Monday, 4 May 2009

USAI WAKTU


Usai waktu merantai hati

Usai waktu menikam rasa

Usai waktu memanah luka

Usai waktu mengurung cinta


Hati ingin dilepas

Rasa ingin dilindung

Luka ingin disembuh

Cinta ingin dibebas


Mampukah aku melepaskan

Mampukah aku melindungi

Mampukah aku menyembuh

Mampukah aku membebaskan


Sedangkan


Dayaku lemah

Jiwaku kecil

Inginku lelah

Hartaku sedikit


Adakah yang hendak

Adakah yang ingin

Adakah yang mahu


Mengisi kosongnya hati

Menemani sunyinya diri

Memenuhi ruang yang ada

Menutupi lubangnya hati


Mungkinnya ada TAPI

Mungkin juga tiada


Aku hanya mampu berdoa

Aku hanya mampu berserah

Aku hanya mampu bertawakkal


Agar takdir itu yang baik untukku

Agar takdir itu yang elok bagiku

Agar takdir itu yang senang padaku

Agar takdir itu yang mulia untukku



Puisi Ad kali ini ditujukan kepada sesiapa yang masih merasa ragunya diri dalam suatu pencarian dalam hidup..Yang kadang-kadang amat menguji dan mencuba diri dalam menjustifikasikan suatu keputusan yang amat penting untuk diri..Apa sahaja keputusan diri sememangnya datang dari suatu proses hidup yang dijalani selama ini.Dimana kita dan apa sahaja yang kita lakukan kita panjatkan doa dan berserah semuanya pada Allah..Kita tidak tahu takdir hidup kita ini bagaimana kesudahannya..Berdoa dan bertawakkallah pada Allah setelah habis daya dan kederat yang kita usahakan untuk mencapai sesuatu..Kadang-kadang lambat dan kadang-kadang cepat apa yang kita hajati itu tercapai...Malah mungkin juga apa yang kita hajati itu tidak kesampaian hingga ke hujung nyawa kita..Tapi perjuangan dan pencarian tetap perlu diteruskan kerana tanpa usaha dan kederat yang jitu mana mungkin kita nampak hasilnya..Sama-samalah kita terus mencari dan berjuang mencapai sesuatu yang kita hajati dan ingini..Moga Allah makbulkan doa dan hajat kita..Insyallah..

21 comments:

  1. jgn hanya berdoa
    jgn berserah
    jgan hanya tawakkal..

    ikhtiar tu perlu..

    ReplyDelete
  2. MEL-Insyallah..usaha tidak dilupa disamping berdoa berserah dan bertawakkal..

    ReplyDelete
  3. kalau puisi ini bicara tentang pasangan hidup... Percayalah - memang ada seseorang yg telah ditentukan sebagai jodoh kita diluar sana... cuma masanya masih tak sampai...

    ReplyDelete
  4. Mendalamkan bila kita kembali berjuang martabatkan bahasa di musim payah di tanah airnya sendiri?

    ReplyDelete
  5. CHIME-Insyallah masanya akan sampai juga suatu hari...:-)

    ReplyDelete
  6. D'RIMBA-Hmmm rasa sedikit kepayahan yang ada tapi keinginan itu membuatkan kita biasa..Insyallah bahasa kita dimartabatkan semulia-mulia awal kewujudannya...

    ReplyDelete
  7. erm.. takut lah dengan masa depan.. benda y kita tak nampak.. mcm2 kemungkinan boleh terjadi.. erm.. adakah segalanya akan baik2 saja? atau sebalik nya? erm..

    ReplyDelete
  8. SEKEPING HATI-Jangan takut kerana semuanya itu telah tertulis utk kita hadapinya..Walau sepayah mana dan sekuat mana dugaan dan cobaan hidup..hidup perlu diteruskan..Sentiasalah berdoa dan bertawakkal..selain dari usaha yg padu dan jitu..Insyallah..Moga yg baik2 saja menjadi milik kita semua..

    ReplyDelete
  9. usaha yang paling penting. insyaAllah apa yang diusahakan akan tercapai..

    ReplyDelete
  10. nak tanya sket boleh tak? USAI tuh ape?

    ReplyDelete
  11. erm.. mmg la berusaha.. tapi.. takut tetap ade.. takut kecewa.. takut semuanya.. erm..

    ReplyDelete
  12. Usaha, berdoa, tawakal dan redha... insyaAllah...

    ReplyDelete
  13. BLOKDRIVE-Insyallah moga tercapai segala usaha..

    ReplyDelete
  14. BOZZO- Usai tu maknanya sudah selesai..

    ReplyDelete
  15. SEKEPING HATI-Jangan kita takuti apa yg belum berlaku..kerana takdirnya mungkin bukan begitu..

    ReplyDelete
  16. KASIH-Insyallah...Kita hanya mampu merancang..semuanya ketentuanNYA..

    ReplyDelete
  17. ooo usai tu maksudnya selesai..hehe

    ReplyDelete
  18. buat 1 puisi jiwang utk dikyah eh....hehhehe

    (^_^)

    ♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣

    ReplyDelete
  19. hv tried to be hold on...

    oleh kerana dia meminta dan merayu untuk bertahan..

    kerana janjinya segalanya akan menjadi lebih baik ..

    kerana dia tetap memilih diri ini

    kenapa ada sesetengah pihak yang tidak peduli ttg merampas kebahagian org lain.. pedulikan?

    hmpir putus asa.. tapi pabila melihat renungan sayu matanya.. hati ini mula layu...

    ReplyDelete
  20. HONEYA DIAZ-Merampas kebahagiaan org lain?..Hmmm..Kenapa perlu merampas?..Kenapa dibiarkan rasa itu dtg?..
    Itu lah kehidupan..tiada yg sangka apa yg berlaku...kdg2 apa yg kita tidak mahu selalunya hadir..yg kita puja2 itu tiada depan mata...
    Istiqarah itu jalan terbaik dalam menentukan pilihan...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)