Friday, 31 October 2008

ERTI PEDIH DAN NGILU KEGAGALAN ..

Salam bloggers...Bertemu lagi kita di titipan akhir oktober 2008...Nak gak buat entry akhir oktober ni..Pernahkah kita fikirkan apa yang kita cari dalam hidup ini?..Pernahke?..Mungkin ada yang fikir dan mungkin ada yang hanya mengikut arus kehidupan yang berlaku..Tapi kita seharusnya ada perancangan dalam hidup..rite?..

Suatu yang ingin kita capai...Walaupun dalam perjalanan itu kita sering gagal dan gagal tapi usaha kita cukup mulia untuk kita mencuba lagi dan lagi sehingga kita mendapat hasil yang kita inginkan..tidak kiralah dalam apa jua bidang yang kita lakukan ,kita inginkan kejayaan menjadi milik kita..Dalam bidang pekerjaan misalnya kita inginkan kenaikan gaji dan kenaikan pangkat..Suatu kejayaan yang kita inginkan..Begitulah dengan bidang percintaan kita inginkan kejayaan cinta kita sampai kemuncak dengan perkahwinan...Dalam bidang permainan kita suka bila kejayaan menjadi juara tiap permainan..

Apa sahaja bidang yang kita lalui kita inginkan kejayaan ...Tiada yang mahukan kegagalan...Tetapi kita sering diuji dengan kegagalan ..Apa yang kita lakukan menemui kegagalan ..Malah kadang2 sudah hampir mencapai kejayaan kita gagal...Apabila kita di perhatikan untuk naik pangkat kita dicantas...Dalam percintaan pula apabila kita menghampiri kemuncak percintaan untuk perkahwinan kita gagal bila percintaan terputus ditengah jalan..Sering dan selalu kegagalan itu mengusik kita..Mengguris hati kita...Memanah jantung kita..Kita rasa kepedihan dan kengiluan itu tapi hidup kita perlu diteruskan...Tiada noktah dalam hidup kita selagi hayat kita masih dikandung badan..Kita perlulah berusaha semampu yang mungkin untuk mencapai apa yang sahaja kejayaan yang kita inginkan...

Cuba kita renungkan kehidupan disekeliling kita.. Cuba kita renung dan lihat dengan mata hati kita,setiap hari ada saja manusia yang mengalami kegagalan dan ada sahaja  manusia yang menempuh hari baru dengan penuh kekecewaan . Inilah yang dikatakan kehidupan ,kadang-kadang kita amat senang apa yang kita hendak semua kita dapat tetapi kadang-kadang kita amat susah,amat sukar kita hendak dapatkan sesuatu..

Kegagalan adalah sahabat yang baik bagi mencapai kejayaan..Dengan kegagalanlah kita tahu susur galur sesuatu perkara...kegagalan membantu kita menjadi lebih baik..Membantu kita mencapai apa yang kita inginkan...Kekecewaan dan kepedihan yang kita rasa diatas kegagalan itu juga amat rapat dalam mencorak kehidupan kita seterusnya...Suatu kehidupan yang kita gariskan dan tegakkan berdasarkan suatu pengalaman yang mungkin orang lain tidak dapat...Pengalaman yang mengajar kita tentang erti suatu kehidupan yang tidak sunyi malah sering diterjah dengan kegagalan...Marilah kita semua bangkit memapah,menongkat,merangkak,melunsur diri menjadi lebih tegar dan tabah dalam kehidupan yang sementara ini..Kehidupan yang mengajar kita tentang suatu warna hidup yang pelbagai...Akhirnya insyallah kita boleh berlari dan memecut laju hidup tanpa halangan lagi..

8 comments:

  1. salam..
    hidup ini tak dapat lari dari kegagalan.. dah kegagalan itu yang akan membuatkan kita berjaya.. hehehe.. kegagalan juga yang mengukir senyuman diwajah apabila menggapai kejayaan disuatu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. FARID-..Yup itulah namanya hidup..Pergi sana sini pun kegagalan jua yang menghampiri..Tapi yang pasti kita boleh berdoa moga kejayaan yang akan menghampiri nanti..Insyallah

    ReplyDelete
  3. Dok dang kawe nok baco tapi baco intro tu bdiri bulu romo doh tuh... nanti la kalu ado maso... sibuk kijo sapa tok dey nok bermonolog... stereo sokmo getek...

    ReplyDelete
  4. SHAM-Baco jange dok baco..ngeh3x..

    ReplyDelete
  5. kita hidup nih memang slalu je kena berdepan dengan kegagalan....

    ReplyDelete
  6. BOZZO-Yup selalu..kdg2 bertimpa2 datang...Itu namanya hidup tetapi yg penting cara kita handle benda tu...rite?..

    ReplyDelete
  7. Nak jadi kaya dan nak pergi melancong, umrah dan naik haji bila mampu. Nak bawa family merasa negara orang. Nak rumah mewah dan kereta mewah bagi family rasa semua tu. Kalau saya tak buat macam tu, sampai bila pun akan hidup serba sederhana. Amin...

    ReplyDelete
  8. FAISAL - <--- Dah betul ejanya kay..hehe..Insyallah moga hajat saudara faisal akan dikabulkan..Doa dan usaha..then tawakkal...niat yg baik insyallah Allah akan permudahkan..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)