Saturday, 29 November 2008

MUHASABAH DIRI...


Kesalahan diri sering diungkapkan bila kita menyesal atas sesuatu perbuatan...Kita rasa diri bersalah dan bodoh diatas kesalahan yang kita lakukan...Manusia sering lalai dalam perjalanan hidupnya..Sering juga kesalahan yang sama dilakukan oleh kita sedangkan kesalahan itu telah acapkali kita lakukan...Kita masih dalam lingkungan kesalahan itu...

Manusia sering bertaubat dan mengaku atas kesilapan diri mereka...Tetapi mengapakah kesalahan yang sama mereka lakukan..Manusia sememangnya makhluk yang diciptakan dengan ada kekurangannya supaya mereka tidak takbur dan akan rasa rendah diri...

Kesalahan diri cukup payah untuk diakui oleh sesetengah orang kerana mereka ego pada diri sendiri yang mana mereka fikir mereka selalunya betul dan orang lain aja yang salah..Manusia cukup angkuh dan mendabik dada bahawa mereka adalah betul..Sedangkan kejadian manusia itu sendiri ada sifat kekurangan itu..Manusia ego tidak mahu mengaku kesilapan diri ..Mereka menyatakan bahawa mereka adalah yang sempurna dan terbaik..Angkuh sungguh manusia ...

Dalam alir waktu kita sampai hari ini alhamdulillah kita masih diberikan peluang olehnya untuk menghisab  dan muhasabah diri dimanakah kita sekarang...Apakah yang telah kita lakukan untuk diri, masyarakat dan yang paling penting agama kita..Apakah sudah nampak kita melakukan sesuatu yang berguna?..Atau kehidupan kita sekadar untuk diri sendiri?..Kita sering lupa bahawa selain kita masih ada lagi manusia lain disekeliling yang menjadi tanggungjawab kita...Kita tidak seharusnya pentingkan diri dan menyombong diri dengan orang lain kerana manusia ini sering berhubungan antara satu dengan yang lain..


Wednesday, 26 November 2008

KASIH TERHENTI..

Kita akan berasa sedih, pilu, tension, menangis dan macam-macam lagi kesan yang tidak dijangka akan berlaku jika terhentinya kasih dari seseorang yang amat kita sayangi dan kasihi..rite?..Lebih-lebih lagi jika kasih itulah yang kita sering harapkan dan sering jaga supaya ianya berkekalan namun kita tidak dapat melawan takdir jika ianya berlaku juga...Tiap orang tidak mahu ianya berlaku tetapi apa daya kita untuk menghalangnya dari berlaku setelah usaha yang kita lakukan tidak juga membuahkan hasil...so apa yang kita mampu lakukan hanyalah berdoa semoga kasih itu tidak terhenti...

Ujian untuk diri kita tidak pernah terhenti selagi hayat dikandung badan..Kita akan sentiasa diuji olehNYA...Dimana sabar kita...dimana tabahnya kita dalam menghadapi situasi kasih terhenti ini..Pasrah dan redha dengan apa yang berlaku adalah suatu yang sukar untuk kita lakukan tetapi kita perlu lakukan untuk kebaikan diri sendiri...Jika kita tidak redha dan masih lagi menangisi kasih terhenti itu sampai bilakah ianya akan berakhir...Kita juga perlu berikan peluang untuk diri agar diri tidak terseksa lagi menangisi kasih terhenti...

Dalam hidup ini kita tidak sunyi dari diuji dan diduga dengan pelbagai perkara yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu lagi untuk menghadapinya..Tetapi perjalanan kita masih panjang..Kita harus berfikir secara matang dan yakinlah bahawa kedukaan dan kepiluan itu akan berakhir juga suatu masa nanti..Yalah mungkin perlukan masa bagi sesetengah orang dan mungkin juga dalam masa yang singkat bagi sesetengah yang lain..

Tetapi jangan pula akibat kesunyian dan kesedihan itu kita melakukan sesuatu keburukan yang akhirnya membawa kepada kejahatan..Kita harus fikir dan sedar bahawa tiap yang berlaku itu datang dengan hikmahnya yang tersendiri..Yang mungkin kita nampak dan mungkin juga tidak..Berdoalah semoga apa yang kita lakukan dan akan lakukan dipermudahkan olehNYA dan mendapat keberkatan dariNYA..Jalan hidup kita masih panjang yang selok beloknya akan banyak lagi kita hadapi..Kuatkan diri dengan akidah iman yang jitu supaya apa sahaja yang berlaku membuatkan diri kita tenang dan redha..Insyallah...

Sunday, 23 November 2008

TANGISAN HATI..

Hati kembali sepi.. kembali sunyi... kembali meronta...  kembali menangis...sedu sedan dapat dirasakan terlalu dekat.. curahan tangis nampak jelas mengalir..Ianya tidak dapat dibendung lagi...Kesabarannya cukup teruji...

Akrab dan mesra membuatkan diri rasa terpinggir..rasa dipinggirkan..Dirasakan apa yang dilakukan selama ini berkecai bagai dihempas ke batu...mengalir jauh disungai yg deras...hangus dibakar panas api..

Rasa ini cukup membuatkan hati kembali menangis...kembali merasakan apa yang dirasakan dahulu..Rasa yang cuba dielakkan dan dijangkakan tidak akan berlaku lagi...tetapi ianya tetap berlaku..Hati cuba untuk menahan gelegak rasa tetapi rasa itu tetap membuak-buak tidak dapat ditahan lagi..Hati kembali menangis..

Tiada siapa yang tahu hati menangis...Tiada siapa yang peduli..Kerana bayangan pada wajah ceria..wajah gembira..wajah bahagia...wajah hilai tawa..tetapi apa yang hati rasa cukup pedih,sedih dan mengguris..

Perlukah lagi hati berharap?..Perlukah lagi hati menagih kasih?..Perlukah lagi hati setia?..Perlukah lagi hati taat?..Perlukah..?Mungkin hati tidak lagi perlukan kasih..tidak lagi perlukan harapan..tidak lagi perlukan kesetiaan dan tidak lagi perlukan ketaatan kerana dirasakan semuanya hanya sia-sia...hanya mainan hidup..hanya boneka jalanan...


Thursday, 20 November 2008

Menagih Kasih


Menagih kasih suatu tafsiran yang jelas tentang pengharapan yang ketidak sampaian...Kita mengharap sesuatu yang tidak pasti.. Kita seolah-olah bermimpi yang orang sukakan kita padahal nyatanya tidak begitu..

Manusia sering lalai dalam penafsiran perasaan yang kadang-kadang membuatkan mereka kecewa padahal mereka menagih kepada suatu perasaan yang tidak mungkin akan ada..Mereka sering lupa bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi tetapi mereka cuba juga untuk menepuk dan kadang2 tergelincir sebab tiada tepukan yang berbunyi..Tepuk hanya pada angin yang lalu...Sia-sia sahaja tindakan mereka..

Manusia tidak pernah ingin mengambil pengajaran yang lalu tentang tagihan kasih...Mereka masih juga cuba untuk menagih kasih sedangkan ketagihan itu hanya menyeksa diri..Menyeksa perasaan..Menyeksa emosi..Menyeksa akal yang waras.. Penyeksaan yang amat kejam ke atas diri yang hanya membawa perasaan itu...
 
Perasaan itu harus dibuang jauh jika kita sedar bahawa ianya sia-sia..Kenapa harus ditagih kasih itu?..Sedangkan ketagihan itu tidak membawa apa-apa makna dalam hidup kerana ketidaksampaian itu..Perasaan sering menganggu sering menerjah kuat supaya menagih kasih malah meronta-ronta supaya kasih itu dapat ditagih...

Kurus dan kering perasaan akibat ketagihan itu..Terseksanya perasaan hanya empunya diri yang tahu tetapi ketagihan itu juga yang mereka lakukan..Kembalilah kepada kenyataan bahawa tidak semua yang ditagih itu akan tercapai..Usahlah lagi menagih kasih pada yang tidak sudi..Sedarlah diri dan kembalilah ke aturan jalan yang nyata...Tagihlah kasih kepada yang sudi dan suntiklah kasih kepada yang menagih kasih kita kerana itu mungkin lebih bermakna dan bahagia...

p/s: Jangan Menagih Dadah okey..

Monday, 17 November 2008

LELAH HATI INI

Lelah ku rasakan saat ini ketika ini dengan sikapmu yg membisu seribu bahasa...Adakah aku yg bersalah memulakannya dulu padahal engkau yang menimbulkan sengketa...

Lelah hati ini fikirkan kata-katamu yang mengguris perasaan ku...lukanya amat mendalam menusuk tajam pedih hati ini...

Lelah hati ini aku fikirkan tindakan mu yang keanak-anakan yang menangisi tiap bodoh tindakan mu itu...

Lelah hati ini menafsirkan janjimu dulu yang sering engkau mungkiri dengan sewenang-wenangnya....

Lelah hati ini menuruti arahanmu yang akhirnya membuatkan ku luka kecewa..

Lelah hati ini menunggu bicara darimu yang masih tidak kedengaran nadanya sehingga kini...

Lelah Lelah Lelah hati ini...

Friday, 14 November 2008

KENAPA DENGKI SIFATNYA?

Kenapa manusia ada dengkinya?..Tiap dari kita pasti akan berjumpa orang yang mendengki..Disekeliling kita ,kita akan jumpa orang macam nie esp bila kita didalam kelompok yang ramai...such as kat tempat kerja dan juga kawan2 sekeliling...

Apa yang kita buat serba tak kena pada pandangannya..Lets say sebagai contoh kat tempat kerja..Bila kita didalam proses untuk peningkatan kerja akan ada yang mendengki dengan kita..Kita telah melakukan amanah dengan baik dalam tugas yang diberikan oleh majikan tetapi ada lah yang suka mengampu dan mencucuk boss dengan kata itu dan ini tentang kita..Padahal kita telah melakukan yang terbaik dengan tugas dan kuasa yang kita ada...Akibat dari ampuan dan dengkian teman sepejabat kita tidak dapat kenaikan..Atau kenaikan kita ditangguhkan..Atau kita diturunkan pangkat..dan orang lain yang naik pangkat...Tapi bila kita fikir dimana kebijaksanaan majikan dalam hal ini?..Tidakkah majikan menilai seseorang staff mereka dengan penilaian yang adil dan saksama..Adakah dek kerana ampuan dan dengkian staff lain boss boleh termakan ampuan dan dengkian itu?..Pelik tapi benar..AD pasti ada yang face  this realiti dalam kehidupan mereka...

Kenapakah manusia  sanggup dengki kepada manusia lain?..Sedangkan si manusia yang didengki itu tidak pernah mengusik atau membicarakan hal staff lain..Dia dengan secara jujur dan ikhlas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pekerja..Tetapi mungkin dia tidak pandai mengampu dan mendengki...Inilah realiti dunia pejabat yang kita hadapi dan mungkin akan hadapi..Dengan kita tidak menyentuh hal orang lain pun orang lain boleh mendengki dengan kita...Kenapa harus ada sifat itu dalam diri manusia?..Meh kita hayati sikit hadith nabi dan ayat al quran untuk panduan :

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah  yang bersaudara.
 (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).


Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah  kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah  akan sebahagian kurnia-Nya.
 (An-Nisa:32)


Setiap dari kita telah ditetapkan rezekinya...dan kita hendaklah berpegang teguh dengan keyakinan akidah bahawa rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah..Prinsip inilah harus dipegang oleh setiap dari kita supaya dikalangan kita tiada lagi sifat dengki mendengki..dan kita seharusnya rasa qanaah atau rasa puashati dengan setiap rezeki yang telah Allah berikan kepada kita..Jadi sama-samalah kita menjauhi sifat yang secara jelas lagi nyata Allah akan murka..Kembalilah kita kepada sifat-sifat yang Allah suka..Insyallah...

Sunday, 9 November 2008

HIKMAH SUATU PERJALANAN..


Langkah perjalanan kita semakin keliru..semakin tidak pasti mana arahnya...Walaupun cantik aturnya cantik pemandangannya tapi kadang2 langkah kita terhenti ditengah jalan..Kita tidak berasa yakin lagi dengan apa yang kita lakukan...Pengorbanan kita selama ini dirasakan cuma sia-sia..

Kita sudah cuba yang terbaik sudah mempersembahkan suatu yang mulia tapi kita rasakan perjalanan kita itu cukup singkat dan pilu rasanya...Komitmen yang padu dengan ketepatan yang jitu kita lakukan tetapi perjalanan itu harus ditamatkan jua..Perjalanan yang kita rasakan dulu cukup manis yang cukup cantik tetapi kenapa ianya harus terhenti begitu?

Perjalanan kini yang telah banyak onak dan duri yang kita lalui..Perjalanan yang cukup bererti bagi diri yang terpaksa kita tamatkan bagi meneruskan perjalanan yang baru...Suatu perjalanan yang mungkin akan lebih memberikan manfaat pada diri..Tapi sanggupkah kita untuk menempuh suatu perjalanan yang baru?..Sanggupkah?.Mungkin oleh keterpaksaan kita harus juga melangkah ke suatu perjalanan yang baru...Mungkin juga perjalanan yang kita cuba elakkan sebelum ini tetapi akibat keterpaksaan kita harus juga melangkah...Mungkin longlai dan lemah langkah kita..Mungkin juga cukup perlahan langkah itu tetapi diharapkan ianya menjadi laju...

Pelbagai jalan yang kita lalui dalam hidup..Ada jalan yang tiada rintangan..Cukup senang kita melaluinya...tetapi ada juga jalan yang banyak lopaknya..banyak curamnya yang banyak mengajar kita tentang erti hidup sebenarnya..Yang banyak mematangkan diri menjadi yang lebih baik..Mungkin mengajar kita menjadi sabar, tabah, yakin dan mungkin juga mengajar kita untuk menginsafi diri..Untuk kita melihat kedalam diri apakah usaha kita selama ini berbaloi dan membantu diri..

Di dalam tiap langkah yang kita aturkan kita mempelajari sesuatu..Sesuatu yang amat bermakna yang akan memandu hidup kita ke suatu arah atau destinasi yang sama..Manfaatnya mungkin kita tidak nampak sekarang tetapi mungkin suatu hari manfaatnya akan muncul ..

Kita rasakan mungkin ini takdirnya yang membuatkan perjalanan itu terhenti tetapi ada yang menyalahkan takdir terus kerana menghentikan perjalanan...Tetapi tidakkah kita sedar tentang hikmah sesuatu kejadian?..Hikmah untuk kita menjadi lebih baik ..Bila tercapai hikmah itu barulah kita tahu dan sedar apa yang berlaku sebenarnya dalam perjalanan hidup ini..

Friday, 7 November 2008

TERUS DAN TERANG...


Terus terang Ad cakap..Ad cakap berterus terang. Perlu ke berterus terang?.. Tidakkah dengan berterus terang akan melukakan hati seseorang?..Mungkin juga sangat mengguris perasaan nanti?..Tetapi berterus terang adalah lebih baik dari menyembunyikan sesuatu yang menyesakkan dada kita..Lebih baik berterus terang daripada murung tak tentu pasal...Lebih baik menjelaskan sesuatu kemushkilan...Sesuatu kekeliruan perlu dinyatakan dengan terus terang...
Setiap perkara akan lebih jelas nyatanya dengan berterus terang...Tetapi adakah semua orang dapat menerima terus terang cerita atau penjelasan orang lain..Mungkin ada yang dapat menerima dan mungkin juga tidak...
Perlukah kita berterus terang sebenarnya?..Menyatakan sesuatu kebenaran memang amat pahit bagi sesetengah orang..Takut ada hati yang terluka..Takut ada yang tersentap....Tetapi sampai bila akan jelasnya sesuatu kekeliruan jika semuanya disembunyikan?Suatu persoalan tak pernah akan terjawab jika kita berdiam diri...rite?..Jadi perlukah kita berterus terang jika mempunyai sesuatu kemushkilan dan persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita?..Atau kita biarkan sahaja benak membengkak tanpa jawapan yang kita fikirkan kerana ingin menjaga hati seseorang?...
Keliru dan buntu bila fikirkan perasaan orang tetapi dalam masa yang sama persoalan dan kemuskilan sering mengasak hebat..Bolehkah kita lakukan seperti menarik rambut didalam tepung..Atau perlukah kita buang semuanya supaya benak lega tapi ada tinggal kesan yang tidak habis?..
Terus terang kadang-kadang menyakitkan orang lain...tetapi jika tiada pilihan apakah tindakan yang perlu kita lakukan?..Mungkin tiada langsung pilihan lain dengan cara berterus terang sahaja..Jadi berterus terang adalah perlu..Tetapi caranya biarlah betul dan waspada agar cara dan tindakan kita itu tidak menyakitkan hati seseorang..tetapi jika perasaan seseorang itu terguris akibat terus terang bagaimanakah pula tindakan kita?..Ntah...buntu dan keliru..Tiada jawapan..Berserahh...

Thursday, 6 November 2008

GURISAN HATI DALAM JAGA...

Hati sering terguris.Hati sering terluka..Hati sering ngilu..Hati sering pedih.Kenapa hati sering diperlakukan begitu. Kenapa? Tiada ruangkah untuk hati merah bersih.. berkilat.. bersinar..? Kenapa sering diperlakukan kekejaman terhadap hati?Apa dosa hati sering diperlakukan begitu?Apakah silap hati sampai manusia sering memanah hati..menikam hati?Kenapa tidak ramai yang menjaga hati membelai hati menjirus sejuk hati?Hati juga yang menjadi mangsa dilukakan dan diguriskan...Pedihnya rasa hati bila diperlakukan begitu... Kadang2 hati tidak mampu berbicara tentang kepedihannya tetapi kadang2 hati tidak dapat menahan sabar lagi seterusnya memberontak kejam...Hati amat susah untuk dibaca...Amat sukar untuk difahami...tetapi tafsiran perbuatan mencerminkan hati..kadang2 akibat kepedihan, perbuatan cerminan hati cukup bodoh untuk dilihat....cukup emosi untuk ditatapi...cukup kejam untuk ditelusuri...

Kadang2 cerminan hati menipu...keikhlasannya tidak nampak...kejujurannya palsu...Semuanya pembohongan yang nyata cerminan hati...Kenapa hati berbohong?..Kenapa cerminan itu yang wujud..Kenapa tidak cerminan yang asli dan nyata benarnya?...Hati..tidak siapa yang tahu bicaranya... tidak siapa yang tahu rintihannya... tidak siapa yang tahu justifikasi tindakannya...

Bicara hati sering buat kita bosan...sering buat kita menyampah... sering buat kita gila..sering buat kita tidak sabar...sering buat kita menangis..Jarang-jarang kita melihat hati membuatkan cerminan ketawa..cerminan bahagia...Yang kita nampak walaupun ketawa tetapi hambar gelaknya... Walaupun wajah bahagia tetapi jelas garis kedut dukanya..

Tiadakah lagi manusia yang sering dan tetap dalam menjaga hati,membelai hati,melindungi hati,menyelimuti hati?...Amat payah untuk menemui lagi manusia seperti itu...Amat sukar untuk mencari lagi...Yang ramai adalah manusia yang melukakan hati,mengguris hati,menikam hati,memanah hati,....Arghhhh bosan bicara hati...Arghhhh tension soal hati..Arghhhh gila cerita hati...Hati tiada siapa yang tahu..

Sunday, 2 November 2008

Tagged Lagikk...adehhlaa

Huhu...Ad kena tagged lagik..Kali nih kena dengan Saudara Chime..Tapi orang katalah tagged ni suatu penghargaan gak so Ad jawablah tagged nie yea...Spontan jer jawab neh..Ok lah kot jawapannya..Dan Ad pasti ada yang tertunggu-tunggu jawapannya kan?..ahaks..Ade ke??..Ngeh3x...

1. The age you’ll be on your next birthday:

Still young orang kata lah...orang kata juga ingatkan baru 29 tahun..(prasan jap) ader ke camtu lak..rabun ke apa...hehe...Alahhhaii baru awal 30an...tua 2 tahun jer dari chime..nak tau kena baca tagged chime punya...ngeh3x...(kira jawab gak neh cuma anda kena mencari jer)...hihi..sabar je laa..


2. Place you want travel to:

Nak gi kota Mekah then nak sujud di Baitillah lama2...Moga Allah perkenankan doa Ad..

Then nak gi mana lagi ek?..haaa nak gi Kota Paris..Nak dinner kat Menara Eiffel dengan buah hati I...Tapi mana buah hati I ek?..huhu...Kalo I tunggu dia kat sana leh tak?..Oohh indahnya saat itu...tapi bila laa leh berlaku...huhu...then sapa nak jadi buah hati I..Offer neh..Tapi belum cheap sale lagi taww...hehe...


3. Your favorite place:

I suka duk tepi pantai ...Lepak2 tepi pantai sambil bermain2 di gigi-gigi air..Sambil gigi air gigit kaki I..adehhlaa tipu bangat...Adeke air gigit lak..kalo semut gigit tu ada laa..apa daa Ad neh kan...
Satu lagi Ad suka duk atas katil sambil main sms..haha...eh sesweii tak jawapan nih dgn soalan..lantaklah..hehe..

4. Your favotite food:

Ad suka makan nasik dage,nasik krabu,nasik minyak..opss nasik minyak neh kena slow2 sikit..nanti ada soalan maut lak Ad kena jawab..dah laa loteh den duk menjawab selama nih..haha..sabar je la..


5. Your favorite pet:

Dari tadi Ad tak sabar2 nak jawab soalan neh..pet kesukaan Ad ialah ayam..Ada 40 ekor ayam kampungs kat umah Ad...Tapi siot tol biawak duk makan telur ayam..Ada aritu 10 biji dalam SAKOK ( tempat ayam bertelur)  dimakan biawak..Sib baik bukan biawak komodo..Kalo komodo ngan Ad Ad dimakannya..Ishh camana nak buat neh?..hmmm...
Satu lagi pet favorite Ad ialah kambing..haha..Jangan gelak kay..Sapa gelak Ad lekuk kapla tu...Ad ada 15 ekor kambing kat umah...haha...Eh yeke...jap nak kira..1 2 3 haa betullaa ..hehe...Ada yang tengah sarat tuh,,,apalah jantina anak tu agaknya...Tapi yang pasti bukan Ad bapaknya..Bapaknya ialah kambing jantan yang macho ituu...Embekk..chehh! Prasanlak kambing tu...

6. Favorite color combination:

Biru dan hijau...hehe...Bila kita tengok nampak biru kehijauan..alah macam air laut tu...Cantekkk..Kalaulah kaler pakaian pengantin nanti kan best..ahaks..

7. Favorite piece of clothing:

Seluar jin dan t shirt berkoler..dan kemeja casual lengan panjang...

8. Your all time favorite song:

Ad suka sangat lagu Bukan Aku Tak Cinta..by Salemm..Dia by Fauziah Latiff..Kau kekasihku by Datuk Ct... I likeee! hehe.. Nak list lagu yang Ad suka banyak lagi..
Dan Ad bila dengar lagu Love Is All Around by Wet Wet Wet dan Please Forgive Me by Bryan Adams mesti terkesima sekejap..haha..Dah2 takleh Melankolik sini okeyy...
Untuk membangkitkan keinsafan lak Ad suka dengar lagu Ustz Akhil Hayy..hehe..Senyum sendiri lak bila sebut Ustaz Akhil nih..ada gak kot org yang sengeh tuss??..Ngeh3x

9. Favorite TV show:

Ad nih jenis tak suka sangat tengok TV..Ad suka tengok PC Ad nih jer..haha...Tapi kecik2 dulu suka sangat cite BJ and The Bear..alahh yang beruk dengan pemandu lori tu..Zaman2 Ad kecik lagi cite nih...Dan Knight Rider..Fuhh..klasslah kete dia ek?..Siap leh cakap lagi...
Zaman sekarang neh cite apa ek?..No idea...tau tajuk jer tgok jarang sangat...hehe...Tapi macam nak tgok jer siri Heroes dan 90210 kat star world nanti...hmmm

10.Your screen name/nickname:

AD Rifza...hehe A satu sukukata D satu sukukata lagi...Rifza satu sukukata untuk sukukata kedua..apa daa...Ad pun tak faham apa Ad taip..hehe...Sukukata tu apa ek?..ahaks..

11. Your first job:

Mula-mula keje lepas abis diploma kewangan kat sebuah Kolej di Kuala Terengganu..Keje kat sebuah anak syarikat state economics development corporation di Kota Bharu ..Keje kejap jer then further study kat UKM..Tanya first job jer kan..so first job jer laa jawab bukan current job..ngeh3x..

12. Your dream job:

Nak naik ke bulan dan jadi Raja bulan...Dan ada rakyat2 bulan..Semuanya akan dipanggil ORANG BULAN haha..Lawak banget Ad neh..


13. One bad habit that you have:

Ape ek bad habit nih?..Tak prasanlaa plak..Haaa..Hidung..Selalu gosok2 hidung..Sebab dalam hidung rasa gatal2 gitu..Padahal dah korek pun..Still gatal2..Maybe resdung kot...

14. Worst fear:

Ad geli sangat dengan katak..Dalam bilik air bawah kat umah Ad ade jer seekor katak tuh duk lepak...Apa keje dia ntah duk lepak tgok Ad mandi..Malu lak Ad...Skali dia melompat..opoccott mak kau...hahaha...Siotnye katak..Duk diam2 takleh ker..hishh..Naik bulu roma i taww..

15.Things you’d like to do before you die:

Nak mengucap dua kalimah syahadah..Insyallah...Moga lidah Ad lancar menyebutnya nanti...tapi untuk sebut lancar tu moga Allah ampunkan dosa2 Ad kalau ada..aminn...

16. The thing you'll buy if you get $1,000,000

Mak oii banyakk tuuu...sejuta?..huhu...Nak buat apa ek..?..Nak gi haji di Mekah ..Nak bawak Ma and Abah...Adik beradik skali..Kawan semua yang nak ikot pun boleh..Ada bloggers nak ikut tak?..Jom..ek elennn macam real bleh sejuta..Piiii rahh...huhu...tapi soalan kata IF kan..so  kalaulah dapat...hehe...Hmm kalaulah aku dapat sejuta..hmmm kalaulah aku dapat sejuta..hmmm kalaulah aku dapat sejuta...Dah2 mulalah tu nak berangan..Seposen pun belum tentu dapat kalo tak usaha okey...


Dah jawab tuss semua soalan dengan jayanya..Boleh tak jawapan tu?..Boleh3x.. Ngeh3x..Cukup2lah dulu mengetagged Ad kay... huhu.. Loteh den duk fikir jawapan... Soalan statistic kat universiti taklaa sepayah neh...hehehe..