Thursday, 5 March 2009

MUJAHADAH ikhtiar kita....

Dalam putaran hidup yang panjang ini ada waktunya kita menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan yang kadang-kadang membuatkan kita tidak tahan..Atau dengan kata lain kita tidak mampu hadapinya..Kita cuba dan cuba tetapi tidak juga tercapai kemampuan kita..Semakin kita cuba semakin kita rasa kita gagal..Semakin cuba semakin gagal..Malah timbul dalam hati rasa kita tidak perlu mencuba lagi..Kita rasa cukuplah sampai disini sahaja cubaan kita..Kita rasakan disinilah penamatnya..Kita rasakan disinilah akhirnya sebuah episod percubaan kita..

Memang bila orang lain memandang mereka akan berkata semuanya mudah..semuanya enteng..Mereka hanya dapat memandang dan mengagak sahaja ..Cubalah perkara itu terjadi pada diri mereka sendiri sudah semestinya mereka juga akan mengeluh panjang..Merintih hiba..Memalu gendang rasa didada..Tidak sama apa yang mereka fikir dengan apa yang kita rasa..Berlainan cara dan rasanya bagi sesetengah orang..Mungkin mereka akan memandang sinis..tetapi adakah mereka akan sinis lagi bila apa yang kita rasa dan hadapi terjadi kepada mereka juga..

Dalam hidup memang takdir kita tidak sama..Rezeki kita masing-masing..Ada orang yang dalam umur yang cukup muda sudah mempunyai pelbagai perkara yang mereka mampu miliki..tetapi dalam keadaan lain ada juga yang umurnya sudah tua tetapi masih dalam tergapai-gapai mencari dan mencuba memiliki apa yang mereka ingini..Ada yang dengan mudah sahaja mampu miliki apa yang mereka hajatkan..Ada pula yang berhempas pulas bergolok bergadai dalam cubaan untuk memiliki apa yang mereka hajatkan..

Keadaan ini amat menguji hidup sesetengah manusia yang mempunyai cita-cita atas sesuatu…Cita-cita yang mereka impikan selama ini..Ujian Allah kadang-kadang amat berat untuk ditanggung bagi sesetengah manusia..Tetapi Allah maha adil dalam pemberianNYA kepada hamba-hambaNYA..Dengan tekad usaha dan ikhtiar yang tidak mengenal lelah dan penat selain doa dan tawakkal..Insyallah ,Allah akan bukakan jalan dan permudahkan segalanya…Sentiasa berdoa dan bermujahadah dalam percubaan dan ikhtiar kita moga Allah permudahkan jalan hidup kita…

10 comments:

  1. tue yang terbaik..
    jangan mudah putus asa tanpa mencuba..

    ReplyDelete
  2. RAZ-Insyallah...Cuba dan terus mencuba menggapai cita-cita dlm apa jua keadaan...

    ReplyDelete
  3. insyaAllah. Teruskan. Jgn putus asa. Saya doakan apa sahaja yang sedang kamu usahakan berjaya. :)

    ReplyDelete
  4. CAHAYA-Insyallah...Terima kasih..Moga anda jua berjaya..

    ReplyDelete
  5. Doa dan usaha. Pasti berjaya.

    Yakin pada diri.

    Motivasi kena dipertingkatkan dan muhasabah kena selalu dilakukan.

    ReplyDelete
  6. AL-HUSSAINI-Yup dengan usaha yang sungguh2..Insyallah berjaya..

    ReplyDelete
  7. Excerpt: Shape in or ship out.

    Kata-kata Ketua Pengarah LHDNM.

    ReplyDelete
  8. Salam.....yang terbaik dan terus tingkatkan.

    ReplyDelete
  9. ALAM SETIA-Itu yangs ering manusia harapkan dan usahakan..Moga semuanya berjaya..Insyallah..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)