Saturday, 27 December 2008

PELUANG ITU MASIH DIBERIKAN OLEHNYA..

Setiap yang berlaku datang dengan hikmahNYA...Kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai perkara..Ada yang melibatkan nafsu,cinta,sayang,benci dan pelbagai rasa yang lain..Allah menguji kita dengan pelabagai dugaan dan cabaranNYA..Bila diri sudah insaf akan datang jua dugaan nafsu yang terus-terusan menggoda dan mengambil kesempatan atas kelemahan manusia..Bila diri sudah cinta dan sayang datang pula perasaan curiga dan cemburu yang amat kuat sampai terlerainya hubungan,sayang dan cinta bertukar benci..Yang dulu dirinya bersih suci sudah dikotori dengan noda....

Kesinambungan hidup ini terus diberikan peluang olehNYA dengan peluang memperbetulkan diri..DIA memberikan hayat yang panjang untuk hambaNYA meneliti dan melihat dalam diri setakat mana dugaan dan ujian itu dapat ditangkis dan diambil pengajaranNYA..Kita tidak nafikan dalam aliran kehidupan manusia kadang-kadang manusia tewas...tewas dengan gelojak nafsu dan perasaan yang tiada henti selagi hayat ada..Tapi Allah masih sayangkan kita dengan memberikan peluang adanya keampunan untuk diri..Kekesalan dan keinsafan diri diambil kira jika kekesalan itu nekad yang bersungguh-sungguh...

Ambillah peluang itu dengan sebaik-baiknya untuk memperbetulkan diri..Tiada manusia yang tidak membuat silap atas mukabumi ini....Once bila kita masih diberikan peluang itu kita gunakanlah sebaik-baiknya kerana taubat manusia akan didengar oleh Allah.. Tiada keinsafan yang tidak diterima olehNYA.. Perbetulkanlah diri menjadi seorang hamba yang peka terhadap peluang yang diberikan.. Jika tewas lagi kita masih diberikan peluang itu sebelum sakaratul maut menjengah....

Imam Ghazali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sakarat merasakan dirinya ditarik-tarik dari setiap urat nadi, urat saraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.

Imam Ghazali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israel yang sedang melalui sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka dapat mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia !”, kata lelaki tersebut. “Apa yang kamu kehendaki dariku? Lima puluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perit bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”



p/s: Titipan yang diberikan adalah untuk peringatan diri penulis juga..

6 comments:

  1. Selagi bernafas, selagi itu lah peluang terbuka luas. Kalau boleh ambillah peluang tu secepat mungkin.

    Ada yang ambil sikap sambil lewa, 'Esok Masih Ada', 'Awal lagi utk berubah' dan sebagainya dengan harapan pintu itu masih terbuka buat mereka. Kalau ajal sampai malam nanti bagaimana? Wallahualam.

    Peluang tak dtg bergolek, peluang utk berubah dtg dariNya. Dia beri kita peluang. Alhamdulillah.

    p/s: bukan berkhutbah, tapi ingin betuli diri jua.

    ReplyDelete
  2. baca n3 ni, mengingati diri ini akan kerdilnya diri.. sejauh mana diri tewas pada godaan dunia-- diri ini masih menghitung, walaupun telah lama menghitung dosa2 itu..sobs..

    ReplyDelete
  3. CAHAYA-Peluang itu terbuka luas kan..Betul kata cahaya tu..Kita masih diberikan peluang itu tapi jangan berlengah ..kembali perbetuli diri ke tempat yg sepatutnya..Tapi bak kata cahaya juga ada betulnya hidayah itu dari Allah kan..Allah pilih siapa yg DIA kehendaki..Moga jika kita sedar kita rebut peluang itu secepat mungkin..Insyallah

    ReplyDelete
  4. BULBUL-Manusia memang kerdil sahaja disisiNYA..Walau sejauh mana diri tewas pada godaan dunia jika masih Allah berikan peluang kita amat bernasib baik..Jika kita masih terus-terusan dalam lalai hidup apa akan jadi pada kita kan?...Moga kita sentiasa menghitung dosa2 itu dan memperbetulkan diri..Insyallah peluang itu ada...

    ReplyDelete
  5. Salam Ad, apa khbar skang ?

    Ad, kita sering menghitung peluang dan ruang yang ada untuk kita tp berapa ramai yang menghargai peluang yang datang dlm hidup? kadang ada yg langsung lupa diri.... ego tak bertempat. ntah laa ... semoga Allah masih bermurah untuk bagi kita peluang utk perbaiki jalan kehidupan ini.... untuk kita jadi lebih baik dr sebelumnya....

    Ad, peluang kedua jarang sgt dtg dalam hidup kita dan jika kita berpeluang untuk memiliki peluang kedua itu satu kurniaan ynag mungkin tidak ada pada org lain....

    Ad, sy rindu..... tp sy th rindu itu bukan untuk saya...

    ReplyDelete
  6. SUFI IDANY-Begitulah kehidupan..Kita sering diberikan peluang dan ruang yang baik untuk berubah menjadi lebih baik tetapi kita juga sering leka dan lalai dalam perjalanan..Tapi kita harus bersyukur kerana masih diberikan peluang dan ruang yang sempurna untuk diri..So bagi yang sedari diri maka rebutlah peluang itu..Insyallah..Yang mana kepayahan itu akan dipermudahkan..Insyallah..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)