Monday, 22 March 2010

GELINCIR HATI

Gelincir Hati

Rasa itu datang kita tidak tahu

Rasa itu datang kita tidak mahu

Rasa itu datang kita tidak mampu

Rasa itu datang kita tidak kaku


Mengapa ianya datang

Mengapa ianya hampir

Mengapa ianya dekat

Mengapa ianya lekat


Aku tidak bisa menghalang

Aku tidak daya menolak

Aku tidak upaya menepis

Aku tidak kuasa menyekat


Walau jauh jaraknya

Walau panjang jalannya

Walau longgar ikatnya

Walau lerai simpulnya


Rasa itu masih ada

Rasa itu himpit erat

Rasa itu kuat mengikat

Rasa itu kemas menyimpul


Hati tiada cahaya

Hati tiada tenaga

Hati tiada upaya

Hati tiada daya


Himpitannya rapat

Sesakannya hebat

Rasukannya kuat

Bisikannya giat


Hati semakin lemas

Hati semakin lemah

Tiada daya lagi

Gelincirnya hati

7 comments:

  1. jangan tergelincir jatuh berdebuk mcm nangka :P

    ReplyDelete
  2. salam ad,
    soal hati memang unik
    soal hati bisa buat kita mati
    soal hati mampu buat kita menjerit
    soal hati terus buat kita sakit...

    tapikan,
    hati kita milik kita
    hati kita bukan milik dia
    jadi,
    kita berhak bahagiakan hati kita
    kenapa kerana dia kita harus dera hati sendiri
    heee..

    jaga diri

    biru

    ReplyDelete
  3. FAISAL- berdebuk mcm nangka bucuk ek?..huhu..tak jatuh sempat berpaut di... :p

    ReplyDelete
  4. BLUE CITY- Jaga hati masing2..:p..tq

    ReplyDelete
  5. MUHAMAD AL FATEH- Tq..Salam ziarah..

    ReplyDelete
  6. pagi ad,
    lama cuti ya
    mohon komen karpet biru ni
    baru belajar soal hati
    hehehehe..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)