Ad tujukan puisi ini untuk semua yang merasakan kasih, sayang dan cinta mereka tidak hadir dihati seseorang walau sudah pelbagai cara dan kaedah yang dilakukan untuk menghadirkan RASA itu dihati seseorang tersebut.. Dalam satu proses kehidupan ini kadang-kadang RASA itu hadir hanya untuk sementara sahaja.. Malah kadang-kadang belum sampai suatu masa yang relevan RASA itu sudah pergi..Tidak sempat mengecap manisnya RASA itu .. Hanya sekejap cuma..Ada yang meRASAkan getaran RASA itu?..hehe..
Tiada Hadir Rasa Dihatimu
Hati sunyi dan sepi
Imbasan tiada nampak
Dengusan tiada rasa
Dengaran tiada bunyi
Risikan telah dilakukan
Belaian telah disentuhkan
Ungkapan telah dinyatakan
Hembusan telah disapakan
Hati sunyi dan sepi
Tanpa hadirnya kasih
Tanpa hadirnya sayang
Tanpa hadirnya cinta
Ingatan tersasar jauh
Rinduan terbeku sudah
Tangisan tersedu lalu
Senyuman terlirik tawar
Hati masih sunyi dan sepi
Mencari kasih
Mencari sayang
Mencari cinta
Tidak hadirkah dihatimu, kasihku ini
Tidak wujudkah dihatimu, sayangku ini
Tiada nampakkah dihatimu, cintaku ini
Aku hanya perlukan sedikit ruang
Aku hanya perlukan secubit rasa
Aku hanya perlukan sekilas pandang
Aku hanya perlukan secalit rindu
Hadirkanlah di ruang hatimu
Sentuhan belaian
Nyataan ungkapan
Sapaan hembusan
Agar hati ini tidak lagi sunyi dan sepi lagi...