Friday, 18 June 2010

Kau Ludahi Aku..


AKU BANTU KAU REBAH
AKU TARIK KAU LEMAS

AKU LINDUNG KAU BASAH

AKU HALANG KAU MUSNAH


AKU KORBAN SEGALA

AKU HABIS SEGALA

AKU BAJAI SEGALA

AKU TANAM SEGALA


TAPI
APA AKU DAPAT


KAU LUDAHI AKU

KAU HERDIK DIRIKU

KAU SUMPAH AKU

KAU KEJI AKU

AKU JUGA PUNYA RASA
AKU JUGA PUNYA MARUAH

AKU JUGA PUNYA HARGA

AKU JUGA ADA NILAI


SETELAH LAMA AKU PERHAMBA
SETELAH LAMA AKU BERUSAHA
SETELAH LAMA AKU TAGIH

SETELAH LAMA AKU KASIH


ADAKAH INI BALASNYA ?

ADAKAH INI NOKTAHNYA ?

ADAKAH INI TIMBALNYA ?

ADAKAH INI AKHIRNYA ?


JIKA TAKDIRNYA BEGITU

AKU REDHA NASIBKU

AKU PASRAH DIRIKU
WALAU LANGKAHKU KAKU

13 comments:

  1. salam
    yang penting pasrah lah dan berserah kepada ketentuan Allah. Dia telah menjanjikan setiap lelaki itu ada seorang wanita yang terbaik untuknya. Wanita itu mungkin belum diizinkan untuk diketemu. Sabar....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ROZY- Begitulah hidup...Jodoh pertemuan ajal maut semua ketentuanNYA..Kita wajib berusaha tapi semuanya ketentuanNYA jua .Sabar itu INSYALLAH..

    ReplyDelete
  4. hehe nanti next post, kau jilati aku :P

    ReplyDelete
  5. FAISAL- Takleh SAL..Tu TERLAMPAU sangat .. :p

    ReplyDelete
  6. ish..apa ni main ludah2..hehe

    ReplyDelete
  7. salam Ad
    thank you kerana melawat blog saya. tidak sehebat blog Ad dan usianya blog pun masih muda (tapi bloggernya tak berapa muda! hehehe) thanks again.

    ReplyDelete
  8. EDY- Menerangkan kesungguhan...makna tersurat..

    ReplyDelete
  9. Rozy Spot- Sama-sama..Blog AD pun bukan hebat pun..BIasa saja..Hanya blog melankolik menafsirkan rasa diri dan melihat rasa diri org lain..Blog anda tidak kurang hebatnya..teruskan berblog..

    ReplyDelete
  10. harap2 depa tak main ludah merata-rata, sekarang ni zaman virus merebak

    nice poem luahan rasa :)

    ReplyDelete
  11. MAK SU- Terima kasih mak su..:-)

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)