Sunday 29 March 2009

ALHAMDULILLAH..Rezeki masih ada..

Ad dah diterima kembali untuk berkhidmat.. Alhamdulillah lega rasa hati.. Yang dirisau dan dirungsing dah terlerai akhirnya..Walaupun ianya kontrak setahun tapi syukurlah kan dari takde keje.. 1 April ni start.. Tapi kena lapor diri kat pejabat Kota Bharu dulu lepas tu barulah di beritahu ke mana arah tujuan.. Harap-harap sangat ditempatkan di tempat yang dulu iaitu Tanah Merah kerana Ad baru jer kat situ dalam sebulan lebih so harap kali ni dapat masa yang lebih untuk mempelajari dunia pekerjaan ini..Yalah walaupn kontrak tapi kita seharusnya kerja dengan baik dan ikhlas kerana kerja adalah tanggungjawab dan amanah yang tidak boleh kita abaikan..
Tapikan Ad betul-betul sad sebab ada kawan yang tak dapat..Ada yang dah tunjukkan kerja yang agak bagus dan baik semasa tempoh pekerjaan yang dulu tetapi gagal dapat kerja untuk kali ini.Ad pun tatau kriteria apa yang dipilih selain itu..Sedangkan orang yang ada bau-bau bacang dengan bos dapat lak keje itu walaupun rekodnya tidak memuaskan..So sad kan?..Itulah kronisme dan nepotisme yang tidak boleh dielakkan..Ad rasa tidak salah kalau kronisme ni tapi seharusnya yang dipilih itu mempunyai rekod yang baik.Tapi apabila jelas rekod yang tidak baik tetapi dipilih juga tidakke itu akan dipersoalkan orang lain?..Sudah pasti ada yang tidak puashati.Tapi apakan daya kuasa pengurusan melebihi segala-galanya..Ad harap kawan Ad tu bersabar dan kena sedar cara-cara nak memikat bos..huhu..

Betul tak kalau Ad cakap dalam satu pekerjaan kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan boss dan pandai memikat boss untuk melihat kita yang terbaik selain dari memang kerja kita yang bagus..Jika kita tiada relation yang baik dengan boss bila berlaku suatu persaingan untuk kenaikan pangkat atau apa sahaja pemilihan kita tidak mendominasi peluang itu dan akhirnya kita gagal..Dan tidak terkecuali juga kita perlu mempunyai hubungan yang baik dengan staff-staff yang lain yang kita lihat dia "rapat" dengan boss kerana ada juga saham sokongan dari staff itu...So sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik mungkin dan jujur kerana apa sahaja ketentuan itu Allah jua penentunya..Moga kita semua dilindungi dari angkara atau rancangan orang-orang yang dengki kerana sifat itu tetap ada dikalangan teman sepejabat kerana mereka juga tidak terkecuali dari sifat terkeji itu...Moga Allah memberkati dan merahmati hidup kita..Insyallah..

12 comments:

  1. tahniah Ad .. mmg betul hubungan baik antara bos dgn staff dan antara staff dgn staff sgt perlu utk kita melaksanakan tanggungjawab dgn baik . tapi jgn sampai kategori " kuat mengampu " sudah lah ... buat sehabis baik .

    ReplyDelete
  2. ASE1-Hmmm tu la..perlu ada hubungan baik...hehe..Kalo mengampu tu tak elok plak..Kerja kena gak selari..

    ReplyDelete
  3. wow..tahniah...
    tpi kesian plak kat member tu..
    hurmm...

    so ape lg En Ad...
    bodek la boss tu..
    hee~~

    lame2 leh cepat gaji naik..
    erkk~~ @_@

    ReplyDelete
  4. EJUMP-Mekacih..hehe..Nak bodek boss ek..ada petua tak..ngeh3x..

    ReplyDelete
  5. tahnaih ad... dah dpt kerja balik semula... kalau dah memang rezekikan, tak kiralah bodek boss ke tak bodek ke, memang tetap dah jadi rezeki.... yg penting sekali usaha kenalah bersungguh...

    haaa... ni kena belanja makan ni... kann

    ReplyDelete
  6. CHIME-Hmmm iyalahkan dah rezeki..ketentuaNYA juga..Alhamdulillah..
    Hehehe..nak blanja makan ek..Meh sini..:-)

    ReplyDelete
  7. BLOKDRIVE-Alhamdulillah..terima kasih...Balik umah mertua halo halo k..hehehe..

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH abg ad....
    selamat kembali bertugas.....

    (^_^)

    ♥Yanie Putrajaya♥

    *********************************

    ReplyDelete
  9. YANIE-Terima kasih..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. tahniah
    semoga terus suksess ;)

    btw
    salam singgah!

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)