Saturday, 18 April 2009

Lelaki Merajuk


Suatu waktu dulu Ad ada buat entri mengenai lelaki menangis.. sekarang entri lelaki merajuk pulak.. hehe..
Adake lelaki merajuk disekeliling anda sekarang?.. Pasti ramai yang cakap ramaiii.. haha.. Memang betul ramai sebab bukan sahaja perempuan yang menghadapi lelaki merajuk ni lelaki pun ada yang merajuk dengan lelaki cuma dalam konteks yang berbeza laa.... Biasalah kan rajukan tidak kira jantina ... Apabila bernama manusia dari kecil sampai ke tua ada yang merajuk..

Ada yang merajuk sekejap dan ada yang merajuk lama..Yang sekejap tu tiada masalahlahkan tapi yang merajuk lama tu yang payah..Susah ke nak pujuk lelaki merajuk?..Mesti ada yang tensen sebab teman lelaki atau "balak" dia merajukkan?..Kalau bagi lelaki kalau awek dia merajuk takpelaa ..semua itu dah biasa sangat..hehe..pujuk2 sikit bagi bungaa atau bagi cokelat fererro roche ke dah senyum sipu-sipu mau..ahaks..
Ayat-ayat rajukan yang biasa didengar oleh anda..
"Takpelahh ..sapa lah kite ni kannn.."
"Takpelah kalau bizi sangat.."
"Oklah kalau sayang tak dapat ikut..."
"Dengan si polan kau ajak aku ni kawan baik ko tak ajak pun.."
"Kenapa tak sms ?..takkan keje sampai takleh nak sms langsung..?"
"Call bukannya lama kejap je pun.."
kata-kata itu disusuli dengan tindakan...Lama tak sms..Lama tak call segala..Membuatkan siapa yang menghadapi rasa resah gelisah.Siapa yang kena akan call or sms tapi tak angkat dan tak jawab sms...Merajuk laa tu...Lepas dipujuk-pujuk dengan kata-kata manis barulah ok balik..Itu yang merajuk sekejap..Yang merajuk lama camana plak?..Yang merajuk lama ni laagi la tensen..Ada yang sampai putuskan persahabatan atau percintaan akibat merajuk...Ada teman lelaki yang semakin dingin dengan pasangannya apabila merajuk..Semakin tidak mesra alam jadinya...Awek lak yang memujuk balak..haha..(ada ke?..hehe..)..Kalau awek dia buat camana ek kalau pujuk balak?..Takkan bagi bunga or cokelat fererro Roche gak?
Budak-budak lelaki pun ada yang merajuk tapi budak-budakkan biasalah suatu yang biasa terjadi..Ada yang siap kuar umah sebab merajuk..Mak ayah duk mencari sekeliling taman sebab anaknya merajuk lari dari umah..Jumpa-jumpa duk kat taman permainan..Ada yang merajuk duk diam jer sambil nangis-nangis sebab ayahnya tak belikan game...Susah jugak mak ayah nak layan kerenah anak merajukkan?..Kalau anak ramai yang merajuk lagi payah..
Bagi orang tua lelaki pun sama bila merajuk..Ada yang tersentuh dan terasa dengan karenah anak-anak pun akan merajuk..Kalau anak-anak ramai akan pergi ke rumah anak yang lain..Bila merajuk lagi akan pergi pulak kerumah anak yang satu lagi..Kalau orang tua suka duduk rumah anak dia itu tandanya anak yang menjaga itu pandai jaga hati orang tua..Orang tua pun jenis cepat terasa gak dan ada cara mereka yang berbeza dengan hidup anak-anak..Mereka kadang-kadang hendak itu ini dan suka kita buat itu ini..Susah jugak kadang-kadang nak hadapinya tetapi sebagai anak kita wajib menuruti apa yang ibubapa mahukan jika ianya tidak melanggar perintah Allah..tetapi ruang perbincangan masih ada..Bagi yang tidak tinggal bersama orang tua sudah pasti apa yang mereka rasa tidak sama dengan yang tinggal bersama orang tua..So hargailah adik-beradik anda yang menjaga orang tua di kampung ok...Mereka rasa tidak seperti apa yang kita rasa..Mereka berkorban a lot untuk menjaga orang tua di kampung sedangkan kita hanya bagi duit jer bulan-bulan..itupun kalau kita bagila...Tapi rasanya lebih banyak duit habis untuk melancong dari bagi kat orang tuakan..Biasalah manusia kan..Hargailah orang tua anda..Eh Ad dah lari tajuk ke ni?..haha..Apa-apa jer lah.. :-)



..Hai merajuk ke?..
P/S : Entri ini tiada kena mengena ngan AD kay..

12 comments:

  1. hye bro..
    merajuk ngan sapa pulak tuh???

    ReplyDelete
  2. janganlah merajuk...
    susah nak pujuk...

    bab-bab memujuk ni, aduh..aku paling tak suka..tak pandai..hehe

    ReplyDelete
  3. SIEBENMERAH-Lorr sapa lak merajuk nie..adehlaa..

    ReplyDelete
  4. ALHUSSAINI-Adoiii bukan Ad laa merajuk..huhu..
    Kena pandailaa pujuk aweks tuu..heeee

    ReplyDelete
  5. Erm igt Ad majuk td.... nak je ida offer diri jd tukang pujuk...hihihhi....

    Manusia ada hati.... ada perasaan...kdg benda remeh pun hati mudah nak tersentuh....tu laa terjadinya rajuk....

    ReplyDelete
  6. kadang2 tu.. besh jugak bila merajuk ni... time merajuklah selalu dpt makanan best2 ada orang bagi - kes nak memujuk lah tu... hehehe

    ReplyDelete
  7. lelaki merajuk tak salah pun :P kalau kena pada tempatnye la!

    ReplyDelete
  8. SUFI IDANY-Hehehe..nak jadi tukang pujuk yea..jap nak majuk nanti lehlaa pujuk..hehe..
    Jadi maknanya orang sensitiflaa kan?..hmmm

    ReplyDelete
  9. CHIME-Oooo merajuk ada kepentingan yea..hehe..takpelaa org sebelah sana suka pujuk..ahaks..

    ReplyDelete
  10. FAISAL-Hehehe..kena pada tempat kira boleh merajuk laa ek?..hmmmhmmmm

    ReplyDelete
  11. agreed with your post..

    both side should concern each other...

    baik laki atau perempuan..

    but kalo laki merajuk, susahnyer nak pujuk.. hehehe.. =)

    ReplyDelete
  12. HONEYA DIAZ-Ssh ek nak pujuk..kalo bangu bunga laki tak nak..so bagilaa apa yg laki nak..hehe..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)