Sunday, 29 November 2009

Ujian dariNYA..

Entri kali ni lari sikit dari entri sebelum ini..Tiada puisi mengindah bicara.Hanya renungan untuk diri dan juga perkongsian rasa dengan orang lain dalam tafsiran diri yang mungkin diterima atau tidak oleh manusia2 lain.Moga kita dalam satu jalan yang menuju suatu destinasi yang sama.Destinasi yang membuatkan kita faham dan jelas tentang keperluan kehidupan yang kita hadapi secara sementara ini.

Dalam hidup ini kita sering diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang tidak putus-putus...Ada yang membuatkan kita kecewa dan ada yang membuatkan kita putus asa..Ujian didatangkan dengan pelbagai bentuk malah kadang2 kita tidak pernah terfikir tentang dugaan yang kita hadapi itu..Tidak pernah terfikir langsung kita akan hadapi.Tapi itulah namanya ujian yang akan datang bila2 masa dan ketika..Saat kita gembira tiba-tiba ianya datang membuatkan kita murung dan sedih.Tidak kira masa ianya datang..Malah dalam gelak ketawa kita tiba-tiba bertukar tangisan.


Sebab itulah kita sentiasa diingatkan tentang keinsafan dan kematian.Bila-bila masa ianya akan datang.Bukan kita tidak boleh bergembira tapi gembira ada batasnya.Jangan sampai kita menolak dan mengabaikan tanggungjawab kita padaNYA..Dalam kegembiraan dan kesenangan hidup didunia jangan kita lupakan alam yang satu lagi,alam yang akan kita hadapi juga suatu hari nanti.Alam yang tiada siapa dapat menolong kecuali amalan2 kita sendiri.

Dalam hidup kita diuji dengan kesengsaraan jiwa dan rasa .Kesedihan yang dihadapi yang merobek rasa yang ada.Malah kita lemah dan longlai dalam menghadapinya..Tidak mampu dan tiada kuasa untuk menghadapinya.Malah kita hanya mampu menerima ujian itu tanpa ada apa-apa penyelesaian.Takdir itu datang juga kepada kita.

Mungkin kita rasakan kenapa kita diuji..Kenapa?..Sedangkan orang lain senang lenang tanpa ujian..Gelak gembira dengan harta dan kesenangan yang melimpah ruah.Ada kehidupan yang sempurna..malah terlalu sempurna hidup mereka.Petik jari semua mereka boleh dapat.Perlukah kita membandingkan diri kita dengan mereka?.Perlukah?Kita tidak rasakah yang kita ini terpilih dalam menerima ujian..Tidakkah kita fikir yang ALLAH menyayangi kita sebab itu kita diuji.Orang lain mungkin masih belum terpilih untuk menerima ujian yang kita hadapi...Kita terpilih..Ya kita terpilih..Terpilih dalam keizinan ALLAH untuk kita merasai ujian dan dugaan hidup.Kerana dengan ujian itulah kita masih boleh menegnal diri dan yang paling penting mengenal pencipta ALLAH s.w.t . DIA memberikan kita ujian dan dugaan agar kita menjadi lebih baik.


Kita bertuah sebenarnya menerima ujian tersebut kerana orang lain tiada kesempatan merasakan apa yang kita rasa.Dengan ujian itu kita akan sedar diri dan menginsafi diri .Kita akan merasakan bahawa semua yang ada diatas dunia ini adalah HAK ALLAH..Bukan hak kita..

So berjalanlah dan carilah apa yang ada diatas mukabumi ALLAH ini dengan rendah diri pada ALLAH..Buatlah apa sahaja yang mendapat REDHANYA bukan MURKANYA...INSYALLAH, ALLAH akan membantu kita dari segenap penjuru..Yakinlah akan takdirNYA..Takdir yang diturunkan kepada hambaNYA yang disayangi.Agar betul perjalanan hidup selari dengan aturan tabii hidup yang berlandaskan peraturan-peraturan yang jelas dan nyata.

Wednesday, 25 November 2009

ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Salam Aidul Adha Ad ucapan kepada semua bloggers dan pembaca setia blog Ad.Moga Hari Raya Aidil Adha ini menjadi satu bukti yang kita mampu membuat pengorbanan seluruh jiwa dan raga demi ALLAH . Moga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s menjadi satu panduan untuk kita lebih bersemangat dan yakin bahawa pengorbanan yang kita lakukan akan dibalas dengan hikmah yang tiada tolok bandingnya.. Hikmah yang bersembunyi..Marilah sama-sama kita membersihkan diri kita , keluarga kita dan teman-teman kita dengan cahaya NUR Islam. Bekorbanlah apa sahaja demi ALLAH. INSYALLAH kita akan dapat ganjaran dari ALLAH. Selain daripada itu kita mampu melihat dan meneliti perayaan yang kita sambut ini dengan satu pengajaran dalam kehidupan yang kita lalui. INSYALLAH

Bagi yang pulang ke kampung hati-hatilah dijalan raya..Semoga selamat sampai dan kembali nanti.Dan hayatilah sepenuh jiwa dan raga kita erti pengorbanan yang sebenar.Pengorbanan yang membuatkan kita tidak rugi walau satu sen sekalipun malah ganjaran ALLAH amat besar untuk kita.INSYALLAH..Selamat bekorban..

Friday, 20 November 2009

BERDIRI ,BERJALAN DAN MENCARI

SALAM BLOGGERS DAN PEMBACA SETIA BLOG MELANCHOLIC HYPHOTHESIS. TERIMA KASIH MASIH SETIA DAN SANGGUP MEMBACA TITIPAN DALAM BLOG AD RIFZA INI. MOGA TERUS SETIA MEMBACA DAN CUBA MEMAHAMI APA SAHAJA YANG TERSIRAT DISEBALIK TITIPAN MELANCHOLIC ADRIFZA. TERIMA KASIH. SEPERTI YANG AD JANJIKAN DI ENTRI BLOG YANG LEPAS ENTRI INI ADALAH PUISI YANG TERTANGGUH UNTUK DITITIPKAN DISINI.ASYIK ENTRI LAIN SAHAJA MELINTAS ENTRI INI. KALI NI ADA KESEMPATAN. JADI JANJI SUDAH TERTUNAI. BACALAH DAN HAYATILAH PUISI INI .

BERDIRI AKU DISINI
MENCARI APA YANG PASTI

DALAM SERBA KURANG DIRI

MENEPIS TOHMAH DAN CACI


JASAD INI TERUS BERJALAN

MENGIKUT PUTARAN MASA

WALAUPUN TEMPUHI BANYAK JALAN

YANG MAKIN KABUR DENGAN MASA

KADANG-KADANG AKU TEWAS LEMAH
KADANG-KADANG AKU GAGAH KUAT
MENGHADAPI SEMUA MEHNAH
MENGHARUNGI DUGAAN HEBAT

WALAU DUGANYA BERLIKU
WALAU ALURNYA DALAM

KETERPAKSAAN INI PANTAS BERLALU

PAHIT INI HARUS DITELAN


ARUS INI SELALU ADA

JEJAK INI SEBAGAI ALAMAT

MOGA TAKDIR INI REDHA

MOGA HIKMAH INI RAHMAT

Saturday, 7 November 2009

BANJIR : Peristiwa Nostalgia

Tepi rumah
Depan rumah


Depan rumah

Posing dalam banjir..hehe

Salam bloggers..hmmm smalam 6hb November 2009 Kelantan mula dilanda banjir selepas hujan turun tidak berhenti2 selama 2 hari..Di kampung Ad tidak terkecuali bila tiba musim tengkujuh ni..Malah biasanya 3-4 kalilah banjir kalau musim ini..Air banjir kali ni besar sikit dari tahun lepas.Naik sampai 2 anak tangga rumah..

Oleh kerana Ad ada ternakan yang dibela so operasi menyelamat dijalankan..Kambing dan ayam tak terjejas sangat sebab kandang dan reban di tanah yang tinggi. Itik jer masalah sebab reban dimasuki air paras lutut dan itik kesejukan..Ad alihkan ke tempat yang lebih selamat jika air naik lagi..Penat gak camni..Mungkin lainkali kena buat reban kat tempat yang tak naik air jer..Kambing plak bila banjir cerewet sikit .Ada 14 ekor semuanya..Risau gak kalau2 ada yang kembong perut.Kembong perut bagi kambing akan menyebabkan mati..Tu yang risau..Kambing tak bleh sejuk2 kena hujan..Thats why Ad kurung jer dalam kandang dan bagi makan “pellet” dedak untuk kambing..Ayam plak takpe..Senang sikit..Bagi jer makan dekat reban..Ayam ni tahu masuk dan keluar reban sendiri..So senang nak jaga.Ada dekat 50 ekor ayam kampong yang Ad bela secara lepas bebas.Harap2 janganlah banjir besar..Kalau besar lagilah kesian kat ternakan tu..Tuannya pun kesian gak sakit-sakit urat dah ni..hehe…Itulah hobi Ad membela ternakan sambil-sambil dapatlah sikit2 duit kan..Tak banyak pun..Sebab jarang2 jer jual pun..Kalau nak buat besar2 maunya kena berhenti keje…

Then satu lagi cerita pada hari banjir ni kereta Ad mati..Enjin masuk air..Malang sungguh kan..Ad nak ke pekan Machang…banyak jalan yang air naik..so mula2 masuk town tu dah harung air but kereta masih lagi ok..Bila nak balik plan lalau jalan lain..Ad ingatkan air kat jalan tu tak dalam..Ya lah kalau fikirpn takdelaa sampai enjin pun..Ad redahh jer air tu then bila nak lepas kereta Ad mati tiba-tiba..Adusss…buat hal laa plak..Yang aku pi redah air tu kenapa plak..huhu..nasibbb kan..start2 tak nak idup..Ad pun kuarlah…Air takat betis jer..Ad dengan anak buah masa tu..dengan hujan lebat..basah lenjun habis..Then ada sorang mamat yang baik hati tolong tolak kereta tu..ke tepi jalan..Then Ad call pomen yang biasa repair kereta tu..Pomen lak takde..Anak buah dia pun takada..Petang baru ada.Ad tinggal jerlaa kereta tu tepi jalan..Petang dalam pukul 4 baru pergi semula then try start tak idup2 jugak..call pomen ..beberapa minit pekerja dia datang..Dia check2 mmg dah takleh start ,dia kata enjim masuk air dah..kena buka semua enjin..adusss seteruk ini ke Ad fikir..Then dia tariklah kereta tu ke bengkel..So katanya 3-4 hari kena repair..huhu..Yang tu Ad tak kisah sangatlah maybe bleh pinjam kereta adik tapi ongkosnya pak..aduss…Taktaulah berapa plak Ad akan habis untuk kereta tu nanti..Harap2 taklah banyak..Tapi ada kata makan ribu..Aduss mak aiii banyak tu mana nak cekau duit nanti..Kena soft loan lah agaknya..uhukk…Mood pun asyik fikir kereta jer..Harap2 lah tak rosak banyak..Lenkali tak mo dah redah air..Kena cari jalan lain walaupun jauh..huhu..Pengajarankan..Kita belajar dari kesilapan..Tapi dengan peristiwalah kita akan belajar dan memahami sesuatu…Pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik..So habislah cerita bab banjir..Sambil-sambil tu ada gak terfikir2 malam tadi so lahirlah sebuah puisi..Ada puisi jugak ke entri camni...hehehe..
TAKDIR

Dalam sedut nafas diri
Dalam gerak langkah diri
Dalam atur fikir diri
Dalam nasib takdir diri

Kita sering diuji
Kita sering diduga
Kita sering dicuba
Kita sering dicabar

Kadang-kadang kita kuat
Kadang-kadang kita lemah
Kadang-kadang kita tiada kudrat
Kadang-kadang kita tiada arah

Walau tidak mahu ianya tetap datang
Walau tidak ingin ianya tetap hampir
Walau tidak nampak ianya tetap terjadi
Walau tidak fikir ianya tetap muncul

Duga ini harus jua ku tanggung
Ujian ini harus jua ku ambil
Cabaran ini harus jua ku hadapi
Cubaan ini harus jua ku terima

Ya Allah
Aku mohon padaMU
Ampunkan silapku
Maafkan salahku
Berilah takdir yang baik bagiku
Berilah nasib yang baik bagiku