Monday, 27 February 2012

RASA yang terarah


Aku berlari melihat alam
Aku berlari melihat diri
Aku gagah kaki mencari
Aku gagah tangan merangkuli

Kiri aku tempuh
Kanan aku rempuh
Depan aku tebar
Belakang aku sandar

Garisan lurus aku nampak
Garisan bengkok aku jelas
Jalan mudah dalam garis
Jalan susah dalam kerak

Bisik halus mendodoi
Alunan zikir menepis
Rapat hati dalam baris
Jauh hati dalam badai

Sumpah diri dalam nangis
Ketawa diri dalam khayal
Gelincir hati dalam garis
Sedar hati kian menebal

Salah selalu berulang
Khilaf selalu ada turutan
Maaf sering diulang
Taubat kerana sesalan

Moga sedar jadi panduan
Agar rasa sering terarah
Meneroka setiap jalan
Menyusur setiap arah

RASA Ad riFza ; 10.00 PM 27 Feb 2012

p/s: Mungkin pembaca sukar memahami apa yang tersurat dalam puisi melankolik ini namun anda bebas memahami dan menafsir RASA yang ada...Melankolik Hati Justifikasi Rasa anda...

Sunday, 26 February 2012

LYNAS kenapa perlu dan kenapa tidak ?


Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

  • Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
  • Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
  • Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
  • Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  • Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
  • Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

  • Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  • Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  • Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
  • Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

  1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
  2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
  3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Video yang aku katakan tadi oleh seorang rakyat Australia yang peka terhadap isu ini. Hayati dan cuba fahami mesej yang ingin dia sampaikan:

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Sumber: http://www. ariffshah.com

  1. Apa itu Lynas?
  2. National Geographic: Rare Earth Elements

Wednesday, 15 February 2012

DUNIA HANYA PINJAMAN



Terima kasih yang tak terhingga AD ucapkan kepada semua teman-teman yang mengucapkan selamat hari lahir pada hari semalam 14 Februari 2012.Tahun ni rasa happy sangat bila ramai yang wish dalam sms,call dan laman2 sosial yg lain.Moga Doa dan harapan kalian INSYALLAH akan diperkenankan oleh ALLAH suatu masa dan ketika.Usia ini adalah anugerah ALLAH untuk hambaNYA.Sampai umur ini disyukuri Alhamdulillah kerana antara kita sudah ditetapkan umurnya..Moga dengan peningkatan usia ini kita lebih banyak bertaubat dan mendekatkan diri pada ALLAH..Kita juga manusia biasa yang adakalanya khilaf dalam tindakan..Sifat kita sebagai manusia..Moga usia meningkat kita lebih meningkatkan amal2 kepadaNYA..dan Moga ALLAH memberkati segala kerja kita yang baik.Dan jika ada khilaf lagi moga ALLAH ampunkan dosa manusia yang tidak pernah sunyi dari khilaf diri ini.Kita selalu memohon agar ALLAH tetapkan iman kita setelah diberikan petunjuk.Tetap dalam rahmat dan redha ALLAH..INSYALLAH...
Dunia ini hanya pinjaman..Terima kasih YA ALLAH berikan aku umur sehingga kini.Kau peliharakanlah diriku dari khilaf2 diri .Aminn


Nabi S.A.W. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” (Hadis Riwayat Tarmizi).


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Abdul Rahman bin Abi Bakraah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam katanya: Wahai Rasulullah, manusia bagaimanakah yang baik sifatnya? Sabda Rasulullah, siapa yang panjang umurnya dan baik amalannya, pemuda itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang umurnya dan buruk amalannya". (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Berkata Utsman bin Affan r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman:
"Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: gila, kusta dan sopak. Dan apabila ia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan mendorongnya agar suka bertaubat...."




Friday, 10 February 2012

BUMI PALESTIN


Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.

Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya’ dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra’ dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.

Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktika hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.

Kejayaan tentera Islam di zaman Khalifah Umar bin Al Khattab R.A. membebaskan Palestin daripada penjajahan Romawi disambut oleh Paderi besarnya dengan meminta Khalifah Umar datang menyaksikannya. Maka Khalifah Umar datang sehingga mengunjungi geraja besarnya, kemudian dimeteraikan perjanjian yang memberi hak yang adil kepada semua, kerana selama ini penjajah Romawi Byzantin yang beragama Kristian mazhab Ortodok, tidak melayani mereka yang tidak semazhab dengannya dan kerajaan Yahudi pula menzalimi mereka yang tidak seagama dengannya. Hal yang sama berlaku dalam era kelemahan kerajaan Islam, sehingga tentera salib menakluk Palestin. Keadaan menjadi baik semula, setelah Sultan Salahuddin Al Ayyubi daripada bangsa Kurdis dapat mengalahkan tentera Salib yang zalim dan membebaskan semula bumi Palastin. Lalu melayani semua pengunjungnya dengan adil.

Di zaman mutakhir, malapetaka menimpa bumi Palestin dengan memuncaknya keganasan, setelah Palestin dirampas dengan ganas oleh penjajah Barat yang menyimpan dendam terhadap Islam dan mengambil kesempatan daripada kelemahan umat Islam Arab yang memperkecilkan Islam dan membesarkan kebangsaan Arab sehingga melebihi Islam dan mengatasinya. Dalam pembahagian tanah air yang dijajah dikalangan penjajah barat, maka Palastin jatuh ke dalam bahagian penjajahan British. Perjanjian Balfore dimeteraikan diantara pemimpin Zionis Yahudi dangan Menteri Luar British, Lord Balfore bagi menyerahkan bumi Palastin kepada golongan Zionis untuk mendirikan negara kebangsaan Yahudi dinamakan Israel. Kalangan penganut mazhab Ortodok Yahudi menentangnya dan memberi amaran bahawa tindakan ini bercanggah dengan ajaran mereka dan boleh menguburkan bangsa Yahudi. Kalangan sekuler yang memisahkan agama yahudi daripada politik melakukan kesalahan besar ini, semata-mata menegakkan semangat kebangsaan dengan alasan sejarah bohong, bagi negara agung Israel yang pernah dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. sehingga menakluk dunia.

Negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi. Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua, bagi mengotakan perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh zionis Yahudi, sejak perang dunia pertama lagi. Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia. Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka. Negara kuasa besar dunia yang menjajah memejam mata bagi menghilangkan sifat perikemanusiaan mereka untuk melakukan jenayah bersejarah ini demi kepentingan mereka. Bahkan sebahagian pemimpin negara itu dibantu oleh wang dan media golongan zionis untuk berkuasa.

Dalam pertarungan politik dan ekonomi antarabangsa yang didalangi oleh kuasa besar dunia pula, menjadikan negara haram Israel rakan strategik untuk menjaga kepentingan mereka dirantau paling banyak membekalkan sumber tenaga kepada dunia, dan juga bertindak menjadi polis bagi pihak Barat terhadap dunia Islam.

Perkara ini ditambah lagi dengan sikap tidak saksama negara besar yang menghalalkan negara haram Israel memiliki senjata pemusnah yang diharamkan kerana tanpa perikemanusiaan. Israel sudah membinanya sejak tahun enam puluhan lagi dan menghalang dengan apa cara sahaja bagi melindungi jenayah kemanusiaan yang dilakukannya. Walaupun melalui badan antar bangsa yang paling besar dan berpengaruh, sehinggalah menggunakan kuasa veto paling zalim.

Bagi umat Islam sudah menjadi perkara wajib membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, sehingga menjadi fardu ain kepada penduduk tempatan dan yang berjiran dan wajib mengikut kedudukan masing-masing di tempat yang jauh. Haram menerima kewujudan negara haram. Maka PAS yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian wujud dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak.

Walau pun banyak kalangan negara Arab menerima penyelsaian secara mewujudkan dua negara, ketahuilah bahawa Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh.

Bagi Penganut Islam, bacalah firman Allah dalam beberapa surah. Diantaranya firman Allah:

وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (61 ) البقرة.

61. Lalu ditimpahkanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan dari Allah. hal itu (terjadi) karena mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tidak dibenarkan. demikian itu (terjadi) karena mereka selalu berbuat durhaka dan melampaui batas.

Firman Allah:

إنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (22 ) آل عمران .

21. Sesungguhnya orang-orang yang engkar kepada ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi yang memang tak dibenarkan dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, maka gembirakanlah mereka, bahawa mereka akan menerima siksa yang pedih.

22. Mereka itu adalah orang-orang yang lenyap (pahala) amal-amalnya di dunia dan akhirat, dan mereka sekali-kali tidak memperoleh penolong.

Bagi penganut Islam yang mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan, memanjatkan doa pada tiap-tiap rakaat sembahyangnya supaya dijauhkan bersifat golongan yang dimurkai Allah, maksudnya saperti golongan Zionis Yahudi tersebut.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,

Friday, 3 February 2012

Andai dia bukan untuk ku...

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..

Thursday, 2 February 2012

Crawling Back To You - Daughtry

Lessons learned, bridges burned to the ground,
And it's too late now to put out the fire,
Tables turned, and I'm the one who's burning out,
Well I'm doing alright,
'Til I close my eyes And then I see your face,
And it's no surprise.

[Chorus]
Just like that I'm crawling back to you,
Just like you said I would yeah,
I swallowed my pride,
Now I'm crawling back to you,
I'm out of my head,
Can't wait any longer,
Down on my knees,
I thought I was stronger,
Just like that,
like you said I'd do,
I'm crawling back to you.

Time can heal,
but the scars only hide the way you feel,
And it's hard to forget how I left you hanging
On by a thread, when everything is said,
I will regret it, yeah,
I was doin' alright, thought I could make it,
Then I see your face and it's hard to fake it.

[Chorus]
Just like that I'm crawling back to you,
Just like you said I would yeah,
I swallowed my pride,
Now I'm crawling back to you,
I'm out of my head,
Can't wait any longer,
Down on my knees,
I thought I was stronger,
Just like that, like you said I'd do,
I'm crawling back to you.
If you could find a way, to forgive everything,
I know you would.
And I would take it all back, give if only I knew that I could.

Lessons learned, bridges burned to the ground.
And it's too late now, to put out the fire.

[Chorus]
Just like that I'm crawling back to you,
Just like you said I would yeah,
I swallowed my pride,
Now I'm crawling back to you,
I'm out of my head,
Can't wait any longer,
Down on my knees,
I thought I was stronger,
Just like that,
like you said I'd do,
I'm crawling back to you.

I'm crawling back to you [3x]

Tuesday, 17 January 2012

Andai itu takdirNYA..


Andai itu takdirNYA
Aku terima apa sahaja
Aku redha ketetapanNYA
Aku pasrah atas tunjukNYA

Aku lari selangkah
Aku semakin kuat mendekat
Aku berpaling tidak endah
Aku nampak bayang semakin jelas

Di mana aku harus lari?
Di mana aku harus penjam mata?
Bayang itu masih menghampiri
Bayang itu masih nyata

Aku cuba memadam api
Aku cuba menimbus tanah
Namun api seolah membakar sekam
Namun tanah meruntuh seolah ditimpa hujan

Di mana arah jalanku
Di mana arah susurku
Meneliti jalan yang bersimpang
Memerhati susur yang bercabang

Aku nekad ikut jalan yang satu
Aku yakin ikut aturan langkah
Agar aku tidak lagi keliru
Agar aku tidak dalam amarah

Monday, 2 January 2012

MALAM

MALAM

Malam selalu bercerita

Bercerita tentang kisah

Ada suka dan duka

Ada sulit dan senang

Malam selalu berkata

Berkata tentang jasad manusia

Berkata tetang roh manusia

Pengakhiran fasa hidup

Malam sering menangis

Atas sifat-sifat alpa manusia

Atas sifat-sifat degil manusia

Akibat kerja yang sia-sia

Malam sering ketawa

Atas sifat-sifat gembira manusia

Atas sifat-sifat ceria manusia

Akibat hajat yang terlaksana

Malam membicarakan sesuatu

Membicarakan tentang diri

Membicarakan tentang hidup

Membicarakan tentang kematian

Malam memperkatakan sesuatu

Perkatakan tentang ketawa

Perkatakan tentang tangisan

Perkatakan tentang nafsu

Malam pasti akan mengengsot pergi

Meninggalkan manusia-manusia baik

Meninggalkan manusia-manusia rakus

Meninggalkan manusia-manusia jahat

Malam pasti akan kembali

Menilai manusia-manusia yang sama

Menatap manusia-manusia yang berbeza

Perhitungan malam itu adalah saksama

Nukilan Melankolik AD Rifza: 11 malam 2 Januari 2012

Saturday, 31 December 2011

HAPPY NEW YEAR 2012

Kita tinggalkan masa itu

Kita lupakan masa itu

Masa yg buat kita derita

Masa yang buat kita sedih


Tahun baru bakal menjelma

Kita bina impian baru

Kita orak langkah baru

Mencari bahagia yang satu


Masa lalu kita biarkan pergi

Masa lalu kita hapus semua baki

Agar langkah seterusnya lancar

Dalam mencari jalan sinar


Tahun 2012 kita tunggu

Agar cita-cita dan azam terlaksana

Mungkin dulu kita leka

Dalam saki baki duka


Tahun 2012 kita nanti

Agar semua terlaksana hajat dihati

Moga hajat dilaksana dengan teliti

Moga ALLAH sentiasa merestui

NUKILAN RASA : AD RIFZA 12.30 TGHARI

31 DISEMBER 2011

DI KESEMPATAN INI BLOG MELANKOLIK AD RIFZA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2012.MOGA TAHUN 2012 MENJANJIKAN SERIBU SATU KEMANISAN DALAM MENCAPAI HAJAT DIHATI KITA SEMUA.MOGA TAHUN BARU 2012 MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK BERBANDING TAHUN SEBELUMNYA , APA YANG PENTING KITA LEBIH BAIK DI SISI ALLAH..INSYALLAH.SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2012 SEMUA BLOGGERS DAN PEMBACA BLOG MELANKOLIK AD RIFZA.MOGA TAHUN 2012 BLOG INI AKAN TERUS ADA KARYA ASLI YANG IKHLAS DARI HATI HANYA UNTUK TATAPAN PEMBACA BLOG MELANCHOLIC HYPHOTHESIS.HARAP DIMAAFKAN SEGALA SALAH SILAP YANG SEDAR ATAU TIDAK .KITA BINA UKHUWWAH YANG SUCI SESAMA UMAT DALAM MENERUSKAN AGENDA HIDUP SEHINGGA AKHIR HAYAT KITA.INSYALLAH..

Monday, 12 December 2011

Aku Cari Aku Rasa Ada


Aku tercari-cari dimana
Aku mencari dikiri

Aku mencari dikanan

Aku mencari tanpa henti


Aku lihat bayang

Aku lihat kelibat

Sememangnya ia bayang

Sememangnya ia kelibat


Namun aku terus mencari

Aku terus menelusuri

Agar apa yang aku cari

Aku dapat kecapi


Nikmat indah aku agak

Hasrat manis aku fikir

Jika hajat aku tertegak

Jika hasrat aku terhasil


Gerak itu aku nampak

Hawa itu aku rasa

Dekat jarak aku agak

Hampir aku dalam merasa


Mungkinkah ianya ada

Mungkinkah ianya wujud
Agar aku berlagu nada

Moga aku syukur dalam sujud


Nukilan Melankolik AD Rifza
12 Disember 2011 : 10.35 malam

Saturday, 10 December 2011

Langkah belum pasti



Pagi yang dingin

menusuk tulang diri

menepis panas sepi

mengorak sinar abadi


dalam mencari langkah
dalam mencari selera

ada sahaja helah

ada sahaja derita


kita masih mencuba

kita masih meneroka

agar apa yang dicita

kelak menjadi jaya

langkah kadangkala lesu
langkah kadangkala sepi

langkah kadangkala seteru

langkah kadangkala benci


selera itu tetap satu

selera itu tetap jitu

untuk mendapat restu

untuk mendapat rindu


walau apa sahaja cuba

walau apa sahaja duga

langkah tetap diteroka

agar hasrat itu setia

walau berbulan langkah
walau bertahun langkah

selagi hasrat itu tiada hasil

selagi hasrat itu tiada nilai


aku akan terus melangkah

aku akan terus mencari

agar adanya henti langkah

dalam suatu masa suatu hari


Melankolik diri 5.16am 10 Disember 2011

Monday, 5 December 2011

Puasa 10 Muharram

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka”.

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: “Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W: “Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!”.

Rasulullah saw menganjurkan agar berpuasa di hari-hari diluar bulan Ramadhan, diantaranya adalah hari asy Syura, sebagaimana diriwayatkan dari Muawiyah bin Abu Sofyan berkata,”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,’Sesungguhnya ini adalah hari asy Syura dan tidaklah diwajibkan terhadap kalian untuk berpuasa (di hari ini). Dan aku saat ini berpuasa maka barangsiapa yang ingin berpuasa (maka berpuasalah) dan barangsiapa yang ingin berbuka (tidak berpuasa) maka berbukalah.” (Muttafaq Alaihi)

Berpuasanya Rasulullah saw pada hari asy Syura adalah disebabkan bahwa Musa as telah berpuasa pada hari itu. Dan hari itu adalah hari diselamatkannya Musa dari Fir’aun. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata,”Ketika Nabi saw memasuki kota Madinah beliau saw menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asy Syura. Beliau berkata,”Ada apa ini?” mereka menjawab,”Hari baik, di hari ini Allah telah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa (di hari ini).” Lalu Nabi saw bersabda,”Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka beliau saw pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa.” (Muttafaq Alaihi)

Dari Abu Musa al Asy’ariy berkata,”Hari asy Syura’ diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan mereka pun menjadikannya sebagai hari raya. Dan Rasulullah saw bersabda,’Berpuasalah kalian (di hari ini).” (Muttafaq Alahi). (Markaz al Fatwa no. 32561)

Nabi SAW bersabda: “Para Nabi berpuasa pada hari Asyura, maka berpuasalah kamu.” (Musnad Baqi ibn Makhlad).

Berpuasa sebaiknya didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu’a (9 hb. Muharam) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari Asyura sahaja.

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه ، قالوا : يا رسول الله ! إنه يوم يعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :” لئن بقيت إلى قابل ، لأصومن التاسع”…رواه مسلم
Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” – Riwayat Al Baihaqi.

Rasulullah SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.).

Nabi SAW bersabda: “Tidak hanya manusia meraikan Asyura dengan puasa bahkan haiwan pun berpuasa. Di antara haiwan yang disebut berpuasa pada hari Asyura adalah burung ashurad, semut dan binatang buas.” (Riwayat Abu Musa al-Madini, al-Fath dan al-Khatib).

Sumber zam70wordpress dan FB Nik Shahril

Sunday, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433h..

Salam Maal Hijarah 1433H...Moga dalam tarikh hijarah ni sama-sama kita berhijrah dari segala keburukan yang ada dalam diri ke arah kebaikan...Tidak salah kita berubah kearah kebaikan..Sanggupkah kita biarkan diri dalam kancah keburukan dan kemungkaran..Sanggupkah kita masih menanggung dosa-dosa silam yang masih bersarang utuh dalam diri..Bilakah masanya kita mahu menghapuskan semua sarang-sarng maksiat dalam kehidupan dan hati kita semua?Dalam tarikh hijrah inilah saat yang sesuai untuk kita hijrahkan diri..Lupakan semua kisah-kisah hitam dalam hidup dan kembali kepada asal kejadian kita untuk mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T...

Hijrah ke arah kebaikan itu adalah tuntutan bukannya pilihan..Kita wajib untuk berubah ke arah kebaikan..Yang tidak bersolat kenalah berhijrah dengan selalu bersolat ..begitu juga perempuan2 yang "free hair" harus segeralah menutup auratmu..Yang melakukan kejahatan jenayah haruslah berhenti dalam melakukannya..Segala kejahatan hendaklah ditinggalkan untuk mencorak kehidupan dengan satu kehidupan yang baru dan diberkati.

Friday, 18 November 2011

Cerita antara kau dan aku..

Manusia..benda didepan mata tidak pernah mahu menghargai apabila tiada barulah rasa kehilangan...So hargailah apa yang anda ada dan miliki tika dan waktu ini kelak penyesalan tiada gunanya..Aku ?cuba menghapus cerita-cerita lama..Datang kembali aku terima tetapi tidak lebih dari itu...Hakikat yang harus engkau fahami kerana berlalunya masa itu mengubah segala-galanya ..Ya semuanya..especially bila ianya meibatkan perasaaan..Aku bukan yang dulu lagi asyik menagih kasih yang ada asyik merintih kecewa dijiwa...Kini...tidak lagi tiada lagi rintihan dan tangisan...Apa yang ada hari in aku syukuri walaupun ianya tidaklah seindah dan sebaik dulu tapi aku syukuri anugerah yang ada padaku kini..Walau engkau datang dengan pujukan dan tangisan tapi aku tidak berganjak sedikitpun dari noktah yang aku bina ,bukan aku pinta tapi ianya berlaku rentetan atas dirimu jua..Dirimu tidak pernah menghargai apa yang kamu ada tika dan saat itu..tika dan saat ini engkau mahukan kembali apa yang kamu ada dulu namun tidak semudah itu ..RASA dijiwa yang kecewa tidak pernah akan sembuh..sekali terluka selama-lamanya luka itu ada..Bila masanya akan sembuh aku tidak tahu..Saat ini ianya masih berdarah lagi..Darah yang mengalir tidak pernah henti saat dan ketika itu..Aku cuba untuk mengerti aku cuba untuk memahami tetapi selagi aku mengerti dan memahami semakin jauh aku rasakan darimu..Usah menagih dan merintih lagi..Aku sudah melupakan semuanya cerita antara kau dan aku..cerita yang mengajar aku lebih mengerti erti kesetiaan dan penghargaan..Perginya aku takkan kembali usahlah kau tangisi kerana semuanya datang darimu.Cukuplah atas apa yang berlaku dahulu anggaplah ianya satu cerita ,cerita antara kau dan aku..

p/s: Monolog hati ini hanya bayangan penulis sahaja tiada kena mengena dengan penulis..hehe..

Friday, 11 November 2011

Monolog Hati 11.11.11

BUKAN KITA YANG MENENTUKAN SESUATU ITU PENGAKHIRANNYA SEMPURNA DAN BAIK..JADI BILA AKHIRNYA BEGITU KITA HARUS TERIMA WALAU IANYA PAHIT UNTUK DITELAN.HAKIKATNYA SUDAH BEGITU APA YANG MAMPU KITA LAKUKAN LAGI..MONOLOG HATI 11.11.11 ....