Wednesday, 27 July 2011

Kesukaran Perjalanan Ini



JALAN INI SEMAKIN JAUH

JALAN INI SEMAKIN BERLIKU

YANG DULU AKU RASA DEKAT

YANG DULU AKU RASA LURUS


LANGKAH TERASA MAKIN LEMAH
DAYA TERASA MAKIN HILANG

DIGAGAHI JUGA WALAU LELAH

DITEMPUHI JUGA WALAU BANYAK MENGHALANG

DIRI TERASA TERBIAR SEPI
TIADA YANG INGIN MEMBANTU BERJALAN
AKU TEKAD BERUSAHA SENDIRI
AGAR AKU TIADA SESALAN

USAHA AKU PERLU LEBIH
USAHA INI PERLU IKHLAS

AGAR AKU TIDAK LAGI LETIH

AGAR AKU TIDAK LAGI KALAH

PAHIT GETIR HIDUP BEGINI
HANYA ALLAH YANG TAHU

SESUKAR MANA PERJALANAN INI

JUGA ALLAH SAHAJA YANG TAHU


BANYAK MASA AKU KORBANKAN
BANYAK PELUANG AKU SIA-SIAKAN
DEMI SATU CITA-CITA
DEMI SATU TANGGJUNGJAWAB

WALAU IANYA SUKAR
WALAU IANYA PAYAH

AKU AKAN TERUS BERUSAHA

AKU AKAN TERUS BERDOA


AKU MOHON SUATU HARI
AKU MINTA SUATU WAKTU

AGAR KESUKARAN INI PERGI

AGAR KEPAYAHAN INI BERLALU


Nukilan Melankolik : Ad Rifza 2 Pagi 27 Julai 2011

Sunday, 3 July 2011

Cerita Tiada Kesudahan


DENYUT NADI INI LEMAH
BILA FIKIR TIADA KESUDAHAN CERITA
BAGAI SAMBUNGAN EPISOD-EPISOD DUKA
TIADA BAHAGIA DALAM PLOT-PLOT CERITA

KEHIDUPAN MASIH DITERUSKAN
WALAU ONAK DURI SERING MENGHALANG
LUKA PEDIH SENTIASA MEMAKAN
APA YANG TINGGAL HANYA KENANGAN

BAIT-BAIT AYAT TIADA CERIA
WALAU DALAMNYA SENYUM MESRA
TEMPELAN LINDUNG RASA YANG ADA
AGAR TIADA YANG RAMAI BERTANYA

MASIH DALAM TAKUK YANG LAMA
WALAU CITA-CITA MENGGUNUNG ADA
TAPI LANGKAH SEOLAH-OLAH KUNCINYA TIADA
UNTUK MENTERJEMAH RASA YANG ADA

WALAU AKU TIDAK LAGI LIHAT CAHAYA BULAN
WALAU AKU TIDAK MERASA LAGI PANAS MENTARI
LEMAH LANGKAH INI AKU TERUSKAN
AGAR AKU DAPAT MEMUJUK HATI

MOGA ALLAH BUKAKAN JALAN
MOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN
AGAR AKU BISA TERUS BERJALAN
UNTUK MENERUSKAN SISA-SISA KEHIDUPAN.