Resah dan risau difikirkan..tetapi tidak tahu apa yang difikirkan ..Adakah masih berbicara tentang hati yang masih tidak berkesudahan akhirnya?..Atau berbicara tentang rasa yang tidak dapat dikecap rasanya?..Atau berbicara tentang manusia yang sering lupa tentang dirinya?..Atau juga bicara tentang pekerjaan yang tidak habis kerjanya?..Atau juga bicara tentang cinta yang mungkin indah dan sepi .. Atau bicara tentang kawan-kawan yang sering berubah lakunya..Atau bicara tentang keluarga yang ada sahaja peristiwanya ..
Dalam kesinambungan hidup semuanya harus dihadapi dengan sabar dan tabah..Tetapi kadang-kadang hati terusik dengan rasa yang cukup mengguris tetapi ada juga hati terusik dengan gelak tawa yang berpanjangan...Suatu lumrah hidup yang semua orang lalui dengan penuh rela tetapi ada juga yang tanpa rela...
Ada antara kita yang amat suka dengan apa yang mereka alami dan hadapi..tetapi ada juga yang sudah lemas dan lemah dalam mengharungi suatu kehidupan yang amat perit rasanya...Mereka mahu kekal dalam kegembiraan itu selama-lamanya tetapi suatu keadaan lain ada yang mahu akhiri segala kekecewaan dan kesedihan yang berlaku..Adakah itu semua takdir yang ditentukan untuk kita?..Adakah usaha dari kita sebagai manusia untuk mengakhiri kekecewaan dan kesedihan itu?..Mungkin ada yang berusaha untuk lari meninggalkan kesedihan itu tetapi ada juga yang tidak mampu untuk lari dengan gelodak perasaan yang pahit untuk ditelan tetapi perlu ditelan..Nasib manusia beza corak dan aturnya...
Takdir itu hanya Allah yang tahu..Tetapi kita sebagai manusia diberikan aqal fikiran ..Anugerah aqal yang Allah berikan kepada manusia untuk membezakan manusia dari makhluk2 lain...Kita punyai aqal untuk memilih dan memikirkan apa yang harus kita lakukan...Anugerah Allah ini wajib kita gunakan untuk mendapat kebaikan untuk diri..Kita diberikan pelbagai pilihan dalam hidup..Mana satu pilihan kita haruslah dipilih dengan menggunakan aqal yang waras...Pilihan ditangan kita..Kita diuji dengan pelbagai pilihan dalam hidup..Kadang-kadang pilihan itu melibatkan nafsu,hati dan rasa..
Kita pernah dengar peribahasa berbunyi....
"IKUT HATI MATI , IKUT RASA BINASA DAN IKUT NAFSU LESU"
So pilihan ditangan kita ,kita wajib memilih suatu yang baik untuk diri..Kesinambungan hidup kita adalah dengan apa yang kita pilih...Pilihlah berdasarkan aqal fikiran suatu anugerah Allah yang tidak ternilai untuk setiap seorang dari kita..Setiap orang dianugerahkan dengan aqal fikiran yang seharusnya digunakan dengan sebaiknya..Jangan kerana nafsu atau hati atau rasa kita memilih sesuatu..Pilihan itu hendaklah berdasarkan aqal fikiran yang waras ...Insyallah dengan aqal yang waras pilihan kita akan diberkati dan diredhai...
slalunya pilihan pertama akulah yg betul...tp pilihan aku bukan smua org sokong...
ReplyDeleteBOZZO-Tidak semua yg kita suka org lain akan suka..Lumrah hidup begitu..rite?..
ReplyDeletesalam Ad..
ReplyDeleteyup..sokong..
jangan tunduk pada nafsu..
walau jiwa kita sangat lemah melawan..(walau kadang tewas juga)
apapun..moga akal kita dapat membezakan yg hak dan yg batil..
in'Allah
Allah kurniakan aqal untuk berfikir baik dan buruk. Dia beri kita ilham, kita laksanakan dengan berlandaskan apa suruhanNya.
ReplyDeletep/s: tak tahu, mintalah petunjuk melalui Isthikarah, insyaAllah. :)
Ad.... pilihan di tangan kita. kita di beri Aqal tuk menilai dan mmpertimbangkan buruk baik sst perkara. tp kadang2 nafsu boleh kalahkan akal yang pendek. bila hati kelam dan segelap pekat malam.....bila jauh dari Allah.... nafsu mengepalainya....apapun semoga itu jauh dari kita....
ReplyDeleteSUNSHINE-Insyallah..Moga kita dilindungi..
ReplyDeleteCAHAYA-Insyallah kita mendapat ilhamnya..Istikharah menjelaskan petunjuknya nanti...
ReplyDeleteSUFI IDANY-Yup kita diberikan aqal untuk menilai sesuatu..Moga hati kita dijauhkan dari kegelapan dan kekotoran yang membuatkan kita terhijab..
ReplyDeletesusah kan nak jawab soalan2 yg berlaku dlm kehidupan kita....
ReplyDeletehmm....mcm yanie...orang nampak jer ceria mcm nih...tp permasalahan yg hari2 kita dok fikir...
wallahualam la bila nak selesai
=[
YANIE-Memang sukar untuk dijawab..Adakah kita yang menyukarkan atau memang ianya sukar?..Yang ni pun takleh kita jawab..hehe..
ReplyDeleteYang penting kita berserah dan redha sahaja..Moga yang buruk berlalu pergi...dan yang baik datang menghampiri..insyallah...