Showing posts with label Fikir-fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir-fikir. Show all posts

Thursday, 12 March 2009

Kaya..kaya..kayaaaa...

Apa kekayaan yang kita cari dalam hidup ini?..Adakah kekayaan harta benda dan wang ringgit atau kekayaan peribadi dan akhlak yang tinggi?..Sudah semestinya ramai yang menjawab wang ringit penting dalam hidup..dengan wang ringgit kita boleh membuat apa sahaja perkara dan mendapatkan apa sahaja benda..Tidak dinafikan dalam dunia sekarang semuanya perlukan wang ringgit..Apa sahaja keperluan hidup kita dengan menggunakan wang ringgit..Tanpa wang kita tidak dapat berbuat apa-apa dan kita tidak dapat memperolehi apa yang kita hendak..Wang adalah sega-galanya dalam hidup...Tanpa wang seolah-olah tidak boleh hidup..Itulah keperluan wang dalam kehidupan kita sehari-hari..

Ad terpanggil untuk membuat entry ini setelah pagi-pagi lagi ada orang memperkatakan tentang seseorang.Harta cukup banyak tapi dia tak nampak kaya mana pun sebab wang dia simpan dalam ASB atau Tabung Haji..untuk apa dia simpan duit sebanyak itu sedangkan hidupnya tidak lah senang mana kalau kita tengok..Kenapa tidak digunakan wang yang banyak itu untuk keperluan diri dan keluarga?..Kenapa harus disimpan sahaja?..Ambillah sedikit untuk keperluan diri dan simpan bakinya untuk pelaburan..Isterinya siang pergi menoreh getah untuk menampung keperluan harian..Dia pulak bawa teksi dengan pendapatan yang kurang sahaja malah kadang-kadang dapat tak sampai sepuluh ringgit sehari akibat tiada penumpang..tetapi dia banyak wang pusaka arwah ayahnya....Wang itu dia simpan dalam pelaburan dan tidak diusik langsung...Apakah faedah kekayaan wang itu kepadanya?...Kita tidak dapat ketahui kerana itu adalah kehendak dia..Kekayaan yang dia miliki..

Satu lagi cerita keluarga ini sangat kaya..Duit banyak sangat..Perbelanjaan pun banyak.. Kelengkapan rumah cukup lengkap..Macam-macam ada..sebut aja apa perabut atau produk2 rumah yang baru semua dia beli..duit dia banyak..Hasil duit persaraan dan pendapatan dari ladang getah dan ladang kelapa sawit cukup banyak..Sebut apa sahaja keperluan sudah pasti dapat dengan senang sahaja kerana wang dia banyak...Dia tiada pun simpanan apa-apa ..Yang ada pun dibelanjakan kerana dia tahu ada lagi hasil getah dan kelapa sawitnya...Kenapa dia membelanjakan semua wangnya tanpa tabungan dan simpanan?..Hanya dia tahu kehendak dia...Kekayaan yang dia miliki..

Keluarga ketiga pula cukup kaya juga dengan ladang getah dan kelapa sawit tambah lagi dengan ladang kelapa..Banyak hasil bulanan yang mereka miliki..Mereka mengambil hasil itu untuk keperluan keluarga dan selebihnya mereka menyimpan untuk keperluan lain nanti...Keperluan rumah juga lengkap ..Semuanya ada..tetapi mereka tidak lupa akan hak kepada fakir miskin..Mereka selalu tunaikan zakat kepada yang memerlukan..Kan harta kita itu ada hak bagi orang lain...Selalu membuat jamuan untuk surau dan masjid...Selalu membuat kenduri kesyukuran untuk berkongsi dengan penduduk kampung..Kenapa keluarga ini begini pula?..Mereka punya kekayaan dan mereka tidak lupa kepada yang memerlukan kerana meraka fikir kekayaan mereka bukan milik mereka seorang...

So ada tiga cerita yang boleh kita fikirkan dan tafsirkan masing-masing mana yang boleh jadi panduan..dan mungkin juga tidak bagi kita kerana keluarga satu,dua dan tiga tadi banyak yang masih boleh diperbaiki tentang kekayaan mereka..Untuk apakah kekayaan yang ada?..Adakah kekayaan itu hanya untuk kita sahaja?Adakah kekayaan harta benda itu sahaja yang kita perlukan ?..Sama-samalah kita fikirkan...



"Kekayaan adalah seperti air laut semakin banyak kita minum semakin dahaga tekak kita rasa"


With ringgit you can buy a house but not home

With ringgit you can buy a clock but not time

With ringgit you can buy a bed but not sleep

With ringgit you can buy book but not knowledge

With ringgit you can buy a doctor but not good health

With ringgit you can buy a position but not respect

With ringgit you can buy blood but not life

With ringgit you can buy sex but not love….



Ni ada senarai orang-orang yang terkaya di dunia yang dikeluarkan oleh majalah forbes hari ini..Ad dapatd ari Berita Haian Online hari ini 12 Mac 2009..


1. Bill Gates (AS$40 bilion - Microsoft - Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion - Berkshire Hathaway - AS)
3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion - Telecoms - Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion) - Oracle - AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion - Ikea - Sweden)
6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion) - Aldi - Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion) - petrokamia - India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion) - besi - India

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion) - Aldi - Trader Joe's - Jerman
10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion) - Zara - Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion) - Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart - AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion) - Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion) - LVMH - Perancis.

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion) - Hong Kong.

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion) - Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion) - Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion - pembuatan, tenaga - AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) - pembuatan, tenaga - AS) - AFP

Monday, 29 December 2008

KEPAYAHAN UNTUK MEMULAKAN...

Masih tentang perubahan diri...Setiap orang dalam suatu sudut hati kecil mesti terdetik ingin berubah kearah kebaikan..Tetapi mereka takut untuk memulakannya.. Perasaan takut dan risau unutuk memulakan langkah pertama dalam perubahan kepada kebaikan adalah suatu bisikan supaya manusia sering lalai dan leka dalam perubahan diri kearah kebaikan..


Bisikan itu akan terus terusan menggoda dan memujuk hati kita supaya jangan berubah..Bisikan itu akan mengelirukan kita dengan pelbagai ketakutan dan kerisauan supaya kita tidak berubah dan masih dalam kealpaan dan kelekaan diri..



Ikuti dialog ini antara Si A dan Si S...

A - " S ko dah solat blom?..Dah nak abis waktu ni.."

S - "Relax laa A "

A -" Ko tak solat ke S ?Berhijrahlah kan hari ini 1 muharram..Berubah jadi lebih baik"

S -" Alaaa aku nak solat pun kena diri aku ni berubah dulu..Diri pun tak sempurna..Nak solat camana"

A -" Astragfirullah S..Kalo kita nak tunggu sampai hidayah bila kita nak solat?"

S -" Habis diri aku ni masih jahil lagi buat benda2 jahat sgala..Solat aku nanti tak diterima"

A -" Laaa ko ni S..Jangan cakap macam tu..Kan solat tu wajib?..Kita wajib melaksanakan tanpa keuzuran sikitpun..Even orang sakitpun mana bleh tinggal solat tu..Ada solat sambil duduk,sambil baring malah ada solat dengan isyarat jer..Kan itu maknanya solat itu tidak boleh tinggal walaupun sekali bagi sesiapa yang sihat."

S -"Tapi aku jahil lagi laa A...Aku buat jahat skali skala...Solat aku pun takde maknanya.."

A -"S S ko ni..Bukan macam tu even kita jahat ke ada buat salah silap ke..Kita solat dulu..Bukan lama pun 5 minit je..Itu tandanya kita ucapkan terima kasih kepada Allah yang beri kita nikmat hidup dengan limpah ruah rezeki kepada kita.."

S -" Aku tahu tu tapi..."

A -" Ko nak Allah tarik balik nikmat hidup dan rezeki ko selama ini?..Ko karier dah bagus semuanya ko ada dalam hidup..Ucapkanlah terima kasih kepadaNYA dengan bersolat dan mengerjakan segala suruhanNYA.."

S -"Tapi tak guna aku buat kalau tak ikhlas ..kan semuanya kena ikhlas.."

A -"Habis ko nak tunggu ikhlas ko datang tu bila?..Sampai umur ko dah 70 80 tahun?.Camtu?"Kalau tak datang jugak ikhlas ko dalam usia sebegitu..camana?..Apa ko buat?"

S -"Hmmm betul jugakkan ko cakap tu..Sampai bila akan timbul ikhlas dalam hati akukan?..Hmm..Ko tolong sambung Game Company Of Heroes aku ni aku nak solat jap.."

A -"Macam tulah seorang muslim yang berjaya..(Sambil tersenyum sebab dapat main game).."





Dialog diatas adalah rekaan semata-mata..Tiada kena mengena antara hidup atau mati..Tapi bleh kot jadi panduan sempena awal muharram ni..HIJRAH kearah kebaikan tidak salah...Allah akan permudahkan segala-galanya nanti..Insyallah...



Sunday, 28 December 2008

SALAM MAAL HIJRAH..


CEPAT SUNGGUH MASA BERLALU..TUP TUP DAH MENGANJAK DIRI KITA KE AKHIR TAHUN HIJRAH..TAHUN 1430H BAKAL MENJELMA DAN KITA BERANJAK KE SATU PERTAMBAHAN LAGI TAHUN HIJRAH..SATU TAHUN YANG MEMBERIKAN BANYAK PELUANG DAN MASA UNTUK KITA MENERUSKAN KESINAMBUNGAN HIDUP YANG MENJADI SUATU PROSES RUTIN AMALAN YANG KITA LAKUKAN SEPANJANG TAHUN.MOGA TAHUN YANG KITA TINGGALKAN MEMBERIKAN SATU MEMORI YANG BANYAK MANIS DARI PAHITNYA...DAN KITA BERHARAP TAHUN AKAN DATANG INI MENJANJIKAN SERIBU LAGI KEMANISAN HIDUP SEPERTI YANG KITA IDAM-IDAMKAN..MOGA TAHUN BARU HIJRAH INI JUGA MENJADIKAN KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM YANG BENAR-BENAR MUSLIM DALAM SEGALA TINGKAH LAKU DAN GERAK BICARA..SEMOGA TAHUN BARU INI KITA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KERAHMATAN DARINYA...


KITA SERINGKALI LALAI DAN LEKA DALAM PROSES PERJALANAN HIDUP INI..MOGA KELALAIAN DAN KELEKAAN ITU MEMBERIKAN PENGAJARAN DAN PANDUAN YANG BERGUNA SUPAYA TAHUN BARU INI KITA LEBIH BERSEDIA DAN SENTIASA BERWASPADA..MOGA ALLAH AKAN MENJAGA KITA DAN SELURUH UMAT MUHAMMAD DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA APA YANG KITA LAKUKAN..INSYALLAH..DENGAN BERAKHIRNYA TAHUN DAN BERMULANYA TAHUN BARU HIJRAH SAMA-SAMALAH KITA MENGAMBIL PELUANG INI MENGHANTAR TAHUN 1429H DENGAN DOA DAN MENYAMBUT TAHUN 1430H DENGAN DOA..MOGA KITA SEMUA AKAN MENJADI HAMBANYA YANG BERJAYA..INSYALLAH..



DOA AKHIR TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.
Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.
Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.
Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah


DOA AWAL TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.
Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.
Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.
Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan.
Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya.
Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu.Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.
Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam

Saturday, 27 December 2008

PELUANG ITU MASIH DIBERIKAN OLEHNYA..

Setiap yang berlaku datang dengan hikmahNYA...Kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai perkara..Ada yang melibatkan nafsu,cinta,sayang,benci dan pelbagai rasa yang lain..Allah menguji kita dengan pelabagai dugaan dan cabaranNYA..Bila diri sudah insaf akan datang jua dugaan nafsu yang terus-terusan menggoda dan mengambil kesempatan atas kelemahan manusia..Bila diri sudah cinta dan sayang datang pula perasaan curiga dan cemburu yang amat kuat sampai terlerainya hubungan,sayang dan cinta bertukar benci..Yang dulu dirinya bersih suci sudah dikotori dengan noda....

Kesinambungan hidup ini terus diberikan peluang olehNYA dengan peluang memperbetulkan diri..DIA memberikan hayat yang panjang untuk hambaNYA meneliti dan melihat dalam diri setakat mana dugaan dan ujian itu dapat ditangkis dan diambil pengajaranNYA..Kita tidak nafikan dalam aliran kehidupan manusia kadang-kadang manusia tewas...tewas dengan gelojak nafsu dan perasaan yang tiada henti selagi hayat ada..Tapi Allah masih sayangkan kita dengan memberikan peluang adanya keampunan untuk diri..Kekesalan dan keinsafan diri diambil kira jika kekesalan itu nekad yang bersungguh-sungguh...

Ambillah peluang itu dengan sebaik-baiknya untuk memperbetulkan diri..Tiada manusia yang tidak membuat silap atas mukabumi ini....Once bila kita masih diberikan peluang itu kita gunakanlah sebaik-baiknya kerana taubat manusia akan didengar oleh Allah.. Tiada keinsafan yang tidak diterima olehNYA.. Perbetulkanlah diri menjadi seorang hamba yang peka terhadap peluang yang diberikan.. Jika tewas lagi kita masih diberikan peluang itu sebelum sakaratul maut menjengah....

Imam Ghazali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sakarat merasakan dirinya ditarik-tarik dari setiap urat nadi, urat saraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.

Imam Ghazali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israel yang sedang melalui sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka dapat mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia !”, kata lelaki tersebut. “Apa yang kamu kehendaki dariku? Lima puluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perit bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”



p/s: Titipan yang diberikan adalah untuk peringatan diri penulis juga..

Thursday, 25 December 2008

KAU YANG TIDAK MAHU BERUBAH....

Manusia boleh berubah..Bila2 masa sahaja boleh berubah..Mereka yang dulunya seorang yang caring dah bertukar jadi tak caring..Seorang yang rendah diri dah bertukar jadi ego yang amat..Yang dulunya soleh dah bertukar jadi tidak..Yang dulunya jahat dah bertukar jadi soleh..Yang dulunya selalu sms kawan2 sekarang tidak lagi..Yang dulunya selalu call kawan2 sekarang tidak lagi..Yang dulunya banyak masa sekarang bizi memanjang..Yang dulunya bizi sekarang banyak lak masa..Yang dulunya lonely sekarang tidak lagi..Yang dulunya ramai kawan sekarang lonely plak..huhu...Macam2 manusia nih kan...Lagak cara pelbagai...Rentak hidup yang macam2..

Tapi pernahkah kita fikir kenapa mereka berubah?..Adakah keadaan yang merubah mereka atau saja2 nak berubah?..Atau adakah paksaan untuk berubah?.Kerana terpaksa..Atau juga berubah dengan rela hati kerana yang keadaan dulunya sudah memboringkan..Nak tukar cara lak dan jadi berubah...Dan ada juga yang berubah kerana orang lain...Diri sendiri tak nak tetapi akibat orang lain dia jadi berubah...


Haruske seseorang itu berubah?....Kalau berubah ke arah kebaikan itu mesti semua orang sokong..rite?..tetapi kalau perubahan itu ke arah kejahatan.?.Apa yang perlu diperkatakan?..Apa yang perlu kita nasihatkan?..Jika semua yang kita perkatakan dan nasihatkan semua tidak mahu didengar?...Malah kita pulak dimarahnya sebab hendak membetulkan diri orang lain..Ada yang berkata " LANTAK AKU LA APA AKU NAK JADIK..KUBUR MASING-MASING"Ada yang berkata "JANGAN SEBOK2 HAL ORANG..IKUT SUKA AKU LAA APA AKU NAK BUAT"....Sebagai seorang yang rasa bertanggungjawab kita sudah memainkan peranan yang betul dalam menasihati dan memberikan tunjuk ajar supaya mereka berubah ke arah kebaikan..Tetapi kita diherdik..Di hambur dengan pelbagai kata yang menyakitkan..Alih2 kita berkata dengan panas hati "LANTAK KO LAH NAK JADI APA..NAK TERJUN LOMBONG KE NAK TERJUN BANGUNAN KE..LANTAK KO"

Then sampai suatu masa.."EH BETUL LAH APA YANG KAU CAKAP DULU"..."EH BETULLAH KAU NASIHAT AKU DULU".."SORI EK YANG DULU AKU MARAH KO"...."MAAFKAN AKU K"..Kadang-kadang manusia ni tidak nampak apa yang mereka lakukan itu betul atau salah..Bila melaluinya dan ditimpa apa2 musibah barulah nak berfikir kembali akibatnya...Barulah mereka berubah..Jadi keadaan yang banyak merubah mereka menjadi sebaliknya..Kita hanya mampu menasihati tapi jarang didengar apa yang kita nasihat last2 bila sudah mereka laluinya barulah mereka berfikir kembali apa yang kita perkatakan itu sebenarnya adalah betul dan benar belaka..

Thursday, 4 December 2008

Kerana Sayang..

Pernahkah sesiapa yang mengambil kesempatan ke atas diri anda?..Akibat kebaikan anda atau anda terlalu menyayanginya anda sanggup lakukan segala-galanya untuknya..

Anda sanggup berhabis duit untuknya..Anda sanggup melakukan apa sahaja untuknya..Apabila bergaduh anda selalu mengalah kerana tidak mahu kehilangannya..Boleh kata semuanya yang anda lakukan adalah untuknya dan dia seolah-olah raja bagi diri anda...Anda kadang-kadang menangis kerananya...Sanggup makan hati kerananya..

Tindakan anda cukup-cukup menyayanginya..Tetapi anda tidak nampak keikhlasan itu dalam dirinya..Dia seolah-olah mempergunakan anda tetapi anda tidak sanggup melepaskannya kerana anda cukup-cukup menyayanginya...Anda seolah-olah sepasang kekasih tetapi hakikatnya tidak begitu..Seorang sahaja yang menunjukkan kasih dan sayang tetapi seorang lagi seolah-olah hanya mengambil kesempatan kerana sayang anda...

Sifat manusia kadang-kadang sukar untuk ditafsirkan kerana ada yang terlalu sayang sampaikan tidak dapat hidup kerana seseorang...Orang itulah segala-galanya bagi dirinya...Hidup mati dia adalah kerana seseorang..Sampai begitu sekali penangan kasih sayang yang wujud pada sesetengah orang..Jika kasih sayang itu ada "feedback yang baik" tidak mengapa..tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerana hanya seorang sahaja yang terlalu menyayangi dan mengasihi..

Segala-galanya kerana sayang..Masa terus berjalan dan tidak pernah menunggu kita..So buatlah keputusan yang terbaik bagi diri..Lepaskanlah diri dari ikatan kerana sayang yang tidak membawa kebaikan apa-apa itu...Berpijaklah dibumi yang nyata...Jika tiada balasan kasih dan sayang itu lagi tidak perlulah kita menunggu lagi..Carilah orang yang mengasihi dan menyayangi kita secara ikhlas ..Kerana sayang tindakan dan perlakuan kita hanya sia-sia..Kita tidak perlu lagi menunggu bulan jatuh ke riba..FIKIRLAH...


FIKIRLAH ...

Benarkah salahku, lepaskan kamu
Kau duga egoku, fahami diriku begini
Tiada yang sama
Yang pasti kita semua bebeza
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Kita pernah satu, aku dan kamu
Dulu itu dulu, masih di dalam ingatanku
Kini berbeza
Namun masih ku harap kau bersedia
Oo mungkinkah, kau temu bahagia

Lepaskan semua mimpimu
Tangis dan juga sayumu
Kau fikirlah

Tiada guna cipta sebuah cerita
Kalau kisah kita sementara
Rasa hati dan langkahmu
Membuat ku keliru

Tiada guna kita menderita,
Sungguh semua tidur pun tak lena,
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliru
Aku keliruuuu....

Friday, 14 November 2008

KENAPA DENGKI SIFATNYA?

Kenapa manusia ada dengkinya?..Tiap dari kita pasti akan berjumpa orang yang mendengki..Disekeliling kita ,kita akan jumpa orang macam nie esp bila kita didalam kelompok yang ramai...such as kat tempat kerja dan juga kawan2 sekeliling...

Apa yang kita buat serba tak kena pada pandangannya..Lets say sebagai contoh kat tempat kerja..Bila kita didalam proses untuk peningkatan kerja akan ada yang mendengki dengan kita..Kita telah melakukan amanah dengan baik dalam tugas yang diberikan oleh majikan tetapi ada lah yang suka mengampu dan mencucuk boss dengan kata itu dan ini tentang kita..Padahal kita telah melakukan yang terbaik dengan tugas dan kuasa yang kita ada...Akibat dari ampuan dan dengkian teman sepejabat kita tidak dapat kenaikan..Atau kenaikan kita ditangguhkan..Atau kita diturunkan pangkat..dan orang lain yang naik pangkat...Tapi bila kita fikir dimana kebijaksanaan majikan dalam hal ini?..Tidakkah majikan menilai seseorang staff mereka dengan penilaian yang adil dan saksama..Adakah dek kerana ampuan dan dengkian staff lain boss boleh termakan ampuan dan dengkian itu?..Pelik tapi benar..AD pasti ada yang face  this realiti dalam kehidupan mereka...

Kenapakah manusia  sanggup dengki kepada manusia lain?..Sedangkan si manusia yang didengki itu tidak pernah mengusik atau membicarakan hal staff lain..Dia dengan secara jujur dan ikhlas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pekerja..Tetapi mungkin dia tidak pandai mengampu dan mendengki...Inilah realiti dunia pejabat yang kita hadapi dan mungkin akan hadapi..Dengan kita tidak menyentuh hal orang lain pun orang lain boleh mendengki dengan kita...Kenapa harus ada sifat itu dalam diri manusia?..Meh kita hayati sikit hadith nabi dan ayat al quran untuk panduan :

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah  yang bersaudara.
 (Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).


Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah  kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah  akan sebahagian kurnia-Nya.
 (An-Nisa:32)


Setiap dari kita telah ditetapkan rezekinya...dan kita hendaklah berpegang teguh dengan keyakinan akidah bahawa rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah..Prinsip inilah harus dipegang oleh setiap dari kita supaya dikalangan kita tiada lagi sifat dengki mendengki..dan kita seharusnya rasa qanaah atau rasa puashati dengan setiap rezeki yang telah Allah berikan kepada kita..Jadi sama-samalah kita menjauhi sifat yang secara jelas lagi nyata Allah akan murka..Kembalilah kita kepada sifat-sifat yang Allah suka..Insyallah...