Penerusan langkah harus kita ambil setelah apa sahaja yang berlaku terhadap diri..Kita harus terus melangkah pergi dan jauh agar kita bias melupakan semua yang dulu..Walaupun jauh disudut hati kita ,kita masih ada suatu kenangan yang payah untuk kita lupakan tetapi kita terpaksa juga melupakannya untuk kebaikan diri dimasa depan..
Kita sering berangan-angan untuk mendapat yang terbaik dalam hidup ini tetapi kadang-kadang apa yang berlaku diluar jangkaan kita..Kita tidak jangka ianya berlaku dalam sekelip mata sahaja kita berhadap dengan segala kemungkinan yang datang..Mana mungkin kita mampu mengubah apa yang sudat tersurat untuk terjadi kepada kita..Kita hanya ada peluang berdoa agar kesudahan sesuatu itu adalah dengan cara yang terbaik.
Dalam suatu jangka tempoh yang panjang kita telah melalui fasa hidup yang agak perit dan susah kita seharusnya mengambil langkah meneruskan perjalanan hidup ini dengan suatu tekad yang padu dan jitu untuk mendapat apa yang kita inginkan..
Tiap langkah yang kita jalani mungkin kita terjatuh malah mungkin tersungkur tetapi kita dengan semangat yang kuat kita meneruskan langkah hidup ini dengan berbekalkan kecekalan dan kesabaran hati..Tanpa kecekalan dan kesabaran kita tidak mampu untuk bangkit dan meneruskan langkah..Ada yang tidak dapat bangkit lagi selepas jatuh..Ada yang langkahnya cukup perlahan ..Ada juga yang langkahnya semakin laju mencapai cita yang diingini..
Dalam langkah itu mungkin kita rasa kecewa,sedih dan pilu tapi langkah kita tidak harus berhenti disitu..Disitu mungkin hanya permulaan sebelum langkah-langkah kita seterusnya..Langkah yang kita yakin akan memandu arah kita ke suatu destinasi kita yang sama..Destinasi yang tiada rungutan atau alasannya lagi..Kita harus terus melangkah supaya apa yang kita kejar dan ingin dalam hidup kita akan memperolehinya suatu masa kelak..Mungkin bukan sekarang..Mungkin langkah kita lebih panjang dan jauh sebelum kita sampai ke destinasi yang kita tuju itu..
Teruskan langkah kita untuk apa sahaja tujuan hidup yang lebih baik..tetapi jangan kita lupa asas dan bekal diri yang harus kita pegang supaya langkah kita lebih diberkati dan diredhaiNYA..kerana setiap langkah kita akan dipersoal hari esok..Moga kita terus melangkah dengan yakin ..Andai jatuh dan tersungkur lagi..Kita harus kuat untuk bangkit semula dan meneruskan langkah kita sehingga ke destinasi yang terakhir dalam hidup..Insyallah kita akan berjaya…Sama-samalah kita berdoa..
Semoga usaha dan ikhtiar bergerak seiring dengan langkah kita.
ReplyDeleteBLOKDRIVE-Itu yang kita harap2kan tetapi semuanya datang dariNYA jua..Usaha, doa dan tawakkal..hmmm..
ReplyDeleteSetiap langkah itu adalah anugerah.... jgn takut utk jatuh ketika melangkah... Jatuh ketika melangkah adalah lebih baik dari tidak melangkah langsung.... kekuatan seseorang tu tidak dinilai pada ketika dia tidak pernah jatuh... tapi dinilai pada keupayaan utk dia bangun dan melangkah kembali....
ReplyDeletebersyukurlah selagi kita masih boleh melangkah...
Langkah tu kena hati-hati. Takut masuk longkang :P
ReplyDeleteCHIME-Anugerah?..Hmm ya mungkin..Gerakan langkah harus dimulakan..Jika tidak melangkah langsung dimana kita hendak dapat nikmat hidupkan?..Keupayaan diri itu yang sukar diperoleh bagi sstgh org apabila sudah terjatuh..Tetapi dengan kekuatan diri sahajalah langkah itu dapat diteruskan kembali..Yup kita perlu bersyukur..
ReplyDeleteFAISAL-Hehehe..semua langkah perlu hati2.. Insyallah..Kalau nampak longkang terus melompat..hehe..
ReplyDeleteLife goes on kan? Harap2 langkah baru yang di ambil tu tak tersasar seperti sblmnya.
ReplyDeleteApa yang jadi sblm ini sebagai peringatan dan pengajaran supaya kita tak ulang kesalahan sama. :)
CAHAYA-Semuanya berharap begitukan.. Insyallah. Agar langkah seterusnya kita lebih waspada dalam semua hal..tapi kita hanya mampu merancang saja..Semuanya ketentuan dariNYA juga..
ReplyDeleteMana langkah seterusnya? update please :P
ReplyDeleteFAISAL-Nanti laa nak update..Kang ada yg bosan lak asyik ada entry jer selalu....huhu
ReplyDelete