Sunday, 21 December 2008

FIKIRKU UNTUK FIKIRMU...

Pernah kah kita fikirkan apa yang orang lain rasa dengan perkataan yang kita perkatakan atau kelakuan yang kita lakukan?..Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah hendak fikir apa yang orang lain rasa ..Kadang-kadang kita dengan sewenang-wenangnya memperkatakan sesuatu yang membuatkan orang lain terguris dengan kata-kata kita..Malah kadang-kadang kita berkelakuan yang menyakiti hati orang lain tanpa sedar...Kita rasa diri kita sahaja yang betul ..Orang lain semuanya salah..Ego kita tidak bertempat..

Kita tidak pernah nampak kesedihan dan keperitan yang orang lain terasa dengan tindakan yang kita lakukan..Yang kita nampak hanyalah diri kita yang kita fikir sempurna dari segala segi tanpa ada cacat cela..Manusia sering lupa yang diri mereka tiada yang seratus peratus sempurna..Allah jua yang sempurna sifatnya..

Tetapi kenapa manusia tidak mahu rendahkan ego diri?..Sifat pentingkan diri amat jelas kelihatan pada sesetengah orang..Kita tidak nampak sifat dalam diri kita ..Orang lain yang nampak..Yang kita nampak dan fikir kita sahajalah yang bagus dan baik..Padahal pada pandangan orang lain kita sebaliknya...Kita boleh check diri kita dengan orang-orang yang ada disekeliling kita..Jika ramai yang menjauhh dari kita itu maknanya ada sesuatu perlu kita teliti tentang sifat diri kita..Kita perlu baiki supaya kita menjadi lebih baik...Kita belajar sesuatu dalam hidup ini..Perjalanan hidup suatu proses pembelajaran yang tidak putus..Mana yang kita rasa perlu diubah hendaklah kita ubah supaya kualiti sifat diri kita dapat ditingkatkan menjadi lebih baik..Mana ada manusia yang tidak suka kepada kebaikan..Semuanya inginkan kebaikan dalam diri mereka..Mereka menolak kejahatan yang ada ..Sifat jahat tidak akan diterima oleh sifat manusia yang waras akalnya...Dalam norma aturan tabii hidup, manusia menolak dengan total sifat yang berlawanan dengan cara hidup yang baik..Apabila kita telah lihat dan kaji sifat diri kita dan kita nampak keburukan yang ada wajiblah kita ubah supaya menjadi lebih baik ..Tidak perlulah kita menunggu hari esok atau lusa untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik..Aturan hukum agama jelas dalam peraturannya yang wajib kita ikut dan ambil panduan..Bila kita abaikan apa yang dijelaskan dalam hukum mungkin akibatnya kita akan tanggung suatu hari kelak..Fikir-fikirlah..

12 comments:

  1. perkataan dan perbuatan manusia mencerminkan apa yang ada dalam hati. buruk yang keluar, buruk la hati.

    Ada orang cakap, dia cakap memang kasar, tapi hati baik. Macam mana nak tahu hati dia baik ke tak? Perbuatan dia la plak kan. Semua dariNya datang dengan pakej. Kalau kita tak boleh menilai dari perkataan yang keluar dr mulut dia. Perbuatan menceritakan segala2nya. :)

    Berfikir sblm mengeluarkan kata dari lidah juga menggambarkan akal seseorang tu. Kita boleh bezakan samada 'boleh pakai' atau tidak ape yang orang tu bebelkan. Kadang² cakap tak serupa bikin pun tak guna. :)

    ReplyDelete
  2. salam..

    hm..betul tu Ad..
    npe ek..ade gak org yg ego..
    langsung xpk tentang org len
    adeyh..

    ReplyDelete
  3. biarla org sakitkan hati kita janji kita tak sakitkan hati sesape pon...

    ReplyDelete
  4. payah nak komen... sebab saya pun kadang2 meletakkan ego kat tempat paling tinggi jugak...

    saya selalu jugak pesan pada kawan2 rapat. mana2 perbuatan saya yg rasa mcm tak berapa betul tu - tegurlah. sebab kita hanya akan nampak perkara yg baik sahaj pada diri kita... kita tak tahu apa penilaian orang lain. tapi... belum pernah lagi ada kawan2 menjauhkan diri dari saya... errrr... saya seorg yg baik kot.. heheheh.. apa2 pun berfikirlah sebelum mengeluarkan kata2 bimbang akan menguris rasa hati org lain...

    ReplyDelete
  5. CAHAYA-Thats why Ad kata perkataan dan kelakuan..Ianya bersekali...Dua2 menafsirkan ttg diri kita bagaimana...Cara bercakap dan cara laku kita...Secara kita tidak sedari cerminan diri kita akan dipersembahkan dengan kelakuan kita..Even Cahaya kata cakap kasar tapi hati baik pun ada..yup kita ssh hendak menilai orng lain kdg2 ..penilaian kita atas apa yg kita nampak zahirnya...Moga kita disenangi semua dan tiada yang menjauhhh..

    ReplyDelete
  6. SUNSHINE-Begitulah hidup tiap org ada egonya sendiri..Kepentingan diri sendiri melebihi segalanya..Org lain tiada ruangpn untuk difikirkan..

    ReplyDelete
  7. BOZZO-Yup betul tu Bozzo biarlah apa org nak buat sekalipun tetapi jgn kita mengikut rentak mereka..Kita masih punyai pertimbangan yg waras lagi dalam tindakan..Insyallah

    ReplyDelete
  8. CHIME-Baguslah kalo disekeliling kita ada kawan yg prihatin ttg diri kita..dapat tegur kita dimana silapnya sbb kawan2 ni tak ramai pk ttg diri kita..Diorg nampak tapi diorg senyap jek..Kita lak tak nampak diri kita sendiri..
    Moga kita dapat menjaga diri dan disekeliling kita ada kawan2 yg ikhlas..hmmm

    ReplyDelete
  9. Ad.... manusia ni kadang2 tak seiring apa yang id buat dgn apa yang di tuturkan.... ntah laa semuanya dari hati masing2....

    EGO? kadang perlu utk nilai dan harga diri kita.... apapun be flexible... jgn smpai ego tu memakan tuan.... pada ida tk salah letak kejap ego kat bawah then amik balik..... ikut keadaan n situasi....

    ReplyDelete
  10. abg ad...
    kalau yanie ada wat abg ad terasa hati...
    yanie minta maaf k..

    hehhehe....

    tak salah kan kalau setiap hari kita minta maaf....tak rugi aper2 pun kan abg ad..

    (^_^)

    ReplyDelete
  11. kadang-kadang ad, jalan yang terbaik ialah dengan mendiamkan diri. diam diri tak beerti kalah atau bodoh tapi sebaliknya membuatkan kita dapat berfikir secara matang dan waras serta memastikan setiap kata-kata yang dikeluarkan tidak mengguris mana-mana pihak sama ada secara sedar mahupun tidak. since ad layan lagu-lagu jiwang pada waktu ni, ingat lagi bait-bait lagu ronan keating "... you say it best, when you say nothing at all". hmm dalam maksudnya.

    kebanyakan manusia terutamanya melayu (maaf cakap kepada bangsa sendiri) selalunya merasa diri sendiri bagus dan terbaik. apa yang orang lain buat adalah salah dan tidak perfect. ada saja cacat celanya nak ditegur dan nak ditertawakan. malah lebih teruk dijadikan bahan gosip. sayang... sembahyang 5 waktu tak pernah tinggal. ceramah agama tak pernah miss sampai tulis penuh diary. tapi perangai tak pernah berubah. teruk dari bangsa asing. teruk dari orang yang jahil. pelik tapi itulah kebenarannya. truth is hurt. betul orang tua-tua cakap. di ofis faisal sampai ada yang taknak bertegur sapa sebab dengki. bukan apa pun hanya kerana pengarah puji sebab zero mistake. tu pun boleh jadi hal. siap heboh 1 ofis cakap faisal di back up oleh unit akaun dan sebagainya. faisal hanya mampu tersenyum. bagi faisal life is simple. sekarang ni tuhan bayar cash je :)

    ReplyDelete
  12. FAISAL-Memang sudah jelas apa yg faisal perkatakan manusia kdg2 pandai cakap jer perlaksanaan tak pon..even yg tau hukum ..Mereka tak praktik apa yg hukum cakap..Sayangkan blaja agama tapi hukum tidak praktik esp bab gosip org yg tak bersalah..Biasalah kalo opis pot pet pot pet tak pasal2 kita yg kena..Hanya kerana dengki aje..Sabar je lah..Yg perlu doa kita untuk kebaikan diri kita aje..Insyallah..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)