Hijrah ke arah kebaikan itu adalah tuntutan bukannya pilihan..Kita wajib untuk berubah ke arah kebaikan..Yang tidak bersolat kenalah berhijrah dengan selalu bersolat ..begitu juga perempuan2 yang "free hair" harus segeralah menutup auratmu..Yang melakukan kejahatan jenayah haruslah berhenti dalam melakukannya..Segala kejahatan hendaklah ditinggalkan untuk mencorak kehidupan dengan satu kehidupan yang baru dan diberkati.
Sunday, 27 November 2011
Salam Maal Hijrah 1433h..
Hijrah ke arah kebaikan itu adalah tuntutan bukannya pilihan..Kita wajib untuk berubah ke arah kebaikan..Yang tidak bersolat kenalah berhijrah dengan selalu bersolat ..begitu juga perempuan2 yang "free hair" harus segeralah menutup auratmu..Yang melakukan kejahatan jenayah haruslah berhenti dalam melakukannya..Segala kejahatan hendaklah ditinggalkan untuk mencorak kehidupan dengan satu kehidupan yang baru dan diberkati.
Friday, 18 November 2011
Cerita antara kau dan aku..
Manusia..benda didepan mata tidak pernah mahu menghargai apabila tiada barulah rasa kehilangan...So hargailah apa yang anda ada dan miliki tika dan waktu ini kelak penyesalan tiada gunanya..Aku ?cuba menghapus cerita-cerita lama..Datang kembali aku terima tetapi tidak lebih dari itu...Hakikat yang harus engkau fahami kerana berlalunya masa itu mengubah segala-galanya ..Ya semuanya..especially bila ianya meibatkan perasaaan..Aku bukan yang dulu lagi asyik menagih kasih yang ada asyik merintih kecewa dijiwa...Kini...tidak lagi tiada lagi rintihan dan tangisan...Apa yang ada hari in aku syukuri walaupun ianya tidaklah seindah dan sebaik dulu tapi aku syukuri anugerah yang ada padaku kini..Walau engkau datang dengan pujukan dan tangisan tapi aku tidak berganjak sedikitpun dari noktah yang aku bina ,bukan aku pinta tapi ianya berlaku rentetan atas dirimu jua..Dirimu tidak pernah menghargai apa yang kamu ada tika dan saat itu..tika dan saat ini engkau mahukan kembali apa yang kamu ada dulu namun tidak semudah itu ..RASA dijiwa yang kecewa tidak pernah akan sembuh..sekali terluka selama-lamanya luka itu ada..Bila masanya akan sembuh aku tidak tahu..Saat ini ianya masih berdarah lagi..Darah yang mengalir tidak pernah henti saat dan ketika itu..Aku cuba untuk mengerti aku cuba untuk memahami tetapi selagi aku mengerti dan memahami semakin jauh aku rasakan darimu..Usah menagih dan merintih lagi..Aku sudah melupakan semuanya cerita antara kau dan aku..cerita yang mengajar aku lebih mengerti erti kesetiaan dan penghargaan..Perginya aku takkan kembali usahlah kau tangisi kerana semuanya datang darimu.Cukuplah atas apa yang berlaku dahulu anggaplah ianya satu cerita ,cerita antara kau dan aku..p/s: Monolog hati ini hanya bayangan penulis sahaja tiada kena mengena dengan penulis..hehe..
Friday, 11 November 2011
Monolog Hati 11.11.11
Tuesday, 8 November 2011
Aku Gagahi Aku Syukuri

GAGAHI LANGKAH
GAGAHI GENGGAM
GAGAHI JEJAK
GAGAHI RANGKUL
AKU BISA SEPI
AKU BISA KETAWA
AKU BISA SEDIH
AKU BISA MERINTIH
ALUR YANG BENGKOK
LURAH YANG DALAM
TEBING YANG CURAM
ARUS YANG DERAS
KADANG-KADANG TIDAK MAMPU
KADANG-KADANG ADA KUASA
KADANG-KADANG RASA LEMAH
KADANG-KADANG ADA TENAGA
ALUR AKU LURUSKAN
LURAH AKU CETEKKAN
TEBING AKU TARAHKAN
ARUS AKU SEKAT PERLAHAN
AKU LANGKAH DENGAN GAGAH
AKU JEJAK DENGAN SENANG
AKU TURUNI DENGAN MUDAH
AKU HARUNG DENGAN TENANG
AKU SYUKURI NIKMAT ITU
AKU REDHA REZEKI ITU
AKU HADAPI SEMUA UJIAN
AKU PASRAH AKAN KETENTUAN
Nukilan Melankolik : Ad Rifza 10.00 Malam
Sunday, 23 October 2011
TIADA LELAH KAKI MELANGKAH

APA YANG KITA DAMPA TIDAK SEMESTINYA KITA JUMPA
APA YANG KITA CITA-CITA TIDAK SEMESTINYA KITA TERIMA
APA YANG KITA INGIN TIDAK SEMESTINYA KITA MILIKI
JAUH SUDAH LANGKAH KAKI
JAUH SUDAH JARAK PERGI
JAUH SUDAH MENAPAK KAKI
JAUH SUDAH JALAN TELUSURI
LIHAT KIRI MASIH SAMA
LIHAT KANAN MASIH SERUPA
TIADA BEZANYA DULU
TIADA LAINNYA DULU
KENAPA HARUS SAMA
KENAPA HARUS SERUPA
SEDANGKAN LANGKAH SUDAH JAUH
SEDANGKAN JARAK SUDAH PANJANG
ADAKAH INI NASIB DIRI
ADAKAH INI TAKDIR DIRI
TIADA UBAHNYA MACAM DULU
TIADA LAINNYA MACAM DULU
BANYAK SUDAH USAHA DIGARAP
BANYAK SUDAH PELUH MENITIK
BANYAK SUDAH AIRMATA MENANGIS
BANYAK SUDAH BICARA DIATUR
BILA MELIHAT KE DALAM DIRI
BILA MERENUNG MATA SENDIRI
DIMANA TIDAK KENANYA USAHA
DIMANA TIDAK KUATNYA DAYA
WALAU NASIB TIDAK MENYEBELAHI
WALAU TAKDIR INI NAMPAKNYA MASIH SEPI
USAHA TIDAK PERNAH KALAH
KEDERAT TIDAK PERNAH LELAH
SAMPAI TITIS-TITIS AKHIR AIRMATA
SAMPAI TITIS-TITIS AKHIR PELUH
AKU AKAN TERUS MELANGKAH
AKU AKAN TERUS MENGGAPAI
MOGA SUATU MASA
MOGA SUATU KETIKA
MANISNYA AKAN ADA
BAHAGIANYA AKAN TERCIPTA
Titipan Melankolik ;
AD Rifza
11.30 PM
Tuesday, 11 October 2011
AKU PUNYA PILIHAN

MANUSIA TIDAK NAMPAK
APA YANG ADA DIHATI
APA YANG TERBUKU DIHATI
MANUSIA HANYA MELIHAT ZAHIR
TANPA MERASAI BATIN
YANG TERSEKSA TIDAK PERNAH DIFIKIR
MEMBUAT JUSTIFIKASI TANPA IZIN
APA AKU RASA
APA AKU HADAPI
TIDAK PERNAH MAHU RASA
WALAU KECIK RASA HATI
TANGISAN TIDAK PERNAH DIENDAH
RESAH TIDAK PERNAH DIRASAI
HANYA PANDAI MENGARAH KATA INDAH
UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI
AKU TIDAK LAGI MAHU TAHU
AKU TIDAK LAGI MAHU DENGAR
APA SAHAJA CADANGAN ORANG
APA SAHAJA HULURAN ORANG
AKU ADA CARAKU
AKU ADA JALANKU
AKU BUKAN BERALASAN
KERANA AKU JUGA PUNYA PILIHAN.
Tuesday, 4 October 2011
Pergi Tak Kembali

Tadi terkejut dan sedih sgt2 bila dapat tau kawan atau sahabat kita pergi buat selama-lamanya..Tadi just sms tanya khabar kawan yang dah lama tak contact, AD kenal kalau tak silap almost 5 years pernah jumpa beberapa kali di Besut dan KL..Tiba-tiba adiknya yang reply sms bagitau abgnya dah tiada dan minta halal semuanya..YA ALLAH ! AD tatau perkara ni sbb mmg dah lama tak contact...AD kenal saudara MUIN ni dari blog..Orangnya baik sangat2 dan boleh dikategori sebagai seorang sahabat..You know what I feel?Rasanya Ya ALLAH tatau nak cakap..Sedih sgt2..Situasi ini kali kedua AD rasa..Pertama tahun lepas bila kawan FB juga baik dan selalu mengadu masalah tetapi tiba2 dia tidak sihat dan balik ke Serawak..Dia pernah call beberapa kali sebelum dia meninggal tetapi AD tak sempat pick up then after one week AD sms ..Adik arwah juga reply bagitau arwah sudah tiada...Situasi sama ini 2 kali berlaku...AD tidak terkata camana nak cakap..Apa-apa pun moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..AL FATIHAH....DariNYA kita datang kepadaNYA kita kembali..Satu masa kita pasti akan menyusul...
Saturday, 17 September 2011
Kasih Yang Hilang

Assalamualaikum ...sudah 47 hari blog ini kosong tanpa entri baru..ntahlah masa itu dirasakan cepat sangat berlalu tanpa sedar kita tidak dapat berbuat apa-apa begitu juga dalam mengemaskini blog..tidak seperti mula2 mengenal blog beberapa tahun lepas ada saja yg ingin dikemaskinikan..biasalah masa dan keadaan bisa merubah semuanya..kdg2 bukan kehendak hati begitu..tapi hari ini blog melankolik ini dikemaskini lagi untuk pembaca setia ..terima kasih diucapkan kerana sudi membaca nukilan2 melankolik ikhlas dari pemilik blog..Pagi ini pemilik blog menghasilkan lagi nukilan untuk pembaca..Ikhlas dari hati untuk pembaca blog melankolik..
MUDAHNYA KAU MAINKAN SENGKETA
MUDAHNYA KAU MENGUSIK RASA
MUDAHNYA KAU MENYEKSA JIWA
MUDAHNYA KAU TERJAHI PEDIH LUKA
SUNGGUH AKU TIDAK PERCAYA
SUNGGUH AKU TIDAK MENDUGA
KAU SANGGUP BERBUAT APA SAJA
UNTUK MENYEKSA JIWA YANG SETIA
LEMAH AKU RASA NADIKU
LELAH AKU RASA NAFASKU
BILA AKU MENDAPAT TAHU
TIADA KASIH LAGI PADAKU
SETIAKU KORBANKAN SEGALANYA
SEDIAKU BANTU SEMUANYA
WALAU AKU DIPANDANG HINA
WALAU AKU DILIHAT SEBELAH MATA
APA DAYAKU
APA KUASAKU
UNTUK MEMAKSA RASA YANG ADA
UNTUK MEMUJUK JIWA YANG LUPA
ANDAI INI TAKDIRNYA DIRI
ANDAI INI KEHENDAK HATIMU
BIARLAH AKU MENGUNDUR DIRI
AGAR KAU BAHAGIA DENGAN PILIHANMU
BIARLAH AKU PERGI
PERGI MEMBAWA DIRI
MEMADAMKAN SEMUA MEMORI
MENGHAPUSKAN SEMUA RASA DIRI
AD Rifza
1 PAGI
17 September 2011
Monday, 1 August 2011
Ramadhan Ini Aku Nanti ..

Pemberian ALLAH ini haruslah kita syukuri dengan tidak mensia-siakan kehadirannya..Kita gunalah peluang yang ALLAH sediakan ini dengan sebaik mungkin..Kita tidak tahu apakah kita masih ada peluang sebegini suatu hari nanti atau ini adalah ramadhan kita yang terakhir..
AYUH ! marilah kita lipat gandakan amal ibadah kita dan menyucikan hati dan diri kita agar apabila sempurnanya bulan ini kita sudah melakukan apa yang sepatutnya kita rebut dan kejar kenikmatan dan keberkatan yang ada pada bulan ini..INSYALLAH..
Moga ALLAH mengampunkan semua dosa-dosa kita dan menyucikan hati-hati kita seterusnya memberkati hidup kita untuk waktu-waktu usia kita yang dipinjamkan ini..
AD Rifza mengambil kesempatan ini memohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri selama ini..Moga diri kita semua diberkati dan dirahmati..Selamat Datang Ramadhan 1432H ..Aku sememangnya menantimu..Alhamdulillah kau datang lagi dalam hidupku..Syukur padaMU YA ALLAH kerana memberikan kesempatan lagi pada hambaMU ini...
JAUH SUDAH LANGKAH KAKI
JAUH SUDAH LANGKAH KAKI
MENELUSURI JALAN-JALAN NODA
MEREDAHI JALAN-JALAN DOSA
SEHINGGA TIADA LAGI SEMBUNYI
SELIMUTI DOSA SUDAH MENYELUBUNG
BUKIT DOSA SUDAH MENGGUNUNG
DARAH DOSA MENGALIR LAJU
HAWA DOSA SEJUK MEMBEKU
JAUH SUDAH LANGKAH KAKI
MERAGUT SEDAR YANG TIADA KASIHAN
MENCALAR IMAN YANG TIADA HENTI
MENIKAM SYUKUR YANG TIADA EHSAN
YA ALLAH
HINANYA DIRIKU PADAMU
KERDILNYA DIRIKU PADAMU
KAU DENGARLAH RINTIHAN HAMBAMU INI
KAU AMPUNKANLAH DOSA HAMBAMU INI
SESUNGGUHNYA AKU MENZALIMI DIRI
SESUNGGUHNYA AKU MENGKHIANATI JANJI PADAMU
KAU AMPUNILAH HAMBAMU INI
WALAU JAUH SUDAH LANGKAH KAKI INI
Wednesday, 27 July 2011
Kesukaran Perjalanan Ini

JALAN INI SEMAKIN JAUH
JALAN INI SEMAKIN BERLIKU
YANG DULU AKU RASA DEKAT
YANG DULU AKU RASA LURUS
LANGKAH TERASA MAKIN LEMAH
DAYA TERASA MAKIN HILANG
DIGAGAHI JUGA WALAU LELAH
DITEMPUHI JUGA WALAU BANYAK MENGHALANG
DIRI TERASA TERBIAR SEPI
TIADA YANG INGIN MEMBANTU BERJALAN
AKU TEKAD BERUSAHA SENDIRI
AGAR AKU TIADA SESALAN
USAHA AKU PERLU LEBIH
USAHA INI PERLU IKHLAS
AGAR AKU TIDAK LAGI LETIH
AGAR AKU TIDAK LAGI KALAH
PAHIT GETIR HIDUP BEGINI
HANYA ALLAH YANG TAHU
SESUKAR MANA PERJALANAN INI
JUGA ALLAH SAHAJA YANG TAHU
BANYAK MASA AKU KORBANKAN
BANYAK PELUANG AKU SIA-SIAKAN
DEMI SATU CITA-CITA
DEMI SATU TANGGJUNGJAWAB
WALAU IANYA SUKAR
WALAU IANYA PAYAH
AKU AKAN TERUS BERUSAHA
AKU AKAN TERUS BERDOA
AKU MOHON SUATU HARI
AKU MINTA SUATU WAKTU
AGAR KESUKARAN INI PERGI
AGAR KEPAYAHAN INI BERLALU
Nukilan Melankolik : Ad Rifza 2 Pagi 27 Julai 2011
Sunday, 3 July 2011
Cerita Tiada Kesudahan

BILA FIKIR TIADA KESUDAHAN CERITA
BAGAI SAMBUNGAN EPISOD-EPISOD DUKA
TIADA BAHAGIA DALAM PLOT-PLOT CERITA
KEHIDUPAN MASIH DITERUSKAN
WALAU ONAK DURI SERING MENGHALANG
LUKA PEDIH SENTIASA MEMAKAN
APA YANG TINGGAL HANYA KENANGAN
BAIT-BAIT AYAT TIADA CERIA
WALAU DALAMNYA SENYUM MESRA
TEMPELAN LINDUNG RASA YANG ADA
AGAR TIADA YANG RAMAI BERTANYA
MASIH DALAM TAKUK YANG LAMA
WALAU CITA-CITA MENGGUNUNG ADA
TAPI LANGKAH SEOLAH-OLAH KUNCINYA TIADA
UNTUK MENTERJEMAH RASA YANG ADA
WALAU AKU TIDAK LAGI LIHAT CAHAYA BULAN
WALAU AKU TIDAK MERASA LAGI PANAS MENTARI
LEMAH LANGKAH INI AKU TERUSKAN
AGAR AKU DAPAT MEMUJUK HATI
MOGA ALLAH BUKAKAN JALAN
MOGA SEMUANYA DIPERMUDAHKAN
AGAR AKU BISA TERUS BERJALAN
UNTUK MENERUSKAN SISA-SISA KEHIDUPAN.
Friday, 10 June 2011
KITAB CINTA
Setelah TV Al Hijrah bleh tgok kat Astro ..start plak cite Kitab Cinta..Macam best jer cite ni adaptasi dari Novel Taufiq Rahman..Jom nonton..hehe
SINOPSIS DRAMA KITAB CINTA (NOVEL NUKILAN TAUFIQ RAHMAN)
Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.
Tuesday, 31 May 2011
Yang hitam dan kelam

NAMPAK KANAN JUGA HITAM
DEPAN SAYUP KELAM
BAWAH KABUR JUGA KELAM
JALAN-JALAN HITAM AKU NAMPAK
JALAN-JALAN KELAM AKU HARUNG
TIADA JALAN LAIN NAMPAK
TIADA ARAH LAIN TERLINDUNG
AKU GAGAHI JUGA
AKU JALANI JUGA
AKU TEROKAI JUGA
AKU TEMPUHI JUGA
WALAU AKU TIDAK NAMPAK
WALAU AKU TIDAK LIHAT
JALAN ITU MAKIN JAUH
JALAN ITU MAKIN SAYUP
DENGAN USAHA YANG ADA
DENGAN DOA YANG DIPANJATKAN
AKU HARAP ADA SINAR
AKU HARAP ADA HARAPAN
DAKIAN YANG TINGGI
CURAM YANG DALAM
GANTUNGAN YANG RAPUH
LICIN YANG GELINCIR
DENGAN KEDERAT
DENGAN NEKAD
TIDAK SUNYI DOA
USAHA DITERUSKAN
SAMPAI SUATU MASA
SAMPAI SUATU KETIKA
HITAM SEMAKIN CERAH
HITAM SEMAKIN HILANG
CAHAYA NAMPAK DI HADAPAN
CAHAYA HARAPAN
CAHAYA KESEDARAN
CAHAYA KEINSAFAN