Wednesday, 6 October 2010

HARAPAN BAHAGIA



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera bloggers dan pembaca blog..jarang-jarang sekali dapat berblog sekarang..."Streamyx" kat rumah masih tidak boleh digunakan kerana TELEKOM masih tidak menukarkan kabel telefon yang hilang ..sudah masuk sebulan lebih..bila di tanya kata Operator pembaikian sedang dijalankan..Kita masih berikan mereka peluang..Jika dalam terpaksa kita boleh membuat aduan pengguna di Kementerian Perdagangan...hehe..Cuma tunggu masa dan keadaan..Jika tiada tindakan yang dilakukan..Kadang-kadang pengguna hilang kesabaran...eh eh macam puisi lak kata-kata intro ni..hehe..Ni puisi baru malam tadi terjaga tido terus ambik hp dan taip dalam "note"..So masa FREE kat opis ni leh lah update blog yg tak berapa nak aktif dah ni..huhu..but still di"update"kan..hehe..So terubatlah rindu peminat blog melankolik kan?..hehe..





HARAPAN BAHAGIA

WALAU JARAK YANG MEMISAH

WALAU KATA ATAS TALIAN

WALAU BISIK DALAM PASRAH

WALAU RINDU TIADA TEPIAN

AKU MASIH SETIA DI SINI

AKU MASIH TEGAR MENANTI

MENANTI KATA-KATA PASTI

UNTUK MENUJU JALAN ABADI

DALAM LANGKAH YANG KELIRU

DALAM UCAPAN KADANG-KADANG KELU

TAPI AKU GAGAHI JUA

UNTUK MENGEJAR CITA

BISA AKU MEMAKSA

BISA AKU MENIPU

TAPI AKU TIDAK TERPAKSA

KERANA ITU BUKAN SIFATKU

AKU DAMBA SESUATU YANG JUJUR

AKU INGIN SESUATU YANG IKHLAS

AGAR KASIH AKU MENJULUR

DATANGNYA DENGAN SEBAB YANG BERASAS

USAHA DISELI DENGAN DUGA

CITA DISELANG DENGAN KECEWA

TAPI AKU MASIH TERUS MENCUBA

AGAR AKU MENUJU JAYA

SETIAP YANG BERMULA PASTI ADA AKHIRNYA

PENGAKHIRANNYA DIHARAP BAHAGIA

MOGA ALLAH BERI REDHANYA

MOGA ALLAH MEMBERKATINYA.

10 comments:

  1. salam...dah lama tak singgah baca ayat2 puitis kat sini....hehehe

    ReplyDelete
  2. YANIE - Hehehe..selalulah singgah..

    ReplyDelete
  3. yanie dah add link abg ad dalam belog baru yanie hehehhe

    ReplyDelete
  4. salam...

    terima kasih singgah blog saya..

    ReplyDelete
  5. abg ad! huhuhuh.. singgah2.. erm.. y puisi tu sgt2 terima kasih.. nnt sy message kat fb ye

    ReplyDelete
  6. sumer org harapnkan kebahagiaan Ad..

    kiter perlu kejar ke kebahagiaan tu Ad??

    ReplyDelete
  7. Sekamar rindu- Sama2..tq jgk singgah k..hehe

    ReplyDelete
  8. Sekeping hati- hehe...alhamdulillah kalo SH suka puisi tu..nanti terbitkan nak baca novel tu k..hehe

    ReplyDelete
  9. Wai- Yup semua org mahukan kebahagiaan..kebahagiaan itu ada..lambat dan cepat jer kita dapat..tapi kita juga kena usaha mencari bahagia..hmm

    ReplyDelete
  10. menanti n3 baru di sini....hehehhe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)