Hati dirembat
Sakitnya tidak terucap
Hanya empunya diri yang rasa
Lambungan tiada tepian
Hati dirembat
Pedihnya tiada siapa yang tahu
Milik diri yang terkena
Lantunan tinggi memedih
Hati dirembat
Calarannya terasa bak semalu
Hak diri yang dinafi
Hakisan rapat menghiris
Hati dirembat
Kesan merah membarah
Kasih diri terabai
Tusukan tepat memarah
Hati dirembat
Aliran darah merah mengalir
Cinta suci dinodai
Rembatan yang memati
sedih bila hati dirembat...
ReplyDeleterembat rasa macam bola sepak plak. Sakitnya sama ke kalau direntap?
ReplyDeleteBOZZO-Sedih woooo..hehe
ReplyDeleteCAHAYA-Boleh tak kalau bayangkan hati macam bola..dan rembat...pastu melantun dan melambung tah kemana-mana..kalo kena tiang gol lagi laa...terus berkecai musnah...hehe..ibarat jer..hihi
ReplyDeleteHati kena simpan dlm peti besi. baru tak boleh nak dirembat sesuka hati oleh si durjana :)
ReplyDeleteNITE GARDEN-Bagaimanakah bentuk peti besi itu?..hehe..
ReplyDeletesape yang rembat..? meh honeya rembat dia..
ReplyDeletehuhu... :)
honeydylove@blogspot.com
~Honeyadiaz~
siapakah yg tega merembat hatiku itu?
ReplyDeletesALAM..MAAF lama tak menyunjungi blog kamu ini.. erm.. agak sibuk dgn project sy.. huhu.. by the way.. nama sebenar sy.. Liza.. Nur Haliza.. huhu.. nak buat permintaan puisi boleh? erm.. boleh tak buat puisi ttg cinta.. cth nya.. ada seorg ni, dia da berpunya.. tp tiba2.. dia jatuh cinta pada org lain.. jatuh cinta pada insan y dia tidak kenali.. dan dia tidak tahu.. bila akan ketemui lagi dgn org tu.. sedangkan insan y menyintai dia.. tulus ikhlas menyintai.. mencurahkan sepenuh kasih.. tp hatinya pula pada insan y dia tidak ketahui..huhu.. boleh tak?
ReplyDeletep/s : menanti puisi dari mu.. hehe
NONEYA DIAZ-Hehehe..sesiapa sahaja yg sanggup merembat hati...tak elok balas membalas..hehe
ReplyDeleteIZMAN-Siapakah..Tega kah dia?..Sampai hatikan dia merembat hati yg tulus ikhlas..
ReplyDeleteSEKEPING HATI-Nurhaliza?..Siba baik takde siti di depan..hehe...Hmmm permintaan puisi ek?..adusss..camana ni nak karang...Ambik masa nih nak menyelami hati..hehe..Kalau dapat idea Ad buat k..hehe...
ReplyDeletehoneya gurau je.. I'm still stick pada apa yang my mom pesan dulu..
ReplyDelete"biar org buat kita, jgn kita buat org"
kalau kita membalas, kita sama saje dengan org itu, mungkin lebih teruk.. :)
doa, sabar dan tawakal..
Dugaan itu terjadi kerana Allah S.W.T menyayangi kita dan untuk memberikan yang lebih baik buat kita..
Berdoa lah buat mereka yang membuat tidak baik pada kita, insyaallah mereka itu akan terbuka hati untuk menyedari kesilapan mereka.. Amin..
btw, nie blog baru honeya :
ReplyDeletehoneydylove.blogspot.com
siapakah yang telah merembat hati mu??
ReplyDeletesakit semalam belum bebat sepenuhnya aku kembali mengatur langkah untuk episod luka.... huhuhu kenapa dan mengapa? pasrah.
ReplyDeleteHONEYDYLOVE-Yup betul tu...Jangan kita buat org biar org buat kita...Lambat laun Allah tunjukkan jalan untuk org itu..ye tak?.hehe
ReplyDelete@XIM-Ramai yg bertanya...tapi aku tidak pernah menyatakan jawapannya...hehe
ReplyDeleteSUFI IDANY-Jalan ini bukan kita pilih..Jalan yg kita lalui ini sudah tertulis..Kita perlu mengatur apa sahaja langkah walau terpaksa melunsur sekalipun..Langkah kita perlu diteruskan...Suatu hari tiada luka lagi yg datang..Dan mungkin juga kita akan kebal dari luka..
ReplyDelete"Kita perlu mengatur apa sahaja langkah walau terpaksa melunsur sekalipun..Langkah kita perlu diteruskan...Suatu hari tiada luka lagi yg datang..Dan mungkin juga kita akan kebal dari luka.."
ReplyDeleteSaya suka statement Ad nih.. sy setuju bila sudah terlalu kerap terluka, lama2 kita akan kebal jua. pepatah ada menyebut alah bisa tegal biasa.
Saya pun tgh imagine camner rupa bentuk peti besi utk simpan hati Ad. Maybe dlm music box lebih sesuai supaya hati Ad boleh menyanyi setiap hari ;)