Aku datang ke sisi
Aku rapat ke diri
Aku tidak dipandang
Aku tidak ditoleh
Aku bersuara
Aku berkata-kata
Suara tidak dihirau
Kata-kata tidak diendah
Kau tidak seperti dulu
Kau tidak seperti ku kenali
Kau berubah laku
Hadirku tidak dipeduli
Aku tahu siapalah aku
Aku sedar rupa diriku
Kau tidak pandang diriku
Kau tidak pernah peduli aku
Dulu kau selalu hubungiku
Dulu kau selalu mengadu padaku
Kini dengan teman barumu
Diriku tidak lagi mahu kau tahu
Aku tidak mampu memaksa
AKu tidak mampu merayu
Agar kau merasa apa yang aku rasa
Agar kau tahu apa yang aku tahu
Moga kau bahagia dengan pilihanmu
Moga kau gembira dengan cintamu
Aku tidak mahu lagi tahu
AKu sudah menutup hati untukmu
Oleh : AD Rifza Jumaat 18 Mei 2012
same goes with me... :(
ReplyDeleteSenandung Semalam-Manusia ini ada rasa yg sama..ada gerak yg sama..ada tuju yg sama..Moga semuanya dipermudahkan...
ReplyDeleteitu jugak yg wai rs skrang..ada dlm tiada..:(
ReplyDeleteWai - rasa yg sama itu dirasai oleh ramai ..namun pengakhirannya mungkin berbeza..Kita doakan yg ada itu akan ada slamanya..
ReplyDelete