Aku terima apa sahaja
Aku redha ketetapanNYA
Aku pasrah atas tunjukNYA
Aku lari selangkah
Aku semakin kuat mendekat
Aku berpaling tidak endah
Aku nampak bayang semakin jelas
Di mana aku harus lari?
Di mana aku harus penjam mata?
Bayang itu masih menghampiri
Bayang itu masih nyata
Aku cuba memadam api
Aku cuba menimbus tanah
Namun api seolah membakar sekam
Namun tanah meruntuh seolah ditimpa hujan
Di mana arah jalanku
Di mana arah susurku
Meneliti jalan yang bersimpang
Memerhati susur yang bercabang
Aku nekad ikut jalan yang satu
Aku yakin ikut aturan langkah
Agar aku tidak lagi keliru
Agar aku tidak dalam amarah