Tuesday, 17 January 2012

Andai itu takdirNYA..


Andai itu takdirNYA
Aku terima apa sahaja
Aku redha ketetapanNYA
Aku pasrah atas tunjukNYA

Aku lari selangkah
Aku semakin kuat mendekat
Aku berpaling tidak endah
Aku nampak bayang semakin jelas

Di mana aku harus lari?
Di mana aku harus penjam mata?
Bayang itu masih menghampiri
Bayang itu masih nyata

Aku cuba memadam api
Aku cuba menimbus tanah
Namun api seolah membakar sekam
Namun tanah meruntuh seolah ditimpa hujan

Di mana arah jalanku
Di mana arah susurku
Meneliti jalan yang bersimpang
Memerhati susur yang bercabang

Aku nekad ikut jalan yang satu
Aku yakin ikut aturan langkah
Agar aku tidak lagi keliru
Agar aku tidak dalam amarah

4 comments:

  1. Puitis puisi Abg Ad ni.....

    Andai itu Takdirnya.....maksudnya perkara-perkara yang sudah berlaku kan?. Move on dan buat perkara baru....hehehe

    ReplyDelete
  2. Dayat - Sudah semestinya...benda yg sudah lepas dan telah berlaku..utk disyukuri atau disesali..

    ReplyDelete
  3. jangan dikesali perkara yg lepas. pelajari dari kesilapan dan cuba baiki kesilapan itu. abang pasti berjaya! InsyaAllah.

    www.jukdin.com

    ReplyDelete
  4. DADDY ZUKI - Yup kita sentiasa cuba utk belajar dari kesilapan ..namun kdg2 kita ulangi juga silap..ulangan yg seolah2 tiada penghujung..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)