping hati yang sepi...
 
SENDIRI WALAU SAKIT DAN KALAH

Kita sendiri dalam menempuh kehidupan
Kita sendiri dalam meneruskan kehidupan
Kita sendiri dalam menelurusi jalan
Kita sendiri dalam langkah ke hadapan

Dulu kita tidak sendiri
Dulu kita berdua
Dulu kita bertiga
Dulu kita ramai

Tetapi tidak semua mampu menangis bersama-sama kita
Tidak semua ingin sakit bersama-sama kita
Tidak semua ingin kalah bersama-sama kita

Namun
Kehidupan perlu diteruskan
Langkah perlu terus dilangkah
Jalan perlu terus diteroka

Biarpun jalan ini kita perlu menangis
Biarpun jalan ini menyakitkan
Biarpun jalan ini membuat kita kalah

Kerana aku yakin
Suatu masa kita boleh ketawa
Suatu masa luka kita sembuh
Suatu masa kita akan menang

12.45 Tghari
Jumaat 15 Februari 2013
AD RiFza

Friday, 25 January 2013

Di HAMPARAN DUNIA



Lama tak jenguk blog..lama blog ni sepi sesepi tuannyakah?..kesibukan kerja kadang-kadang membataskan apa sahaja yang kita mahu lakukan..ada juga kesempatan namun sibuk pula dengan aktiviti lain..blog ini tidak seperti dulu meriah dengan entri2 ..masa juga mungkin penyebab kerana sudah ramai bloggers2 dulu menyepikan diri malah ada blog yang telah mati tidak wujud lagi..tapi melancholic hyphothesis masih ada lagi menemani pada siapa yang sudi membaca entri2 yang lahir langsung dari diri..pernyataan RASA diri dan RASA diri orang lain ..ianya tetap melankolik sesuai dengan tajuk blog ini..Terima kasih pada siapa yang masih sudi menemani sejak dulu..Anda amat-amat saya hargai...

Di hamparan dunia
Aku sayang
Aku rindu
Aku cinta
Di hamparan dunia
Aku menyimpan sayang
Aku membekam rindu
Aku mengikat cinta
Di hamparan dunia
Aku bisu dalam kata
Aku kaku dalam madah
Aku kelu dalam nada
Di hamparan dunia
Nasibku tidak tahu
Diriku tidak mampu
Jejakku langkah kaku
Di hamparan dunia
Aku tidak bisa menerus
Aku tiada daya menebus
Aku tiada kudrat menaruh
Di hamparan dunia
Aku kalah
Aku berserah
Aku pasrah

Monday, 10 December 2012

Yang Lama Itu

 
Yang lama itu tetap diingat
Yang lama itu tetap dinanti
Yang lama itu tetap dimimpi
Yang lama itu tetap dihati

Garis masa memisah
Garis waktu menjarak
Namun hati tidak pernah terpisah
Hati tidak pernah terjarak

Yang baru sering bertandang
Yang baru sering mendekat
Yang baru sering mengusik
Yang baru sering memikat

Namun hati tetap pada yang lama
Hati tetap setia yang lama
Walau usikan itu datang
Walau pujukan itu hadir

Namun sedarkah aku
Yang lama telah pergi
Yang lama tidak akan kembali
Yang lama telah ditangisi
Yang lama telah mati

Namun RASA itu tetap ada
RASA itu sering hadir
RASA itu tidak alpa
RASA itu sering mengalir

Dalam setiap degus nafas
Dalam setiap urat nadi 
Dalam setiap cabang sendi
Dalam setiap jasad diri  

Nukilan :AD RiFza
                  12.30 Pagi
                  10.12.12




Wednesday, 14 November 2012

MAAL HIJRAH



Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H..Moga kita semua berubah kearah kebaikan dan menginsafi diri dan memaafkan diri atas segala khilaf dan dosa kita selama ini.Kita sebagai hambaNYA yang tidak sempurna dan seringkali alpa dalam urusan dunia yang tiada sempadan ini.Kita sebagai individu Muslim hendaklah berubah ke arah yang lebih baik dalam amal ibadah dan kefahaman kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Semoga tahun baru hijrah ini akan membawa perubahan bermakna kepada kita ,keluarga kita ,sahabat-sahabat kita ,masyarakat kita dan negara kita.INSYALLAH..


"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am."
(Hassan al-Banna)

Tuesday, 13 November 2012

Sesalan untuk kembali


Selamat Menyambut Maal Hijrah..Moga kita semua sesali dan insafi diri dan kembali pada jalanNYA..Jalan yang menuju redha ALLAH..Sesungguhnya kita tidak sempurna dan seringkali alpa akan perintahNYA..Moga kita masih berkesempatan untuk kembali..

Sesalan itu
Sesalan ini
Menguris hati
Merobek rasa

Hati resah dalam dosa
Hati tangis dalam noda
Dalam jalan yang alpa
Dalam langkah yang bala

Kaki semakin lelah dalam langkah
Kaki semakin lemah dalam rasa
Bisakah aku lagi
Mampukah aku lagi

Mencari sinar dalam diri
Mencari arah yang pasti
Setelah lalai nafsu diri
Setelah lari niat diri

Ya ALLAH
Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku

Aku alpa dengan dunia
Aku lupa akan cintaMU
Aku lalai dalam ketidak sempurnaan
Aku cuai dalam menelesuri jalanMU

Aku tahu aku hina disisiMU
Aku tahu aku tidak layak syurgaMU
Aku tidak mampu hadapi api nerakaMU
KAU ampunkanlah dosa-dosaku

Kau berilah aku kesempatan
Aku ingin kembali
Kembali pada jalanMU
Kembali pada fitrahMU

Nukilan  : AD RiFza
             6.30 pagi
                           13 November 2012

Friday, 9 November 2012

Tiada Bicara


Sepi
Merenung di jendela
Merenung ke langit
Merenung ke bulan

Sepi
Menyatakan rasa
Menyatakan hasrat
Menyatakan tujuan

Sepi
Yang tiada bicara
Yang tiada ketawa
Yang tiada senyum

Tiada bicara diungkap
Tiada kata terucap
Tiada madah tersirat
Tiada tulisan melekat

Biarlah bicara terhenti
Biarlah kata terkelu
Biarlah madah terdiam
Biarlah tulisan menyepi

Namun
Hasrat itu akan terus terkunci
Hajat itu akan terus mati
Niat itu sahaja akan terus berharap
Agar keajaiban itu akan wujud lagi

Rasa ini semakin hilang
Rasa ini semakin jauh
Cuma tinggal tulisan yang kelam
Cuma tinggal hajat yang tidak kesampaian

Nukilan :   AD Rifza
              9 November 2012
              9.45 pagi

Wednesday, 7 November 2012

PadaMU ku bersujud...


..Ku menatap dalam kamar tiada yang bisa ku lihat selain hanya namaMU Ya ALLAH....Esok ataukah nanti ampunilah semua salahku lindungi aku dari segala fitnah..

Thursday, 27 September 2012

Persoalan



Persoalan demi persoalan datang
Yang kadang-kadang buat aku geram
Yang kadang-kadang buat aku tidak keruan
Yang kadang-kadang buat aku tidak tertahan
Persoalan sering bertandang
Apabila masa itu masih belum datang
Apabila masa itu belum bertandang
Apabila masa itu masih belum berjalan
Aku sudah tiada jawapan
Untuk setiap persoalan
Untuk setiap pertanyaan
Untuk setiap agakan
YA ALLAH
Hanya engkau maha mengetahui
Hanya engkau maha melihat
Aku ini masih tiada jawapan
Aku ini masih tiada kemampuan
Mata yang melihat hanya tahu bertanya
Mata yang melihat hanya tahu personal
Mata yang melihat hanya tahu mengagak
Mata yang melihat hanya tahu meneka
Aku tahu hati ku
Aku tahu hasrat ku
Aku tahu citaku
Aku tahu hajatku
Aku tidak perlu beritahu semua orang
Aku tidak perlu riuh setiap ceruk
Aku tidak perlu zahir setiap langkah
Aku tidak perlu hampar setiap jalan
Aku serahkan semuanya pada ALLAH
Jalan hidupku hanya untukNYA
Corak hidupku juga untukNYA
Seluruh jiwa dan ragaku untukNYA
Yang maha mengetahui segalanya
Yang maha melihat semuanya
Aku hanya mampu berdoa
Agar pengakhiran itu adalah yang terbaik untukku.

AD RiFza
9.10 malam
27 September 2012