Sakit ini datang bertandang lagi..Tanpa amaran yang jelas terus ianya datang.. Sakitnya Ya Allah tuhan sahaja yang tahu.. Denyutan nya.. Sakit ini mungkin sudah tidak boleh hilang, sekejap-sekejap ia akan datang lagi... Cuma 'prevention" sahaja perlu dalam pemakanan seharian... Tapi diri ini kadang-kadang bernafsu makan terhadap makanan-makanan yang terlarang untuk sakit ini.Bila tidak sakit kita selalunya lupa tentang pantang larangnya..Tapi orang kata sakit juga untuk menghapus dosa-dosa kecil .. Dosa2 besar pulak hanya dengan taubat nasuha..
Sakit ini hanya menyerang dalam 2 hari kadang2 1 hari sahaja bengkaknya sudah surut..Tapi ubat perlu dimakan 2 jam sekali sehinggalah rasa mual..Ubat pemecah asid urik dari berkumpul membentuk molekul-molekul yang berkumpul disendi..Akibat dari pegumpulan molekul2 asid itulah yang menyebabkan kebengkakan dan sakit bila bergerak.
Moga dugaan sakit ini cepat-cepat sembuh kerana Ad ada urusan persediaan yang penting untuk satu majlis masa cuti sekolah nanti..Banyak yang perlu diselesaikan sebelum sampai tarikh itu.....
Salam Ad... semoga cepat sembuh....
ReplyDeleteGout ke? kurangkan mknan laut...tu je yg ida th huhuhu... get well soon.
ada masa kita perlu diberikan sakit... supaya kita tahu hargai erti sihat... cepat-cepat sembuh ya.
ReplyDeleteSUFI IDANY DAN CHIME-Terima kasih, sakit sudah kurang..Hari ini terpaksa juga gagah diri drive kereta kerana kerja..Rugi plak cuti kalau hari ini..Alhamdulillah masa drive tak rasa sgt sbb masa berjalan jer rasa..Harap cepat2 lah sembuh..Insyallah dgn izinNYA..
ReplyDeletesakit penghapus dosa2 kecil..mndekatkan lg dgn Pencipta...
ReplyDeletegimanepong moga sepat2 sembuh..jgn maleh2 make obat deh