Showing posts with label Diri. Show all posts
Showing posts with label Diri. Show all posts

Monday, 14 February 2011

DETIK MASA ..Hari Lahir ..

MASA itu akan tetap berlalu walau dengan sekatan atau halangan...Mana mungkin manusia mampu menghentikan MASA ..MASA itu emas ,tidak terkira nilainya walaupun ramai manusia biarkan ianya berlalu begitu sahaja..

Detik demi detik yang berlalu

Kita tidak bisa menepis

Kita tidak bisa menangkis

Apa sahaja yang terjadi

Apa sahaja yang berlaku

Masa itu manusia kata mendewasakan

Masa itu manusia kata mematangkan

Nilai kedewasaan tidak kita tahu

Nilai kematangan tidak kita seru

Masa akan terus berjalan

Masa akan terus berlalu

Walau kita dalam khayalan

Walau kita dalam pilu

Tidak bisa kita menghalang masa

Tidak bisa kita menyekat masa

Dari kecil hingga dewasa

Dari diam hingga berkata-kata

Masa mengajar kita

Masa mengatur cerita

Ajaran yang kita laksana

Cerita yang kita bicara

Musim demi musim bersua

Siang malam bersilih ganti

Bayi hingga ke tua usia

Hidup hingga terbujur mati

Yang berlaku tetap berlaku

Yang terjadi tetap terjadi

Tiada gerak masa yang kaku

Tiada detik masa yang mati

Teruskan langkah jalanmu

Gerakkan jalan hidupmu

Apa yang dicari pasti kau temu

Apa yang dipanggil pasti bertamu

Lupakan kisah-kisah lalu

Abaikan cerita-cerita lama

Bukakan satu tekad baru

Dalam meniti episod rencana

Bekal dengan iman didada

Tanam dengan semangat yang padu

Seiring dengan yakin yang ada

Moga tercipta cerita yang baru

Cerita yang membuatmu teruja

Cerita yang membuatmu gembira

Cerita yang membuatmu ketawa

Cerita yang membuatmu bahagia

By : Ad Rifza 14 February 2011

AD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dan taulan yang masih mengingati dan mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk AD..Walaupun dirasakan telah lama usia ini berlalu dan telah lama masa ditinggalkan masih ada yang sudi dan ingat akan tarikh lahir AD..AD amat-amat hargai ingatan kalian.Ucapan dalam medium yang berbeza di lisan, BLOG,SMS,Facebook dan laman2 sosial yang lain amat AD hargai. Ingatan kalian membuatkan AD cukup terharu .Ntah mengapa kali ini terharu sangat dirasakan dengan ucapan kalian teman-teman dan sahabat handai.AD amat berharap agar kalian mendoakan kehidupan AD akan datang lebih membahagiakan dan doakan supaya ALLAH memberkati hidup AD dalam fasa-fasa seterusnya.Perjalanan hidup kita,kita tidak tahu sejauh mana lagi sebab ajal maut kehendak ALLAH.Jika ALLAH masih memberikan peluang kita manusia hanya mahu mendapat rahmat dan redha ALLAH dalam setiap gerak laku kita.Walaupun kadang-kadang sebagai manusia biasa kita sering gagal dan cuai .ALLAH tidak memberikan semua yang kita mahu dalam hidup ini.Kerana kadang-kadang ALLAH ingin menguji setakat mana kesabaran dan keimanan yang kita ada.Terima Kasih ALLAH .Aku masih mengharapkan hidayah dan rahmatMU .KAU pandulah hidupku pada jalan yang lurus seperti jalan-jalan orang-orang yang ENGKAU redhai dan KAU jauhilah diriku dari jalan-jalan orang yang sesat.PadaMU ku memohon..Aminn..

Sunday, 14 February 2010

HAPPY BURFDAY AD RIFZA



Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni genaplah umur AD yang ke 3xxxxxx ..Fuhh sungguh banyak dah angka itu..Tak sanggup nak baca rasanya..huhu..Tapi hakikatnya harus diterima bahawa umur ko AD dah lebih pertengahan 30an...fuhhh...Tua kah aku?.. Atau masih muda kah aku?.. Whateva, apa lah yg ada pada nomborkan.. hehe.. statement nak sedapkan hati jek..

Dalam usia yang sebegini masih banyak yang harus AD tempuhi..Jalan hidup yang masih panjang InsyaALLAH..Hidup yang berbaki ini sewajibnya digunakan untuk hal2 yang baik2 dan terbaik sahaja. Tempuh usia yang ALLAH kurnia ini harus disyukuri dengan penuh keinsafan..Insaf beb..Fasa hidup harus diteruskan dengan sesuatu yang lebih besar maknanya..InsyALLAH..

Manusia masing-masing ada perancangan hidup yang ingin mereka lakukan tapi kadang-kadang ianya tidak berkesudahan dengan sempurna..Manusia yang nampak didepan mata sahaja apa yang berlaku mereka tidak pernah ingin memahami apa yang tersirat dihati..Itu sifat manusia yang tidak mampu kita takwil.AD tidak salahkan mereka kerana mereka juga manusia biasa yang tidak sempurna dari segi pemahaman masing-masing.Bagi yang memahami ,AD ucapkan terima kasih kerana cuba memahami hati insan yang kerdil dan hina ini.

Jalan hidup ini masih panjang,doakanlah agar jalan hidup AD ni berlalu dengan sesempurna yang mungkin.Agar liku-liku hidup dapat AD tangani dengan sebaik mungkin.AD mohon maaf atas segala salah silap AD dalam sedar ataupun tidak.All this time AD adalah AD yang anda kenal melalui blog atau cabang perkenalan yang lain.AD mohon terimalah diri AD seadanya..Apa yang baik adalah dariNYA dan kekurangan itu adalah atas khilaf diri yang tidak sempurna.

Sambil-sambil tu AD ada juga cipta sebuah puisi..Moga kita ambil iktibar dan panduan..InsyALLAH..

USIA

Setahun ke setahun

Menginjak satu persatu

Putaran masa itu cepat

Tidak menunggu dan berhenti


Selangkah ke selangkah

Meningkat satu persatu

Aliran masa itu deras

Meningglakan kita tanpa peduli


Sejarak ke sejarak

Ukuran itu makin panjang

Kiraan masa itu bertambah

Membiarkan kita semakin berusia


Sedetik demi sedetik

Detikan saat satu persatu

Gerakan minit itu laju

Menjadikan kita semakin berusia


Usia adalah anugerah

Usia juga ukuran diri

Apa yang kita ada selama ini

Apa yang kita capai selama ini


Semakin meningkat usia

Semakin kita kenal diri

Semakin kita insaf diri

Semakin kita faham diri


Moga pada usia ini

Moga pada umur ini

Kita akan lebih berjaya dalam hidup

Kita mampu sempurnakan hajat hidup


Kita hanya mampu berdoa

Kita hanya mampu memohon

Agar ALLAH permudahkan jalan hidup

Agar ALLAH sempurnakan cerita hidup

Thursday, 7 January 2010

PERJALANAN PERCUTIAN

Perjalanan malam itu bermula dengan menaiki keretapi Express Timuran yang bertolak dalam pukul 9.30 malam dari Stesen Keretapi Tanah Merah Kelantan..First time naik keretapi ni risau gak tatau camana caranya..huhu..so bila kita bertanya hilang kerisauan ..Perjalanan malam itu mengambil masa agak lama iaitu selama 5 jam untuk sampai ke Pekan Jerantut..Pukul 3 pagi AD sampai di Stesen Keretapi Jerantut dengan dijemput oleh 2 orang sahabat iaitu Ril dan Ris..Alhamdulillah selamat perjalanan malam itu dan syukur juga sebab dapat jugak pijak kaki dibumi Jerantut seperti yang dirancang-rancang selama ini..Sebelum sampai dirumah kawan kami singgah sebentar di kedai mamak untuk minum.Sampailah rumah kawan tadi lebih kurang pukul 4 pagi..Malam tu takleh tido biasalah AD ni bila berubah tempat susah sikit nak lena..Pusing kiri kanan tak jugak lena sampailah subuh.Lepas subuh borak2 dan tido lagi .Yang kawan Ad 2 org tu lena tido siap bunyi lagi..haha..opsss…Ad jer takleh tido lagi..Lena lite2 jer..hehe…

KERETAPI MALAM

GERABAK ,

MENUNGGU TIBA

BERDERU MEMASUKI

MANUSIA RAMAI

PELBAGAI DESTINASI

PELBAGAI RAGAM

PELBAGAI AKHLAK

PELBAGAI SIFAT

TUJU ARAH SATU

TUNGGU SAMPAI LALU

BOSAN DALAM SABAR

RESAH JIWA GETAR

KERETAPI MALAM

JAUH DESTINASINYA

LAMA MASANYA

LAIN DARI BIASANYA

REDAH KERANA HASRATNYA

BILA HAMPIR

BERUBAH RASANYA

BERUBAH GIRANGNYA

BERUBAH SENYUMNYA

BERUBAH GAYANYA

Ad Rifza 1 pagi , Express Timuran

So agenda seterusnya dengan plan yang pelbagai..Ad tak kesah mana2 pun nak jalan-jalan..So mereka membawa Ad ke Bandar Temerloh..So kalo singgah ke Temerloh tak sah kalo tak pekena Ikan Patin..Kan Temerloh tu Bnadar Ikan Patin..hehe

Singgah lah kami di gerai Benteng Tepi Sungai Pahang..Wahh besau nama Temerloh terpampang diseberang sungai.Ad makan Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak dan Ulam-ulaman plus budu..hehe..Tak tinggal tu budu..hehe…Sedap sungguh gulai ikan patin tu,pedas lak tu.Sampai sekarang masih terasa kesedapannya..Kalo nak pi kena pi kedai hujung sekali Kedai Pak Usop rasanya..tapi hari tu kedai tu dah habis gulai so Ad makan kedai sebelahnya..hehe..Masing2 dalam kepedasan..tapi sedapp sungguh..Kalo berpeluang kesana lagi sudah pasti kena singgah makan gulai ikan patin kat situ.Tak pernah lagi rasa Gulai Ikan Patin sesedap kat situ..Perghh! Selepas tu kami singgah solat di Masjid Abu Bakar Temerloh..Selepas selesai solat kami pulanglah ke Jerantut semula..Lepas mandi kawan ajak pulak ke Jeti Kuala Tembeling..Jeti pengangkutan air ke Taman Negara.

Kami hanya menikmati pemandangan disitu sambil snap beberapa keping gambar dengan gaya-gaya yang melankolik..haha..banyak betul gambar kat situ..penat Ad duk pose.haha...Photographer plak sibuk duk ambik angle yang chantek..angle yang diorg blaja sendiri kot…haha..Ad baru prasan petang tu Ad jer duk posing banyak..haha..Dekat maghrib kami pulang ke rumah..Jarak Kuala Tembeling.dekat jer dari rumah kawan Ad tu..Lepas Isyak kami keluar lagi makan malam sebelah jer dengan Kuala Tembeling tu..Makan sekadar mengenyangkan perut yang lapor..hehe..Lepas tu balik lah rumah..

Hari kedua kami ke Pekan Jerantut jer..Makan-makan sambil jalan2 soping lite2..Kenal laa jugak pekan Jerantut tu.Hari ni kepala dah ting tong maybe sebab tak lena sangat tido.Ingatkan malam tu nak jumpa kawan bloggers tersohor dalam blog ni yang balik kampong dia di Felda Lepar Jaya Jerantut..dalam 2 jam jugak ke sana kalau berkereta walaupun dalam Jerantut juga..Luas sebenarnya Jerantut ni ..Tapi dia lambat lak sampai Kg sambil membawa anaknya yang masih kecil..Susah nak singgah2 kan bawak anak kecil..So plan itu tidak menjadi..Moga lain kali kesempatan itu ada..InsyALLAH..Lagipun Ad ting tong kepala malam tu..Malam tu malam tahun baru..Ucapan terima kasih pada yang hantar sms wish tahun baru 2010.So tahun ni Ad mulakan tahun baru di Jerantut…hehe..Tahun lepas tahun baru di Changkat Jering Perak..hehe..Tahun depan dimana plak yea ?..eheh..

1 Januari 2010 tu duduk umah jer lah..Kawan jer masak buat breakfast pagi2..Terima Kasih pada kawan tu..Pandai juga dia masak..Biasalahkan kalo dah duk bujang mesti kena blaja2 masak..Ad ni pandai gak tapi pandai makan jer laa..haha..dulu2 pernah gak masak masak masa skolah menengah dulu…skill yang tak terpraktis sebab kat umah ni ada yang masakkan untuk Ad..hehe..Masakan yang tiada tandingan…hehe..Solat Jumaat di Masjid Kg tu jugak..Petang Ad perlu meneruskan perjalanan percutian Ad..Kawan kata stay lagilaa tapi apakan daya perjalanan perlu diteruskan..Memori itu ditinggalkan dan akan tersemat dalam hati sampai bila-bila..Ntah bila lagi ada kesempatan itu..Hanya ALLAH yang tahu..Ad meneruskan perjalanan percutian Ad ke KL..KL aku datang lagi..hehe..Naik bas dari stesen Jerantut pukul 4 ptg dan sampai pukul 6.40 ptg di Stesen bas Pekeliling KL..Sampai jer terus ke Stesen STAR LRT..Naik LRT straight ke Ampang..Sampai jer di Ampang kawan ajak jumpa di Pelita Ampang Point..Lepas tu Ke RASTA Taman Tun Dr Ismail..Wahhh happening jugak kat situ yea..Esp weekend kata kawan Ad my ex schoolmate kat Victorian dulu..Lepas kt situ jumpa gak dengan Ex Victorian beberapa orang..cannot recognize dah muka..Masing2 dah tua..Opss..tua kah ?.. haha..Kawan Ad send me back to Ampang dalam kul 12 malam..Malam tu tido sungguh lena yang amat..hehe..

2 Januari 2010 pada paginya breakfast Nasi Lemak Kg Melayu Ampang..Pergh! sungguh sedap nasi lemak itu…Pukul 12 jumpa kawan kat Tulip Apartment jumpa dia situ then pukul 3 ptg janji ngan kawan pulak di PAVILION Bukit Bintang KL..Plan nak tgok wayang naik jer atas mak aii ramai berderet beratur nak beli tiket…Pastu kami survey movies..banyak yang dah penuh time tu..so hasrat dibatalkan…So kami soping jer..Ad soping lite2 jer tapi kawan Ad tu boleh tahan dia soping..haha..Opsss..sorii..hehe...Lepas tu plan lagi jumpa kawan .Balik Ampang around pukul 11 malam ..Balik then tido lah..

3 Januari 2010 ,pukul 11 pagi Ad naik LRT ke Bandar Tun Razak pulak..Lepas tu lepak ngan kawan dan makan di PAPARICH Bandar Sri Permaisuri..Lepas tu kami terus ke SOGO ..Last day YES..Year End Sales..Shoping lagi ..Last shoping sebelum balik kan..hehe..Kami berpisah di LRT Bandaraya dan kawan kearah Sri Petaling …Ad ke Ampang…Cepatnya masa berlalu…Tak sempat nak jumpa ramai lagi kawan2..Ada yang Ad call jer..Maybe next time kalo berkesempatan lagi.InsyALLAH..Sering harapkan begitu..Kesempatan untuk satu Ukhuwwah Isalamiyyah…Satu jalinan rasa silaturrahim yang diharapkan berpanjangan dan tiada masalah..InsyALLAH..Malamnya. pukul 9.30 malam Ad naik Bas Express Mutiara 2 tingkat balik ke Kampung semula..Eh kenapa Bas ni tak ramai penumpang ?..Kosong ..seat blakang yang 5 seat ,Ad sorang jer..haha..siap leh berlunjur lagi kaki dalam bas..Maybe sebab kemalangan bas 2 tingkat yang berlaku di Ipoh baru-baru ini..Rutin yang ditinggalkan selama 5 hari disambung semula..Ad kembali bekerja dan kembali dengan ternakan Ad tu..hehe..InsyALLAH akan bercuti lagi..Suatu tempat dan masa yang lain pula..Diharapkan 2010 banyak lah tempat yang Ad boleh meRASAkan suasananya..Suasana yang membuatkan kita berfikir dan menafsir keadaan itu untuk satu proses perjalanan hidup yang kita harus lalui fasa itu..dan ada banyak lagi fasa hidup yang harus kita lalui dan terokai..Moga kita mendapat sesuatu dalam perjalanan itu..InsyALLAH..


Puisi dibawah ni Ad buat selepas ke Pavillion KL..Dengan memerhati dan menafsir jadilah puisi ini..hehe

KEMBALILAH

AKHLAK MUSNAH

JATIDIRI HILANG

BERPELESERAN SANA-SINI

MEMBUANG MASA TIADA ARAH


LANGGAR HUKUM

ABAI DOSA

MUDA-MUDI ROSAK

MUDA-MUDI PUNAH

MUDA-MUDI HANCUR

MUDA-MUDI MUSNAH


DALAM ATUR AJARAN BARAT

ATAS NAMA KETERBUKAAN

ATAS NILAI KEBEBASAN

ATAS JALAN KEMODENAN

ATAS PAKSI KEJAHATAN


BANGKITLAH MUDA-MUDI

SEDARLAH NASIB DIRI

INSAFLAH DOSA KEJI

TAUBATLAH KEJALAN SUCI


APA KAMU LAKUKAN AKAN DIPERSOAL

APA KAMU LAKUKAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWAB

APA KAMU LAKUKAN AKAN DIBALAS

APA KAMU LAKUKAN AKAN DIHISAB


BERSEDIALAH NANTI

BERJAGALAH JASAD DIRI

BALA TIDAK MENGENAL DIRI

HADIR TANPA KITA SEDARI


INSAFILAH

TAUBATLAH

MOHON AMPUNLAH

BERDOALAH


AGAR DIRI TIDAK DIKEJI ALLAH

AGAR DIRI TIDAK DIMURKA ALLAH

AGAR DIRI TIDAK DILAKNAT ALLAH

KEMBALILAH KEJALAN ALLAH.

Saturday, 7 November 2009

BANJIR : Peristiwa Nostalgia

Tepi rumah
Depan rumah


Depan rumah

Posing dalam banjir..hehe

Salam bloggers..hmmm smalam 6hb November 2009 Kelantan mula dilanda banjir selepas hujan turun tidak berhenti2 selama 2 hari..Di kampung Ad tidak terkecuali bila tiba musim tengkujuh ni..Malah biasanya 3-4 kalilah banjir kalau musim ini..Air banjir kali ni besar sikit dari tahun lepas.Naik sampai 2 anak tangga rumah..

Oleh kerana Ad ada ternakan yang dibela so operasi menyelamat dijalankan..Kambing dan ayam tak terjejas sangat sebab kandang dan reban di tanah yang tinggi. Itik jer masalah sebab reban dimasuki air paras lutut dan itik kesejukan..Ad alihkan ke tempat yang lebih selamat jika air naik lagi..Penat gak camni..Mungkin lainkali kena buat reban kat tempat yang tak naik air jer..Kambing plak bila banjir cerewet sikit .Ada 14 ekor semuanya..Risau gak kalau2 ada yang kembong perut.Kembong perut bagi kambing akan menyebabkan mati..Tu yang risau..Kambing tak bleh sejuk2 kena hujan..Thats why Ad kurung jer dalam kandang dan bagi makan “pellet” dedak untuk kambing..Ayam plak takpe..Senang sikit..Bagi jer makan dekat reban..Ayam ni tahu masuk dan keluar reban sendiri..So senang nak jaga.Ada dekat 50 ekor ayam kampong yang Ad bela secara lepas bebas.Harap2 janganlah banjir besar..Kalau besar lagilah kesian kat ternakan tu..Tuannya pun kesian gak sakit-sakit urat dah ni..hehe…Itulah hobi Ad membela ternakan sambil-sambil dapatlah sikit2 duit kan..Tak banyak pun..Sebab jarang2 jer jual pun..Kalau nak buat besar2 maunya kena berhenti keje…

Then satu lagi cerita pada hari banjir ni kereta Ad mati..Enjin masuk air..Malang sungguh kan..Ad nak ke pekan Machang…banyak jalan yang air naik..so mula2 masuk town tu dah harung air but kereta masih lagi ok..Bila nak balik plan lalau jalan lain..Ad ingatkan air kat jalan tu tak dalam..Ya lah kalau fikirpn takdelaa sampai enjin pun..Ad redahh jer air tu then bila nak lepas kereta Ad mati tiba-tiba..Adusss…buat hal laa plak..Yang aku pi redah air tu kenapa plak..huhu..nasibbb kan..start2 tak nak idup..Ad pun kuarlah…Air takat betis jer..Ad dengan anak buah masa tu..dengan hujan lebat..basah lenjun habis..Then ada sorang mamat yang baik hati tolong tolak kereta tu..ke tepi jalan..Then Ad call pomen yang biasa repair kereta tu..Pomen lak takde..Anak buah dia pun takada..Petang baru ada.Ad tinggal jerlaa kereta tu tepi jalan..Petang dalam pukul 4 baru pergi semula then try start tak idup2 jugak..call pomen ..beberapa minit pekerja dia datang..Dia check2 mmg dah takleh start ,dia kata enjim masuk air dah..kena buka semua enjin..adusss seteruk ini ke Ad fikir..Then dia tariklah kereta tu ke bengkel..So katanya 3-4 hari kena repair..huhu..Yang tu Ad tak kisah sangatlah maybe bleh pinjam kereta adik tapi ongkosnya pak..aduss…Taktaulah berapa plak Ad akan habis untuk kereta tu nanti..Harap2 taklah banyak..Tapi ada kata makan ribu..Aduss mak aiii banyak tu mana nak cekau duit nanti..Kena soft loan lah agaknya..uhukk…Mood pun asyik fikir kereta jer..Harap2 lah tak rosak banyak..Lenkali tak mo dah redah air..Kena cari jalan lain walaupun jauh..huhu..Pengajarankan..Kita belajar dari kesilapan..Tapi dengan peristiwalah kita akan belajar dan memahami sesuatu…Pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik..So habislah cerita bab banjir..Sambil-sambil tu ada gak terfikir2 malam tadi so lahirlah sebuah puisi..Ada puisi jugak ke entri camni...hehehe..
TAKDIR

Dalam sedut nafas diri
Dalam gerak langkah diri
Dalam atur fikir diri
Dalam nasib takdir diri

Kita sering diuji
Kita sering diduga
Kita sering dicuba
Kita sering dicabar

Kadang-kadang kita kuat
Kadang-kadang kita lemah
Kadang-kadang kita tiada kudrat
Kadang-kadang kita tiada arah

Walau tidak mahu ianya tetap datang
Walau tidak ingin ianya tetap hampir
Walau tidak nampak ianya tetap terjadi
Walau tidak fikir ianya tetap muncul

Duga ini harus jua ku tanggung
Ujian ini harus jua ku ambil
Cabaran ini harus jua ku hadapi
Cubaan ini harus jua ku terima

Ya Allah
Aku mohon padaMU
Ampunkan silapku
Maafkan salahku
Berilah takdir yang baik bagiku
Berilah nasib yang baik bagiku


Sunday, 31 May 2009

Sakit Ini



Hanya aku yang rasa...

Hanya aku yang alami..


Orang lain hanya dapat melihat

Orang lain hanya dapat menasihat

Orang lain hanya dapat bertanya


Yang merasakan aku

Yang mengalaminya aku


Ya Allah

Sembuhkan sakit ku ini

Kerap sungguh ia datang sekarang


Aku mohon ampun atas segala silapku

Aku mohon ampun atas segala dosaku


p/s: Doakan sakit Ad cepat sembuh ya..

Friday, 22 May 2009

Sakit itu dugaan


Sakit ini datang bertandang lagi..Tanpa amaran yang jelas terus ianya datang.. Sakitnya Ya Allah tuhan sahaja yang tahu.. Denyutan nya.. Sakit ini mungkin sudah tidak boleh hilang, sekejap-sekejap ia akan datang lagi... Cuma 'prevention" sahaja perlu dalam pemakanan seharian... Tapi diri ini kadang-kadang bernafsu makan terhadap makanan-makanan yang terlarang untuk sakit ini.Bila tidak sakit kita selalunya lupa tentang pantang larangnya..Tapi orang kata sakit juga untuk menghapus dosa-dosa kecil .. Dosa2 besar pulak hanya dengan taubat nasuha..


Sakit ini hanya menyerang dalam 2 hari kadang2 1 hari sahaja bengkaknya sudah surut..Tapi ubat perlu dimakan 2 jam sekali sehinggalah rasa mual..Ubat pemecah asid urik dari berkumpul membentuk molekul-molekul yang berkumpul disendi..Akibat dari pegumpulan molekul2 asid itulah yang menyebabkan kebengkakan dan sakit bila bergerak.

Moga dugaan sakit ini cepat-cepat sembuh kerana Ad ada urusan persediaan yang penting untuk satu majlis masa cuti sekolah nanti..Banyak yang perlu diselesaikan sebelum sampai tarikh itu.....

Sunday, 19 April 2009

Panahan Petir...

Semalam tepat pukul 6 petang di area rumah AD ni hujan cukup lebat beserta dengan ribut yang cukup kuat..Bila tengok diluar rumah angin ribut cukup kuat menggoyangkan pokok-pokok disekeliling rumah...
Semua ternakan menyelamatkan diri untuk berlindung dari hujan dan ribut yang cukup kuat...Dahan pokok rambutan didepan rumah AD diserkah oleh angin ribut..Patah dan rebah menghempap pagar rumah...Sib baik dahan pokok tu tidaklah besar mana..Wayar telepon terputus dari tiangnya...Sungguh kuat kuasa Allah menjadikan angin dan ribut...
Tiba-tiba .. DUMM.. DUMMM... PANGGG! PANGG! (yeke camni bunyi kilat..hehe) Panahan petirrr kedengaran..L etrik rumah AD padam terus... TV terdiam sepi... Dan AD terbau hangit dari bilik PC ni.. Ya ALLAH..Soket telepon hangus hitam legam macam arang.. Keyboard PC pecah dengan nombor2 bertaburan...Wayar semua hitam.. Walaupun PC dan ROUTER Wayerless ditutup tapi akibat dari soket yang hampir dengannya terkena juga panahan petir... PC adik bilik sebelah pun rosak..kipasa pun rosak..Telefon eletrik cordless rumah rosakk..Yang lomahnya PC Ad pun rosak... Huhu...sedihnya... tak sampai setahun lagi PC tu..nasib badannn..tapi alhamdulillah tiada siapapn dalam bilik tu..
Petang ni kontraktor telekom datang repair..2 kali call baru datang..sib baik datang petang ni kalau dua tiga hari lagi tension rasa..keje opis plak perlu dibereskan sebelum 12 malam ni..Sib baik diorang datang..kerja sudah dibereskan dan AD sekarang guna laptop adik pompuan Ad..So nak guna internet ni terhad jer laa malam2..huhu..kena tunggu repair PC Ad tu lee dulu....aduss laa..camana nak update blog selalu ni..harap2 PC tu tak rosak banyak laa..dan boleh dibaiki lagi...Harap2 jer la..tatau laa camana nanti..
So kalau lepas ni lambat reply komen or whateva harap bloggers faham kay..bukan Ad tiada cuma keadaan memaksa..hehe..So oklah adik AD nak guna laptop dia..hmmm..ketemu lagi ya di lain entri...
Fikir: Cukup hebat kuasa Allah yang tiada tandingannya di dunia ini..Semua yang berlaku membuatkan kita berfikir sesuatu...
p/s:Tiada hiasan gambar apa-apa sebab masa terhad..huhu

Sunday, 29 March 2009

ALHAMDULILLAH..Rezeki masih ada..

Ad dah diterima kembali untuk berkhidmat.. Alhamdulillah lega rasa hati.. Yang dirisau dan dirungsing dah terlerai akhirnya..Walaupun ianya kontrak setahun tapi syukurlah kan dari takde keje.. 1 April ni start.. Tapi kena lapor diri kat pejabat Kota Bharu dulu lepas tu barulah di beritahu ke mana arah tujuan.. Harap-harap sangat ditempatkan di tempat yang dulu iaitu Tanah Merah kerana Ad baru jer kat situ dalam sebulan lebih so harap kali ni dapat masa yang lebih untuk mempelajari dunia pekerjaan ini..Yalah walaupn kontrak tapi kita seharusnya kerja dengan baik dan ikhlas kerana kerja adalah tanggungjawab dan amanah yang tidak boleh kita abaikan..
Tapikan Ad betul-betul sad sebab ada kawan yang tak dapat..Ada yang dah tunjukkan kerja yang agak bagus dan baik semasa tempoh pekerjaan yang dulu tetapi gagal dapat kerja untuk kali ini.Ad pun tatau kriteria apa yang dipilih selain itu..Sedangkan orang yang ada bau-bau bacang dengan bos dapat lak keje itu walaupun rekodnya tidak memuaskan..So sad kan?..Itulah kronisme dan nepotisme yang tidak boleh dielakkan..Ad rasa tidak salah kalau kronisme ni tapi seharusnya yang dipilih itu mempunyai rekod yang baik.Tapi apabila jelas rekod yang tidak baik tetapi dipilih juga tidakke itu akan dipersoalkan orang lain?..Sudah pasti ada yang tidak puashati.Tapi apakan daya kuasa pengurusan melebihi segala-galanya..Ad harap kawan Ad tu bersabar dan kena sedar cara-cara nak memikat bos..huhu..

Betul tak kalau Ad cakap dalam satu pekerjaan kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan boss dan pandai memikat boss untuk melihat kita yang terbaik selain dari memang kerja kita yang bagus..Jika kita tiada relation yang baik dengan boss bila berlaku suatu persaingan untuk kenaikan pangkat atau apa sahaja pemilihan kita tidak mendominasi peluang itu dan akhirnya kita gagal..Dan tidak terkecuali juga kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan staff-staff yang lain yang kita lihat dia "rapat" dengan boss kerana ada juga saham sokongan dari staff itu...So sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik mungkin dan jujur kerana apa sahaja ketentuan itu Allah jua penentunya..Moga kita semua dilindungi dari angkara atau rancangan orang-orang yang dengki kerana sifat itu tetap ada dikalangan teman sepejabat kerana mereka juga tidak terkecuali dari sifat terkeji itu...Moga Allah memberkati dan merahmati hidup kita..Insyallah..

Friday, 27 March 2009

Anii angkat kainnn Hujan dah turunnn...

Macam takde mood jer beberapa hari ni.. Nape ntah.. Makan tak selera jer.. Rasa tak sedap badan jer dah beberapa hari.. Kemalasan yang amat..Rasa tak fresh jer diri.. nak buat benda itu ini malas jer..Kaki ni tak sepenuhnya baik lagi.. Nape ntah kaki ni lambat lak baiknya... huhu.. Dugaan kan.. So kena sabarlah... Sabo Ad.. Sabo Ad..
Jawapan temuduga pun tatau lagi..Kena tunggu surat dari Putrajaya lah..Macam2lah..At least teponlaa dulu calon yang berjayakan..Nama dah disahkan kata sumber2 yang boleh dipercayai..hehe...So lantikan kalo tak 1hb kenalah tgggu 15hb rasanya..Tapi apa2 jer lah kan harap2 den berjayolah nanti..Harap sangat sbb dah rasa tabung bertambah surut jer..huhu...
Malam ni kena temankan Atuk plak kat Kubang Kerian..Makcik ke Kedah so Atuk dah lama stroke so dia tak upaya lah ..Kenalah jaga dia malam2 takut jadik apa-apakan sbb takde orang..Bibik ada jer tapi Bibik takleh buat apa gak kan kalo ada apa-apa sebab tugas dia jaga jer Atuk ..In case kalau jadi apa2 susah gak laa..So malam sampailah tghari esok di sana..Dah la sana takde intenet huhh sure kebosanan yang amat...Tapi Sabo Ad ..Sabo Ad..Mana tau kitapn camtu jugak esok2 kann..So kenalah berbakti dan luang sedikit masa kalau takleh banyak untuk orang tua kita..rite?..Sapa tak setuju?..hehe.Konfirm semua setuju...hehe..
Entry ni tatau nak letak tajuk apa..So Ad letaklah tajuk seperti diatas sebabnya..Tadi nak hujan kan so Ad suh lah adik pompuan Ad angkat kain..dengan kuatnya Ad sebut.."Aniii angkat kain hujan dah turunnnn..."Haha.. Bengang jer dia... Tapi bila hujan dia tak angkat laa plak.. Adess laa.. Ad yang kena angkat.. geram toll..haha.. Sabo Ad..Sabo Ad..hehe... Saja-saja jer entry ni.. Hilangkan kebosanan yang amat...huhu..tapikan macam teringat kat someone jer..ahaks..

Wednesday, 25 March 2009

Sakit datang lagi..


Setelah sekian lama tidak datang sakit ini..Ianya datang lagi menyerang kaki ini..Sakitnya berdenyut-denyut..Jalan terhencot-hencot..

Inilah akibat dari makan yang tidak berpantang semasa cuti sekolah baru-baru ini..Sure ada yg marah Ad ni..Tapi dah kena marah pun semalam..huhu..Dah kenduri banyak sangat masa cuti sekolah aritu..So situ sini..Hari2 duk makan kat kenduri..So dekat kenduri apa hidangannya?..Mestilah sama jer..Ada ayam dan ada daging...huhu..So makanlaa daging tu jadi camni ni..Sakit yang amat..Takleh sentuh ibu jari kaki ni..

Tapi dah makan ubat tadi..Ada 2 jenis ubat tahan sakit dan satu ubat yang perlu dimakan 2 jam sekali sampailah sakit ni hilang..Harap2 boleh sembuhlah nanti...Bila sakit camni kena berpantanglah apa yg menyebabkan urik asid ni berkumpul di sendi ibu jari kaki ni..ia membentuk molekul2 yang membuatkan bila bergerak akan rasa sakit..So kena jadi robot laa buat sementara..Tapi biasanya sakit ni bila makan ubat ni akan hilang dalam masa sehari sahaja..tapi dengan syarat jangan mis makan ubat dan kena berpantang makanan yang menyebabkan bertambahnya uric asid..Harap2 sakit ni hilanglah esok..

P/S: Gambar itu hanya hiasan bukan kaki Ad taww..hehe

Saturday, 10 May 2008

MENCARI

Hari ini Ad just nak share apa yang Ad buat sehari hari ni...Apa yang Ad buat hari ni telah dirancang beberapa hari oleh Pakcik Keti .. Kami perlu membuat pencarian hari ini katanya..Pencarian kami bermula pada pukul 10 pagi apabila motor honda cupnya menghampiri rumah Ad..

Pakcik Keti : Pay ooo pay mari kito gi cari ...

Ad : Ooo PokCik keti mari doh..metar pokcik nok make nasik berlauk ni metar..baru jah kelik dari keda sakni..metar deh..

Pakcik Keti : Ok berehhh...

So tepat jam 10 pagi ( Puntual betul Pakcik ni..ahaks ) kami pun memulakan perjalanan dengan Wira Sedan Ad laa kete mana lagikan?..hehe...So kami pun pergilah ke sebuah ladang getah yang sememangnya dipenuhi pokok getah laakan takkan pokok kelapa kott...hehe.....Tak jauh dalam 3 kilometer jer dari umah Ad...Masuk satu lorong penuh pokok getah disekeliling ...Sampailah kami di sebuah rumah yang agak usang...Kami mencari Pok Loh.. Duk tengok2 Pok Loh takde dirumahnya...Dimanakah Pok Loh fikir kami..hmmm..lepas bagi salam keluarlah seorang wanita kakak kepada Pok Loh..


Pakcik Keti : Pok Loh takdok dumoh ko?

Kakak Pok Loh : Ado sakni jah baru naik moto gi mano ..Metar jah tu tunggu lah deh..Bakpo cari dio?..

Pakcik Keti : Ado kijo sikit laa ni..takpo kito tunggu metar...

Kami pun berjalan ke kebun getah berhampiran...Kami memerhati sebuah rumah usang disitu..Kami mengedap dicelah-celah rumah itu..

Pakcik Keti :weeeiii lokkk gemukk molek laaa..besarnyooo..

Ad: Hoo laa besar molek...gemukkk sungguh buleh ni sedapp ni..

Pakcik Keti : Nga hok dumoh gemuk hok ni laa...

Ad: Yo lo Pokcik...(sambil tergelak )..

Sejurus selepas itu kedegaran bunyi moto...beh beh beh..honda cup jugak rupanya..hehe..Pok Loh sudah sampai...Kami pun bertanyalah tentang apa yang kami lihat tadi...Dan kami meminta dengan Pok Loh hendak kan apa yang kami lihat tadi..

Pok Loh : Tok sir..tok sir bui laa...lamo doh..saye sangat...

Pokcik Keti : Buleh lahh Pok Loh...

Pok Loh : Tok sir .. Tok Sir..

Pokcik Keti : Wak gapo nok taruhnyo?..Banyok lagikan ado tuu...

Pok Loh : Hok tuh laa paling saye...

Jam menunjukkan hampir pukul 12.30 tghari...Akhirnya Pok Loh masih dengan keputusannya...Kami pulang dengan hampa...

Kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah rumah yang mempunyai padang yang agak luas...rupa-rupanya rumah kawan Pakcik Keti..Kami ke padang yang luas itu..dan memerhati dan memilih ...sambil kami berbincang kan sesuatu dan Pakcik pun dah kepenatan mencari akhirnya kami bersetuju untuk membeli seekor kambing import dengan harga RM500 ..Ngeh3..nak cite Ad mencari kambing jer ni untuk majlis akikah anak Ad oppss terlebih sudah....Anak buah Ad laa akhir bulan nanti....Akhirnya dapatlah kami mencari seekor kambing untuk tujuan seperti yang telah disebutkan..hehe..dan kami akan kembali mengambil kambing tersebut pada petang khamis nanti..Tapi kami masih tidak berpuashati kerana kambing itu adalah kambing import..bukan kambing kampung seperti hajat asal kami..tapi takpelah asalkan kambing..Yang penting cukup umur untuk akikah nanti..

Oleh kerana tidak berapa puashati hendakkan kambing kampung ,pada sebelah petangnya Ad pergi ke Kg Lalang Luas Labok..Disitu ramai yang bela kambing ..duk tanya-tanya orang semuanya kata kambing masih tidak cukup umur..Singgah di rumah Pak Cik yang Ad pernah sampai untuk mencari kambing beberapa tahun yang lepas...sampai2 jer hujan plak lebat..Dia pelawa masuk..So siap bleh minum air teh panas lagi dengan biskut"tawar" ( alaa biskut kering tu ..brand Jacobs tu ) hehe... best lak lama tak makan macam tu...dulu kecik2 selalu makan macam tuh siap hancurkan biskut dalam air teh makan dengan sudu..ahaha...teringat kecik2 plak... Tanya dia ,dia kata dah tak ramai orang bela kambing kampung sekarang..kawasan takde..yang orang bela sekarang kambing Boer atau Jampari jer...Kambing Kampung jarang-jarang ,kadang-kadang... So pencarian hampa juga untuk mencari kambing kampung... Kambing yang Ad belapun takde yang jantan thats why cari kambing jantan kat tempat lain..So tetaplah dengan keputusan untuk membeli kambing import tu yang kat padang yang luas tu tepi lebuhraya timur barat tu ...Pakcik tu siap ada syarikat jual kambing importnya..Ad nak gelak dengar nama syarikatnya...Nak tau nama apa?..Syarikat Berani Gagal namanya...haha.. bagus gak berniaga tidak takut kepada kegagalan ..hmmm satu motivasi yang cukup baik bagi orang yang berniaga...betul tak bisness man and bisnesswoman yang membaca entry Ad ni..Adeke diorg baca?..haha...Apa-apa jerlah ..so berakhirlah pencarian Ad...Tak semua yang kita cari kita akan dapat dengan mudah...Tanpa usaha yang jitu dan padu amat payah untuk kita mendapatkan apa yang kita cari .. Tapi kadang-kadang kita tidak mencari tetapi ianya datang sendiri.. So hargailah apa yang kita cari kerana tidak semua orang akan dapat apa yang mereka cari... Malah kadang-kadang apa yang kita cari hilang begitu sahaja..dan apa yang kita tidak cari datang dengan tiba-tiba... Lumrah hidup kerana apa-apa yang berlaku adalah ketentuanNYA..