Saturday, 28 February 2009

Takdirnya begitu..



Apa yang kita lakukan tak smestinya semua yang kita suka..Malah ada kerana yang kita lakukan itu sebab orang lain..Ingin menjaga hati atau apa sahaja..

Tetapi perlukah kita menyanyangi atau mencintai seseorang oleh kerana ingin menjaga hati dia?..Akibat terlalu sayang dalam jalinan persahabatan pada mulanya..Tetapi lama-kelamaan timbul rasa sayang dan cinta di hati dia..Sudah pasti kita akan berasa serba salah dalam menafsirkan hubungan itu menjadi lebih dalam..Yang mungkin kita tidak jangka kerana apa yang kita lakukan dan persembahkan hanyalah atas dasar seorang sahabat atau kawan..

Tidak pernah terlintas dihati kita yang perhubungan itu menjadi suatu tafsiran yang jauh bagi seseorang..Akibat layanan dan kemesraan kita yang tulen itu membuatkan hatinya terpikat dan mengubah lagu rasa itu kepada suatu hubungan yang lebih dalam coraknya..

Tetapi dihati kita tidak pernah wujud rasa itu kita hanya lakukan sesuatu yang "biasa-biasa" seperti orang lain persembahkan..Tetapi kenapa rasa itu yang datang bertandang dihatinya?..Dan bagimanakah kita akan cuba untuk tidak mengecewakan hatinya jika kita berkata yang benar dari hati kita?..Adakah itu akan mengecewakan si dia yang amat?..Mungkin...tetapi keakraban sahabat itu yang kita impikan bukannya cinta dan sayang seorang kekasih...

Begitulah rasa bila suatu hubungan berbeza jantina menerobos suatu keintiman yang amat..Rasa akan berubah lagu..Akan memecahkan rasa yang dulunya dipelihara...Bak kata orang bila berlaku seperti ini kita haruslah bertindak dengan bijak seolah-olah bagai menarik benang didalam tepung..benang tidak putus dan tepung tidak terabur..

Amat payah bila membicarakan rasa yang kita sendiri tidak jangka..Yang tiba-tiba ianya wujud dalam suatu hubungan yang kita rasa mungkin tidak sepatutnya wujud rasa seperti itu..tetapi mungkin juga ada kealpaan diri bila perhubungan yang seharusnya ada batas antara lelaki dan perempuan itu diolah seolah-olah terlalu rapat hingga membina bibit-bibit mesra yang tidak terjangka...

So bagi yang memahami cubalah fahami diri sahabat anda dan jangan mudah mencetuskan rasa dalam diri yang mungkin akan menjarakkan diri dengan sahabat kita..Cara dan gaya kita seharusnya ada batas yang harus kita ikuti agar keintiman dan kemesraan itu tidak melarat sampai ke rasa yang berbeza dari sebelum rasa itu datang..Kita mestilah kenali dan fahami gerak bahasa dan gerak laku sahabat kita supaya kita tidak tersilap dalam penafsiran yang sepatutnya kita tidak lakukan...Tiada salahnya jika itu adalah kehendak kedua belah pihak tetapi jika bertepuk sebelah tangan akan menimbulkan malu pada pihak kita dan bosan di pihak yang satu lagi..

P/S: Hanya pernyataan rasa melankolik tiada maksud kepada sesiapa....:-)

7 comments:

  1. mixed signal. bila kawan dengan lelaki, itu yang selalu mereka bagi. kenapa eh? kalau kawan biasa, kenapa tak stick macam kawan biasa? kenapa caring lebih? Adoi la. Tak tahu ke kamu wahai lelaki bahawa wanita suka dilayan baik2? dilayan seperti dihargai? dan selepas itu merasakan kamu kaum lelaki bukan sekadar kawan sahaja.

    Confused!

    p/s: melankolik yang tiada kena mengena jugak! haha. :)

    ReplyDelete
  2. CAHAYA-Hmmm bagus komen Cahaya..menjelaskan suatu keadaan yg pada tafsiran lelaki itu tidak berapa jelas...hehe..

    ReplyDelete
  3. Ad, seringkali akan wujud salah faham sebegitu dan ida akui....penah dlm salah faham itu utk 3 thn dan lepas semuanya di ungkai ternyata itu hanyalah salah faham.... sukar membuat tamsilan dari bahasa hati bagi jiwa yang kosong dan rawan rasanya....

    ReplyDelete
  4. SUFIIDANY-Hmmm ada gak yg rasa apa yg ada titipkan kali ini..Dan diakui mungkin ramai lagi yg merasainya..Iyalah sbg perempuan mmg sukar utk bertanya pihak lelaki kan..malu dan maruahnya ada..Tapi cuba utk menyelami hati lelaki sebaiknya anda semua akan mengetahuinya... Anda boleh nilai hasrat mereka yang bagaimana...

    ReplyDelete
  5. Kalau persabahatan yang dianggap si dia, maka kita telah menodai erti sebenar persabahatan dan ini boleh menjadikan racun di dalam diri sama ada membunuh diri sendiri atau perhubungan.

    ReplyDelete
  6. FAISAL-Hmmm kenapa harus sejauh itu perhubungan yang dibina?..Tidakkah seharusnya berpada-pada dalam hubungan itu?...

    ReplyDelete
  7. Mungkin komen Cahaya hanya menjurus pandangan dr wanita yang biasa diberi mixed signal ini. Mungkin lelaki juga merasa yang sama. Who knows?

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)