Monday, 6 April 2009

BIASA

Biasa
Kebiasaan yang biasa

Biasa

Keadaan yang biasa

Biasa

Kerisauan yang biasa

Biasa

Kerinduan yang biasa

Apa ada pada biasa?

Tiadaku tahu apa yang biasa itu..

Dirasa..

Dirindu..

Dirisau..

Yang ku tahu hanyalah kebiasaan

Yang dulunya tidak biasa

Menjadi suatu keadaan yang biasa

Yang dulunya malu-malu

Menjadi tiada rasa malu lagi

Yang dulunya menimbulkan kerisauan

Menjadi tiada kerisauan lagi

Yang dulunya menerbitkan rasa rindu

Menjadi tiada rindu lagi

Yang dulunya menanamkan sifat sayang

Menjadi tiada sayang lagi

Kadang-kadang ,

Keadaan mengubah kepada biasa

Keserasian mengubah kepada biasa

Pengalaman mengubah kepada biasa

Akhirnya,

Alah bisa tegal biasa..

8 comments:

  1. Ha ah.. bila dah biasa...apa yang istimewanya kan? "Biasa-biasa je" kata orang. Bila dah "biasa-biasa je", dah memang tiada apa lagi yang luar biasa..bak kata Ad..alah bisa tegal biasa. Sad sometime. If we relate it to the relationship that was once blossoming the universe. But itu adalah putaran alam. Cuma hati masih lagi terasa tidak mahu menerima hakikat itu. Kerana hati masih meletakkan harapan..walau tak pasti. Pelik kan? Tapi ia adalah biasa. Lumrah.

    ReplyDelete
  2. ya..mula-mula rasa segan...

    lama-lama akan terbiasa...

    tetapi, terbiasa yang bagaimana itu agaknya?

    ReplyDelete
  3. ZARA-Hmmm...keikhlasan penting dan sangat perlu dalam perhubungan...Bukannya kita rasa sebab dah terbiasa akan buat kita rasa hubungan itu biasa..Bila datang dugaan kita akan lepaskan hubungan itu dengan macamtu sahaja kerana ianya cuma biasa-biasa sahaja..Tetapi bila disertai dengan keihlasan hubungan itu tidak menjadi biasa kerana ianya istimewa..

    ReplyDelete
  4. AL-HUSSAINI-Suatu yang biasa kita lakukan walau kita tahu ianya biasa sahaja..tiada istimewanya sesuatu itu kerana kita anggap biasa sahaja..
    Dan kita boleh juga tafsirkan bila kita dah biasa melakukan sesuatu yang salah..Kita jadi biasa..tiada rasa takut dihati..Sedangkan yang dibuat itu salah..

    ReplyDelete
  5. kebiasaan juga perlu,tetapi jangan terlalu rasa senang dengan kebiasaan tersebut..life is too shprt to be ordinary(bak kata faisal admar),remember?

    ReplyDelete
  6. @XIM-Hmm jgn terlalu senang dengan kebiasaan tersebut?...Ya mungkin..jgn terlalu...
    Yup ingat ..life is too short to be ordinary...hmmhmmm

    ReplyDelete
  7. Kebiasaan itu keserasian dan itu perlukan masa.... biasa dan kebiasaan.... dua tone kata yang berbeza tp pada dasar yang sama...eheheh apa ida repek ni.... maaf ad... aku insan BIASA... :D

    ReplyDelete
  8. SUFI IDANY-Masa itu adakah ada untuk kita yg bernama manusia biasa..biasanya ia tidak pernah ada masa untuk mendapat keserasian itu jika ianya hanya kebiasaan..hehe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)