Saturday 27 June 2009

INGINKU ,FIKIRKU dan HAJATKU


Inginku

Terbatas

Terhad

Terhalang


Fikirku

Tidak kesampaian

Tidak tercapai

Tidak terjangkau


Hajatku

Masih terhenti

Masih terbeku

Masih terkelu


Aku masih buntu

Aku masih keliru

Aku masih resah

Aku masih gelisah


Bilakah inginku akan tercapai

Bilakah hajatku akan termakbul

Bilakah fikirku akan terlaksana


Usahaku masih gigih

Tekadku masih padu

Jalanku masih lurus

Niatku masih ikhlas


Aku mohon padamu YA ALLAH

Pandukan jalan hidupku

Arahkan lorong benarku

Tunjukkan aku cahayamu

Agar aku temui dan genggami

Inginku,Fikirku dan Hajatku..


18 comments:

  1. InsyaALLAH. Jangan putus asa. Usaha, doa, tawakal dan redha. Itu basic dalam apa sahaja rancangan yg kamu usahakan. Kamu miss 1. Kamu akan miss semuanya.

    ReplyDelete
  2. good luck... dalam apa2 jua yang ko buatt..

    ReplyDelete
  3. kembali ke pangkal jalan.....
    kita masih beruntung diberi tuhan hati yg masih tak hitam, tak kelabu....
    masih inginkan kebaikan, masih inginkan kebenaran...

    itu lah kita =0

    ReplyDelete
  4. CAHAYA-Insyallah..terima kasih Cahaya..sama-sama kita berusaha,berdoa dan bertawakkal..

    ReplyDelete
  5. LEDIAGLI-Lama tak nampak Ida..terima kasih segalanya..

    ReplyDelete
  6. BIRU-Alhamdulillah...Kita seharusnya bersyukur..andai kita tersungkur..kita bangkit kembali dan bertaubat..Insyallah..manusia tidak pernah sempurna dalam jalan hidupnya..hmm

    ReplyDelete
  7. Itulah kasihNYA kepada kita...

    Disuruh berusaha untuk diri sendiri...
    Disuruh bertakwa untukNYA...
    agar tercapai keseimbangan dalam hidup lestari kita...

    ReplyDelete
  8. ZAMSPOTTE-Moga kita masih mendapat kasihNYA..Moga ianya tidak putus sampai hujung nyawa kita..

    ReplyDelete
  9. FAISAL-Hajat yg sentiasa berahsia...hehe..

    ReplyDelete
  10. hehe ad ni banyak rahsia tol :P
    bila nak kawin ni? :P

    ReplyDelete
  11. lepas usaha, kita berdoa.
    lepas doa, kita tawakkal.
    itu kerja Dia.
    dan selalu terus berdoa, moga peroleh dan mampu genggam semua.

    ReplyDelete
  12. FAISAL-Ada jodoh ..Insyallah..:-)

    ReplyDelete
  13. ADDY-Itu yg kita harapkan hari2..Dapat genggam semuanya..Moga harapan kita menjadi nyata..Insyallah..

    ReplyDelete
  14. hehe strawberry chocolate ye :D

    ReplyDelete
  15. erm... MOga kita tidak jauh dariNYA..

    ReplyDelete
  16. FAISAL-Ni bila lak tukar nama ni?..adehhla..jadi omputeh lak..Strawberry chocolate???..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)