Thursday, 25 December 2008

KAU YANG TIDAK MAHU BERUBAH....

Manusia boleh berubah..Bila2 masa sahaja boleh berubah..Mereka yang dulunya seorang yang caring dah bertukar jadi tak caring..Seorang yang rendah diri dah bertukar jadi ego yang amat..Yang dulunya soleh dah bertukar jadi tidak..Yang dulunya jahat dah bertukar jadi soleh..Yang dulunya selalu sms kawan2 sekarang tidak lagi..Yang dulunya selalu call kawan2 sekarang tidak lagi..Yang dulunya banyak masa sekarang bizi memanjang..Yang dulunya bizi sekarang banyak lak masa..Yang dulunya lonely sekarang tidak lagi..Yang dulunya ramai kawan sekarang lonely plak..huhu...Macam2 manusia nih kan...Lagak cara pelbagai...Rentak hidup yang macam2..

Tapi pernahkah kita fikir kenapa mereka berubah?..Adakah keadaan yang merubah mereka atau saja2 nak berubah?..Atau adakah paksaan untuk berubah?.Kerana terpaksa..Atau juga berubah dengan rela hati kerana yang keadaan dulunya sudah memboringkan..Nak tukar cara lak dan jadi berubah...Dan ada juga yang berubah kerana orang lain...Diri sendiri tak nak tetapi akibat orang lain dia jadi berubah...


Haruske seseorang itu berubah?....Kalau berubah ke arah kebaikan itu mesti semua orang sokong..rite?..tetapi kalau perubahan itu ke arah kejahatan.?.Apa yang perlu diperkatakan?..Apa yang perlu kita nasihatkan?..Jika semua yang kita perkatakan dan nasihatkan semua tidak mahu didengar?...Malah kita pulak dimarahnya sebab hendak membetulkan diri orang lain..Ada yang berkata " LANTAK AKU LA APA AKU NAK JADIK..KUBUR MASING-MASING"Ada yang berkata "JANGAN SEBOK2 HAL ORANG..IKUT SUKA AKU LAA APA AKU NAK BUAT"....Sebagai seorang yang rasa bertanggungjawab kita sudah memainkan peranan yang betul dalam menasihati dan memberikan tunjuk ajar supaya mereka berubah ke arah kebaikan..Tetapi kita diherdik..Di hambur dengan pelbagai kata yang menyakitkan..Alih2 kita berkata dengan panas hati "LANTAK KO LAH NAK JADI APA..NAK TERJUN LOMBONG KE NAK TERJUN BANGUNAN KE..LANTAK KO"

Then sampai suatu masa.."EH BETUL LAH APA YANG KAU CAKAP DULU"..."EH BETULLAH KAU NASIHAT AKU DULU".."SORI EK YANG DULU AKU MARAH KO"...."MAAFKAN AKU K"..Kadang-kadang manusia ni tidak nampak apa yang mereka lakukan itu betul atau salah..Bila melaluinya dan ditimpa apa2 musibah barulah nak berfikir kembali akibatnya...Barulah mereka berubah..Jadi keadaan yang banyak merubah mereka menjadi sebaliknya..Kita hanya mampu menasihati tapi jarang didengar apa yang kita nasihat last2 bila sudah mereka laluinya barulah mereka berfikir kembali apa yang kita perkatakan itu sebenarnya adalah betul dan benar belaka..

18 comments:

  1. Perubahan tak semestinya sesuatu yang tak baik. Tapi kalau terjadi jugak. Sebagai kawan, nasihat tu satu Q, Q ape? Ye lah, kalau kita nasihat, (cara elok2 la yer, jgn bawak gaduh plak) kalau dia ambil, walaupun sedikit, kita tahu yang dia ni anggap kita kawan dan bukan jeles atau sakit hati ngan dia. Kita pun senang nak berkawan dengan org yg dgr kata.

    Peliknya skang ni, manusia bangga buat kejahatan dari kebaikan. Kalau buat something yg melanggar etika tu, kempas kempis hidung menahan bangga. Pelik kan dunia? Nauzubillah.

    Cahaya selalu ingin berubah, menjadi yang lebih baik. Dan itu HARUS. :) Semoga kita semua berubah ke arah kebaikan. Kalau taknak ubah pun, stay je di tmpt lama. InsyaAllah sampailah nanti. :)

    ReplyDelete
  2. Ad, kita perlu berubah.... perubahan dan anjakan perlu dalam diri setiap yang bergelar manusia.... semestinya yang di tuntut dari negatif kepada yang lebih positif. Anjakan seharusnya berlaku dari dalam hati individu. Minda dan jiwa yang tenang akan memacu kita pada landasan perubahan yang betul... mungkin kadang2 kekalutan jiwa akan mengarahkan kita pada simpang yang berliku..... apapun pohon petunjuk Allah.... DIA lah yang mentadbir hati2 manusia....

    Keegoaan umpama racun yang akan mematikan jiwa.... :)

    Ad, saya mengira detik tuk ke sana.... semoga ada garapan sinar dan harapan baru utk saya jadi saya yang baru.... yang lebih baik, lebih posotif, terpandu pada jalan ALLAH.

    Ad, saya pohon semoga semuanya baik tuk saya, utk anda, untuk sesiapa sahaja yang keresahan....semoga ALLAH lapangkan dan permudahkan segala urusan... amin.

    ReplyDelete
  3. saya pilih berubah untuk memantapkan diri~ tp kalau banyak yang kite berubah disebabkan pandangan sekeliling~~ susah gak. haha..

    ReplyDelete
  4. masa berubah, dan manusia juga berubah. tapi pilihan tu ditangan individu samada berubah kearah kebaikan atau kemungkaran. tepuk dada tanya hati. jangan sampai perubahan tu menyusahkan diri sendiri. malah sehingga menyusahkan orang sekeliling.

    saya juga berubang bang ad. tapi saya terus berharap agar perubahan yang berlaku pada diri saya tidak mengganggu gugat kehidupan orang lain insyaallah!

    sebab perubahan itu perlu!

    ReplyDelete
  5. CAHAYA-Yup suatu yg melanggar etika yg cahaya maksudkan..Ad pun pelik bila benda itu jelas2 salah kenapa harus diikut?..Malah berbangga lagi mempamerkan kejahatan itu..nauzubillah..Tapi suatu saat malah mungkin jauh disudut hati mereka ,mereka sudah fikirkan apa yg dilakukan itu salah...Moga semuanya berubah ke arah kebaikan..Insyallah..

    ReplyDelete
  6. SUFi- Kata2 Sufi"Anjakan seharusnya berlaku dari dalam hati individu. Minda dan jiwa yang tenang akan memacu kita pada landasan perubahan yang betul... mungkin kadang2 kekalutan jiwa akan mengarahkan kita pada simpang yang berliku..... apapun pohon petunjuk Allah.... DIA lah yang mentadbir hati2 manusia.." ada benarnya..Tetapi perubahan itu kdg2 tidak akan berlaku jika tiada suatu suara yg menyeruu ke perubahan..Kena dibukakan jalan dulu ataupun ditimpa sesuatu dulu baru hendak berubah..Kalau datang dri hati mungkin kurang sedarnya...Lebih2 lagi duduk didalam linkungan kehidupan yang lebih banyak buruk dari baik...Moga semua kita berubah ke arah kebaikan..Insyallah..

    Moga Sufi tabah dan sabar dalam penentuan hidup seterusnya..Hidup yang insyallah semuanya mendoakan yg terbaik untuk Sufi..Moga semuanya Allah permudahkan..Yang penting diri kita ikhlas..Nawaitu kita...

    ReplyDelete
  7. ALHAQIMI-Perubahan adalah perlu untuk sesuatu yg lebih baik..Kadang2 perlu kepada herdikan dan paksaan dalam berubah..Barulah timbul dan bercambah dalam hati niat itu..Tapi masing2 punya dirilah hendak tafsirkan perubahan itu atas kehendak diri sendiri atau org lain yang mengasak supaya berubah..Tapi apa2 pun perubahan ke arah kebaikan tiada salahnya walau apapun cara dtgnya detik dihati untuk berubah itu...

    ReplyDelete
  8. ADDY-Jika kita mahu tahu orang tidak susah dengan perubahan kita ,kita perlu letakkan diri kita ditempat orang tersebut barulah kita tahu kita menyusahkan org tersebut atau tidak...Sebab kadang2 manusia ni tidak pernah hendak fikirkan perasaan atau rasa org lain dengan apa yg kita lakukan..Moga sama- kita berubah ke arah kebaikan yang mana orang akan rasa senang dengan perubahan kita tersebut..Insyallah...

    ReplyDelete
  9. perubahan untuk kebaikkan apa salhnya..
    tp ramai yg sedar bila ia dah terlambat..

    it's too bad

    ReplyDelete
  10. SUNSHINE-Its too bad kan bila dah sedar dengan tiada lagi kesempatan utk membetulkan semuanya..Apa yg ada kekesalan diri..Tapi takdirNYA adalah segalanya..Moga kita dipercepatkan kalau dalam situasi yang sama..Dan moga ada yg ikhlas menunjukkan jalan..Insyallah..

    ReplyDelete
  11. manusai yg mmg bole berubah..sama ada keadaaan yg memaksa sesuatu perubahan itu atau pun kesedaran muncul dan perubahan berlakuuuu...

    ReplyDelete
  12. WAHIDAH-Yup keadaan atau kesedaran yg menyebabkan detik perubahan itu...Moga kita akan dihaga olehNYA dalam rahmat dan redhaNYA...dan perubahan kita itu redha tuhan..Insyallah..

    ReplyDelete
  13. Perubahan itu perlu, dan harus jika ke arah kebaikan. Tapi sejauh mana ukuran kebaikan itu perlu dinilai dengan teliti kerana mungkin kebaikan itu baik bagi kita dan tidak bagi orang lain, atau baik pada mereka sekeliling tapi kesannya kita tidak seikhlas mana dalam mengubah diri, kerana persepsi dan penerimaan orang di sekeliling kita juga perlu di ambil kira, sebab kadang2, kita berubah atas sesuatu perkara.

    Tapi...to those yg memang dah tahu perubahan itu bukan ke arah kebaikan tapi sebab ingin diterima oleh orang lain, maka nya...perubahan itu tak akan membawa kebahagiaan pun at the end of the day. They are wasting time in 'changing' themselves, agree?

    Oh..Nice blog, btw.

    ReplyDelete
  14. ZACZARA-Yup perubahan itu perlu jika kearah kebaikan..Tafsir kebaikan itu sendiri mungkin berbeza bagi sesuatu perkara yang tertentu..Tetapi biasanya kebaikan dapat diterima semua orang..
    Hmm betul tu pandangan Zack kita seharusnya berubah dengan hati yg ikhlas jika tidak perubahan itu tiada maknanya kerana mungkin kita akan kembali kepada sifat yg lama sebelum berubah..Bila kita sudah berubah tidak perlulah lagi kembali kepada yg lama..Tinggalkan ia bersama kenangan2 yg mungkin boleh jadi panduan atau sempadan..
    Thanks coz sudi baca dan komen..Salam bloggers..

    ReplyDelete
  15. salam pagi jumaat abg ad...
    kekadang perubahan si dia...pernah membuatkan hati yanie terluka dan terguris....
    dan membuatkan yanie tertanya2....kenaper dia mesti berubah utk hubungan nih....adakah yanie yg ada buat salah dan mengguris hati dia..?

    tp kalau perubahan seseorang itu membawa kebaikan...bagus la....

    perubahan nih....~ada kebaikan...keburukan...

    ReplyDelete
  16. YANIE-Sedih lak baca komen Yanie..Awat jadi lagu tuu nooo?..Ish3..Jangan risau kumbang bukan sekor tapi hati2 dengan buaya taww..Buaya dh laa mengerutu ngappp org lak tu..hehehe..Sabo k..Kdg2 sesuatu itu terjadi dtg dengan hikmahnya..Insyallah...Baik buruk sesuatu itu dengan takdirnya tetapi manusia harus sabar dan berusaha untuk menjadi terbaik atas terbaik..rite?..As long as kita rasa diri kita berubah kearah kebaikan tiada siapa boleh menafikan perubahan kita itu..So kita juga perlu jaga diri supaya keburukan tidak boleh bertandang..Insyallah...Doa,usaha dan tawakkal..:-)

    ReplyDelete
  17. hmmm..tuler Ad..ni pon dah nk berubah usia...naik lg 1 takuk anak tangga hehehehe :D

    niway, berubah utk kebaikan adalah dituntot..

    Allah says: “By time! Surely the human being is at loss. Except for those who have faith and do righteous deeds and exhort one another to truth and exhort one another to patience.” [Sûrah al-`Asr]

    wassalam..

    ReplyDelete
  18. GREENJADE-Yup dah naik satu tahun..Rasa semakin hampir jer..Hampir kemana??..hehe..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)