Friday, 31 October 2008
ERTI PEDIH DAN NGILU KEGAGALAN ..
CRUSHHHH!
Thursday, 30 October 2008
KENA TAGGED LAA PULAKKK..Adehh laa...
Balik je keje buka blog kena tagged laa plak..biasanya AD buat dekk jer bila kena tagged..tapi oleh sebab kali ni ditagged oleh Cik Chempaka Cute so Ad jawablah..Julung2 kali neh jawab tagged...adehh laa!
1) When first time you meet him/her?
- Kat padang bola masa skolah2 dolu2..Pesta ria sekolah....ahaks...
2)what do you feel?
- Biasa jekk..tapi prasan ada someone duk perhatikan I..hehe
3)what you feel right now?
- cerita tentang masa lalu ohh cerita antara kau dan aku..adehh laa...bleh bermelankolik gakke sini?..ngeh3..Sedih beb...
4)if your enemy do anything that you hate, what you will do first?
- Biasanya Ad diam jek..Biar tuhan jerr yg balas....hehe..
5)give 5 characters that have at you.....
- Pendiam skett...
- Sensitive kdg2..
- Jujur dan ikhlas..leh caya ke?..
- Loving..Maybe kot..Ada sapa2 rasa tak ke lovingan I? ..ngeh3..
- Punctual..ahaks..Tanya tumb print kat opiss..
6) if he/her have broke your heart, what your action?
- Sedihlaa beb..but terima semuanya dengan redha..Insyallah..
7) what character you like toward him/her?
- Cute..when she smile..aduhh! terpanah jantungku..
- Caring..ye laa kot..
- Selalu bagi semangat...
- Cool..
8) who is the name of no.1?
A depan sama ngan nama I kat depan A jugak..ngeh3.. then _ _ _ A ..hehe...teka sendirik..
9) if your lover become your enemies, is it you will hate him/her?
- No lah..Relax jer..biasalah tu ramai camtu...Buat dekk jerr..
10) the most memorable thing he/her had done to you?
Dia antar kat stesen bas..then I lambai tangan kat dia..rupa2nya lambai utk selama-lamanya..adehh sedihnyee beb...
11)the most thing that he/her have said to you?
Blaja elok2 jadilah org yg berguna utk masyarakat...
12)no.7 boy or girl?
Mestila Girl..
13)who is no.9?
Takde laa..
14)to the person that always support to you?
- Thanks for all the support,Ad appreciate it very much...Jasa kalian tak dapat Ad balas dengan wang ringgit...Syukur sangat ada kalian disisi..Cayang korang..ngeh3x
15)10 people to tag...
Adehh ramainya nak kena tagged...Oleh kerana ramai sangat Ad kurengkan skett bleh?..Ad kurangkan kepada 6 org jekk..Boleh ke? Boleh Boleh Boleh (upin dan ipin) ahaks..
1) PUTRA745
2) FAIZAL
3) BOZZO
4) IDA
5) AIZUL
6) CAHAYA
Tuesday, 28 October 2008
ADA YANG ...??
Saturday, 25 October 2008
Harga Sebuah Persahabatan..
STRENGTHENS THE HEART..
REPAIRS THE HURTS..
ENCOURAGE THE DISCOVERY..
ENLIGHTENS THE MIND..
DISSOLVES THE PAIN..
BANISHES THE LONELINESS..
UNDERSTAND THE ANXIETIES..
INCREASE THE JOY..
DEEPENS THE SPIRIT..
FREES THE SOUL...
Wednesday, 22 October 2008
Cerita Tentang Masa Lalu...Mencari kelebihan itu dimana?
Pernah kah kita meninggalkan bicara pilu dan tangis sedu yang pernah kita alami dulu?..Mungkin kita pernah cuba untuk meninggalkannya tapi jauh disudut hati kita masih tersemat walaupun sedikit mesti ada sematan dihati..rite?..Tipu kalo ada sesiapa kata takdelah ..dah tak ingat dahh...Anda menipu diri anda sendiri..Rite?..
Bicara pilu tangis sedu itu pasti akan menjelma jua pada saat dan ketikanya..Ianya pasti menjelma walau seketika waktu..atau mungkin terlintas sesaat difikiran..Ad pasti..Kenapa kita tidak dapat memadam terus?..Orang lain sering berkata padamkan semuanya...Delete semuanya...Liquid semuanya...Erase semuanya...Adakah kita pasti kita mampu?..Mungkin bagi sesetengah orang yang jiwa kental dan kuat boleh melakukannya...Malah boleh mencipta cerita baru..Tetapi tidak semua orang yang mampu...Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mampu...Yang jiwanya kuat dan kukuh dalam menghadapi semuanya...
Tetapi ada yang lemah...Lemah longlai...Tidak kuat...Bangun rebah....Bangun rebah....Malah kita dapat dengar ratapan..rintihan pilu..sedu sedan....tangis lara....semuanya....Hidup dirasakan tiada gunanya...Mereka ibaratkan diri tiada maknanya lagi...Apa yang dilakukan seperti mencurah air ke daun keladi...Hati bagai dihiris pisau yg tajam...Hati diibaratkan seperti kaca yang terhempas ke lantai...Pedih hati seperti tertusuk duri sembilu...
Cerita manusia pelbagai corak...Oleh sebab seorang manusia yang lain.hidup di anggap tiada gunanya..sebaliknya ada pula sebab manusia yang lain dunia ini akulah yang punya...Rencah suka dan lara hidup yang pelbagai ini menitipkan suatu norma kehidupan yang kita rasa sesuatu yang sempurna..dan indah aturnya....Warna kehidupan yang perlu dalam pengolahan sifat manusia yang serba serbi kekurangan dan tidak sempurna....Tetapi kenapakah kita masih tidak mencari dimana adanya kelebihan itu?..Kelebihan yang sudah jelas terangnya..Panduan yang dapat menjadikan kita lebih baik dari sekarang...Malah untuk selama-lamanya...Dengan kelebihan itu sahajalah menjadi mukjizat untuk kehidupan...Panduan yang nyata dan jelas..Asas yang kukuh dan jitu...tiada tolok bandingnya...Moga kita semua menemui kelebihan itu suatu hari nanti....Insyallah...
Saturday, 18 October 2008
TAFSIR>FIKIR>PERKATA
Tetapi bagi diri kita, kita boleh membuat apa sahaja tafsiran tentang orang itu...Kita bebas berfikir dan menafsir...Mungkin kita pernah tersilap cakap..tersilap laku yang membuatkan orang itu menjauhh..Segala kemungkinan ada...Even kita telah meminta maaf tetapi kedinginan itu tetap sama..Mungkin juga dia sudah jemu dan jelik mengenali kita..Segalanya mungkin...
Kita merasa apa yang orang lakukan kepada kita.. tindakan.. percakapan.. tulisan... cara.. nada.. semua kita boleh tafsirkan apa yang orang itu fikirkan tentang kita...Kita yang merasa sudah pasti kita rasa apa yang orang lain cuba pamerkan...Mungkin juga didepan mereka pijak semutpun tak mati orang kata..tetapi dibelakang siapa yang tahu...
Segala perkara lalu tidak pernah kita mahu ingat kembali..tetapi hati fikiran seringkali menerjah untuk mengingatinya..Walau mulut kita kata tidak tetapi hati tidak mampu untuk berbohong lagi..Tetapi walau apa sahaja yang orang lakukan kepada kita haruskah kita membalasnya?..Mungkin tidak bagi kita...Biarlah apa sahaja yang orang mahu perkatakan, menafsirkan, berfikir tentang kita asalkan apa sahaja keburukan yang orang tafsir itu bukan diri kita yang sebenarnya...
Manusia sering kali menafsir dengan fikiran mereka tentang apa sahaja..Lebih-lebih lagi mereka melihat kelemahan atau kekurangan yang ada pada manusia yang lain..Mereka tidak pernah ingin berfikir kenapa..Yang mereka fikir hanyalah keputusan yang tanpa pertimbangan akal... Adilkah kita bila menafsir begitu?..befikir begitu?..memperkatakan begitu?..Adil mungkin jika kita betul..tetapi jika kita salah?Apa akibatnya?..orang lain akan jadi mangsa salah tafsir..salah fikir..salah perkata...So beringatlah sebelum kita menafsir, berfikir dan memperkatakan...gunakanlah akal fikiran yang dianugerahkan kepada kita dengan sebaiknya...Moga tafsiran,fikiran dan perkataan kita betul dan tidak menyakiti hati orang lain.....
Friday, 17 October 2008
GOMO IKE BAKAR..
Hmmm..tak buat apa2 pun raya pose 6 ni...cuma malam ni nak gi makan malam dengan family kat restoran "GOMO IKE BAKAR" kat Lebuhraya Machang-Tanah Merah...Best makan kat situ,yg Ad tau situ jer tempat ikan bakar kat Machang nie..Selalunya kalo makan luar yang jarang2 nie kat situlah kitaorang makan...Nak bawak ke KB jauh lak malam2 nie..Kan best kalo makan ikan bakar kat Jeti Pulau Perhentian tu...atau medan Ikan bakar area Pantai Cahaya Bulan...Lenkali lah kan..Sapa nak ikut??..Jom Ad blanja..hehe...Tapi terbayang2 makan ikan bakar kat jeti Kuala Perlis...Hmmmhmm..best2...Sapa lak nak bawak Ad ke sana?..hehehe...
KU INGIN KAMUUU!!
Hehe..Tajuk dia dah leh faham kan apa isi lagu ni..Saja je masukkan dalam blog lirik lagu ni...Tengah syok duk dengar lagu ni skrg..So masukkan lirik sambil2 layannnn lagu.I likeee!hehe..
KU INGIN KAMU
Demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa syurga dalam hatiku
Kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…
Sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
Di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
Selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengizinkan
kuingin selalu menjagamu
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernafas
BY : ROMANCE
Saturday, 11 October 2008
MENCARI SEMPURNA....
Thursday, 9 October 2008
PENIPUAN
Apa yang Ad ingin perkatakan dalam entry kali ini adalah tentang penipuan..Siapa yang pernah ditipu?..Ad rasa semua pernah..hehe..Tapi kalau ditipu peniaga tu takpelahkan even memang boleh buat laporan tentang penipuan itu...Kalau kita ditipu orang yang rapat dengan kita camana?..Let say anda ditipu oleh best fren anda sendiri..?..Tidak kiralah apa benda pun yang ditipu tersebut...Pasti anda akan berasa sungguh kecewa kerana orang yang anda betul2 percaya telah menipu anda..Betul tak?..
Dunia ini kecil aje lama kelamaan agenda anda akan diketahui juga..Dengan mudah dan selambanya best fren anda menipu anda.. Mungkin bagi sesetengah orang anda merasakan tak kesahlah dia menipu tapi kenapa dia sanggup menipu?..Bila seseorang yang kita percayai telah menipu kita itu yang menjadi satu persoalan bagi kita..Adakah boleh kita anggap dia itu rapat lagi dengan kita?..Adakah kita sanggup kongsi apa-apa dengan dia lagi?
Bagi Ad kawan macam ni ada sesetengah perkara sahaja kita boleh share dengan dia..Perkara2 yang tidak berapa penting.. Perkara2 yang penting Ad rasa kita perlu keep it dalam hati jer..Biar hati yang jadi best fren untuk sesetengah perkara..Kerana hati tidak mampu untuk menipu..dan hati sentiasa memberitahu kita apa sahaja..Am I rite?
Sunday, 5 October 2008
SELAMAT PENGANTIN BARU
MAJLIS TERSEBUT BERMULA PADA SEBELAH PETANG RAYA KE 3 SEBENARNYA..PADA PAGI RAYA KE 4 TU 3 EKOR KAMBING DIKORBANKAN....ADA 50 KILO DAGING DAN 55 EKOR AYAM..AYAM DIMASAK PEDAS..KAMBING DIGULAI DENGAN BUAH ARA..DAN DAGING LEMBU DIGULAI SAHAJA...AWAL2 LAGI DAGING KAMBING HABIS..HEHE...RAMAI YANG SUKA MAKAN BILA SEBUT DAGING KAMBING...ADA YANG BUAT DEKK KAT GULAI DAGING LEMBU..AGAKNYA AURA GULAI KAMBING TU YANG BUAT RAMAI SUKAA...AD MAKAN JUGAK TAPI TAK BANYAK LAA SEBAB IKUT NASIHAT SOMEONE..HEHE..SO MAJLIS ITU BERJALAN DENGAN LANCARNYA TETAPI KESESAKAN LALULINTAS YANG AMAT TERUK DARI KOTA BHARU KE MACHANG...KESIAN KAT ROMBONGAN PENGANTIN PEREMPUAN YANG TERPAKSA MENGHABISKAN MASA SELAMA 4 JAM DARI KOTA BHARU KE MACHANG...KESESAKAN YANG AMAT TERUK SEKALI..KESESAKAN INI BERMULA DI KUALA KRAI SAMPAI KE MACHANG...KORANG SEMUA BOLEH BAYANGKAN BERAPA KILO JAUHNYA..SEMUA KENDERAAN BERPUSU-PUSU UNTUK PULANG KEMBALI KE KUALA LUMPUR SELEPAS HABIS BERCUTI RAYA KAT KAMPUNG DI KELANTAN..RAMAI SUNGGUH RAKYAT KELANTAN YANG BERHIJRAH...SABAN TAHUN KERETA BERTAMBAH TAPI JALAN RAYA STILL MACAM TU JUGAK..BILALAH LEBUHRAYA KOTA BAHRU KE KUALA KRAI AKAN MENJADI KENYATAAN?....SEMUANYA SUDAH DILULUSKAN CUMA PERLAKSANAANNYA SAHAJA ENTAH BILA...NASIBLAH NEGERI KELANTAN NI..
MAJLIS HARI RAYA KE 4 ITU SEBENARNYA ADALAH MAJLIS PERKAHWINAN ADIK LELAKI AD...HEHE..(QISTINA,AD DAH JAWAB TUSS..HEHE)..SEMOGA PERKAHWINAN MEREKA DIBERKATI DAN DIREDHAI OLEH TUHAN..INSYALLAH..WALAUPUN DAH 2 ORANG ADIK YANG TELAH LANGKAH BENDUL TAPI AD REDHA DAN YAKIN TENTANG KETENTUAN ITU KEPADA AD..INSYALLAH...MOGA SUATU HARI ALLAH PERMUDAHKAN JALAN YANG AD LALUI INI...INSYALLAH...
SELAMAT PENGANTIN BARU FAKHRI AND SALINA..MOGA ANDA BERDUA DIBERKATI DAN DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA...ABG DOAKAN ADIK BERDUA BERBAHAGIA SELALU..INSYALLAH...
Friday, 3 October 2008
KENDURI
Raya kali nie memang Ad sibuk sangat..Ad tak sempatpun jumpa kawan2 yang pulang beraya ke kampung...Dari raya pertama sampai esok ada je keje..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hopefully majlis esok pun sama..Insyallah...Harap2 juga kawan2 datang majlis esok...Lama tak jumpa kawan2 perantau ni...
So oklah nak sambung menggoreng ayam dgn saudara mara..kay..esok Ad cerita kenduri yang masih jadi tanda tanya ni kay..Insyallah...