Wednesday, 27 July 2011

Kesukaran Perjalanan Ini



JALAN INI SEMAKIN JAUH

JALAN INI SEMAKIN BERLIKU

YANG DULU AKU RASA DEKAT

YANG DULU AKU RASA LURUS


LANGKAH TERASA MAKIN LEMAH
DAYA TERASA MAKIN HILANG

DIGAGAHI JUGA WALAU LELAH

DITEMPUHI JUGA WALAU BANYAK MENGHALANG

DIRI TERASA TERBIAR SEPI
TIADA YANG INGIN MEMBANTU BERJALAN
AKU TEKAD BERUSAHA SENDIRI
AGAR AKU TIADA SESALAN

USAHA AKU PERLU LEBIH
USAHA INI PERLU IKHLAS

AGAR AKU TIDAK LAGI LETIH

AGAR AKU TIDAK LAGI KALAH

PAHIT GETIR HIDUP BEGINI
HANYA ALLAH YANG TAHU

SESUKAR MANA PERJALANAN INI

JUGA ALLAH SAHAJA YANG TAHU


BANYAK MASA AKU KORBANKAN
BANYAK PELUANG AKU SIA-SIAKAN
DEMI SATU CITA-CITA
DEMI SATU TANGGJUNGJAWAB

WALAU IANYA SUKAR
WALAU IANYA PAYAH

AKU AKAN TERUS BERUSAHA

AKU AKAN TERUS BERDOA


AKU MOHON SUATU HARI
AKU MINTA SUATU WAKTU

AGAR KESUKARAN INI PERGI

AGAR KEPAYAHAN INI BERLALU


Nukilan Melankolik : Ad Rifza 2 Pagi 27 Julai 2011

13 comments:

  1. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    ~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tip nak tinggikan kereta sikit

    Dunia tempat persinggahan sementara dan sebagai ladang akhirat tempat kita mengumpulkan bekal untuk menempuh perjalanan menuju negeri yang kekal abadi itu. Barangsiapa yang mengumpulkan bekal yang cukup maka dengan izin Allah dia akan sampai ke tujuan dengan selamat, dan barang siapa yang bekalnya kurang maka dikhawatirkan dia tidak akan sampai ke tujuan.

    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada kita sikap yang benar dalam kehidupan di dunia dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melakukan perjalanan.” (HR. Al Bukhari no. 6053)

    ReplyDelete
  2. dalam hidup pasti ada susah senang.mcm2 dugaaan perlu ditempuhi....biasa dlm sebuah
    kehidupan..

    ReplyDelete
  3. isk...
    cepat2 la pergi rasa ini.. sakit!!

    ReplyDelete
  4. Assalam Abg Ad...

    Kita punyai segenap perasaan itu sbb kita hanya manusia. Perasaan2 itulah yang membezakan kita drpd semua makhluk ciptaanNya. Moga terus tabah.... :)

    Selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  5. Afzainizam - Perjalanan harus diteruskan walau apa sahaja yang berlaku..Kerana tanpa perjalanan hidup tiada ertinya...:-)

    ReplyDelete
  6. HizamiRahim - Terima kasih ya..:-)

    ReplyDelete
  7. SEKAMAR RINDU - Kebiasaan itulah yg membuatkan kita mengenal erti sabar dan tabah..

    ReplyDelete
  8. ILLYANI - Sakit yg tidak lagi tertahan kan..hmm

    ReplyDelete
  9. Dayat - Ya betul..Perasaan itulah yg membezakan kita..even kita sesama manusia juga ada beza dlm RASA..Moga kita dapat hadapi setiap RASA yg ada itu dgn sebaiknya..INSYALLAH..Slmt Berpuasa juga..

    ReplyDelete
  10. Syazwan - Walau bagaimana cara sekalipun langkah ini tidak akan berhenti..Langkah tetap juga perlu diatur ..Cuma kita berdoa agar langkah tidak lagi kaku dan lesu..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)