Friday, 5 February 2010

RASA YANG BERBAKI

Pertamanya AD hasilkan puisi ni masa duk "chatting" dengan kawan AD..Secara tak langsung duk chat tu bersoal tentang puisi yang AD hasilkan..Dia bagi tajuk "Rasa yg berbaki" ni.. Then ada satu perkataan yang dia bagi iaitu "sungkur"... Terus chatting tu terhenti seketika kerana on spot AD terus menaip sambil meRASAkan apa yang dia RASA.. So terhasillah puisi melankolik ini..Dah seminggu simpan so hari ni AD postlah puisi nie.. Khas utk dia dan sesiapa sahaja yang meRASAkan apabila membaca puisi ini..


RASA YANG BERBAKI

Telah lama aku tinggalkan

Telah lama aku hapuskan

Telah lama aku hancurkan

Telah lama aku padamkan


Dimana aku merangkak

Dimana aku bertatih

Dimana aku berjalan

Dimana aku berlari


Menerokai perjalanan hidup

Menelusuri perhentian kasih

Menebar jala sayang

Menarik pukat kasih


Pendam aku lemah aku

Tutup aku punah diri

Rintih aku tangis hati

Racau aku guris rasa


Aku cuba padam semua

Aku cuba hapus semua

Aku cuba tinggal semua

Aku cuba lupa semua


Tapi


Seringkali aku gagal

Seringkali aku tewas

Seringkali aku kalah

Seringkali aku sungkur


Kerana


Rasa ini masih berbaki

Rasa ini masih tertinggal



18 comments:

  1. salam,

    ad chatting ngan saper tuh
    opssssssssss...

    rasa yang berbaki..
    walau masih ada rasa
    walau masih ada sisa
    walau masih debarnya

    aku telah pun melangkah pergi...

    ReplyDelete
  2. Hanya pd yg pernah melaui dpt merasa akan bagaimana rasanya memiliki rasa yg berbaki... pejam kan mata, lupakan rasa... moga ianya terkubur sbg suatu yg tak penah berlaku walaupun ianya pernah singgah di hati suatu masa dahulu...

    ReplyDelete
  3. BLUE CITY- Opsss..kawan leee..huhu..Melangkah pergi dengan niat melupakan semuanya tapi masih berbaki..

    ReplyDelete
  4. RISPHG- Begitulah hidup..Kita sering mengharapkan ianya berkubur tetapi jauh disudut hati bakinya masih terlekat seakan-akan tidak mahu hilang dan tanggal..Mungkin masa sahaja akan membuatkan ianya tanggal tetapi dgn usaha yang gigih menyucikannya..

    ReplyDelete
  5. rasa yang berbaki...

    huh, kadang2 rindu yang dulu2... (bt puisi erk..)
    sungguh kenangan yang itu masih berbaki walaupun dah cuba tu padam buang hilang ia tetap akan berbaki sebab ia sebahagian dari hidup kita kan...

    ReplyDelete
  6. tak susah jika hendak melupakan kekasih lama. hendak seribu daya, tak mahu seribu alasan.

    ReplyDelete
  7. ILLYANI- Mungkin kah ianya sudah sebati dan sebahagian dri hidup kita?..Kita sudah tidak berdaya lagi melupakan?..Mungkin bagi sesetengah org mereka mampu tapi sesetengah yg lian tidak..

    ReplyDelete
  8. FAISAL- RASA itu hanya yg meRASAkan..Sukar ditafsirkan apa yang mereka RASA...Mungkin bagi sesetengah org tiada baki sangat RASA yang dulu..Tapi ada yang meRASAkan sampai jauh kedalam sampaikan RASA itu seolah2 sebati dengan diri..

    ReplyDelete
  9. masih simpan rasa? sendiri sakit nanti.

    ReplyDelete
  10. woww! byk entry jiwang kat sini...hehe

    ReplyDelete
  11. CAHAYA- Hmmm...biarlah RASA itu berbaki..Berbaki sampai suatu masa..

    ReplyDelete
  12. EQBAL- Nampak sangat jarang masuk sini..haha..

    ReplyDelete
  13. baki tu yang akan busuk dalam hati... lama2 ulat yang besar... hati pudar.

    ReplyDelete
  14. FAISAL- Ulat juga akan mati suatu hari..Tiada yg kekal..

    ReplyDelete
  15. salam...
    menarik2 puisi ni.. hehehe...

    ReplyDelete
  16. FARID- Terima kasih...ada makna tersurat disebalik puisi..hehe

    ReplyDelete
  17. Salam singgah..
    walaupun terlambat,masih mahu wish hepy besday abg Ad..
    moga semua yang menanti indah2 belaka.
    :)
    rasa yang berbaki..
    mnarik:)

    ReplyDelete
  18. WAWAN SAINI- Tq Wan..INSYALLAH INDAH sahaja yg kita harapkan..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)