Pukulan ombak menghakis
Hempasan rakus memusnah
Tempias ganas memercik
Hentakan kuat mengganas
Aku menggigil sepi
Aku terhempas pilu
Aku terhentak kaku
Aku terpukul sunyi
Tenang tiada lagi
Senang tinggal sisa
Lega timbul gundah
Resah kembali tandang
Pelbagai cara sudah aku lakukan
Semua langkah telah aku ambil
Setiap gerak telah aku mulakan
Usaha juga telah aku garapkan
Adakah ini takdir
Adakah ini hikmah
Adakah ini ujian
Adakah ini musibah
YA ALLAH
Aku mohon padaMU
Kau pulihkan takdir baik untukku
Kau sempurnakan hajat dihatiku
Kau permudahkanlah hidupku
Kau ampunkanlah dosa-dosaku
Hempasan rakus memusnah
Tempias ganas memercik
Hentakan kuat mengganas
Aku menggigil sepi
Aku terhempas pilu
Aku terhentak kaku
Aku terpukul sunyi
Tenang tiada lagi
Senang tinggal sisa
Lega timbul gundah
Resah kembali tandang
Pelbagai cara sudah aku lakukan
Semua langkah telah aku ambil
Setiap gerak telah aku mulakan
Usaha juga telah aku garapkan
Adakah ini takdir
Adakah ini hikmah
Adakah ini ujian
Adakah ini musibah
YA ALLAH
Aku mohon padaMU
Kau pulihkan takdir baik untukku
Kau sempurnakan hajat dihatiku
Kau permudahkanlah hidupku
Kau ampunkanlah dosa-dosaku
Hati Cahaya rasa di tepi pantai. Tapi time laut tenang. ;) Alhamdulillah gelora jinak buat masa ini.
ReplyDeleteCAHAYA-Alhamdulillah kalo jinak jinak..hehe
ReplyDeleteAmin.. semoga Allah melindungi kita dan semoga Allah melimpahi rahmat keatas kita..
ReplyDeleteAmin... Semoga segalanya terlerai.
ReplyDeletesemoga kite sentiasa berada dalam RAHIMNYA...
ReplyDeleteaminn...
salam....
ReplyDeletepertama sekali saya terpegun melihat pic tu..
kedua saya terpegun membaca puisi ini.
syabs..
cantekkkknye pic nihhh..i like
ReplyDeletemoga Allah mmeberkati hidup Ad sll..moga hajat & impian dipermudahkan-Nya..pray harder
HONEYDY-INSYALLAH..Kita sentiasa berdoa begitu..
ReplyDeleteABI- INSYALLAH..kita amat berharap semuanya terlerai dengan baik.
ReplyDeleteDALIALIYANA-Dalam RAHIMNYA kita memohon..INSYALLAH
ReplyDeleteANAK LAUT - Terima kasih kerana sudi membaca..:-)
ReplyDeleteGREEN JADE-Ramai lak yang suka pic ni..hehe..Terima Kasih Pn Tinie..
ReplyDeleteKita sedang diuji..
ReplyDeletesalam ad,
ReplyDeletelama tak jengok sebab blog biru prob. now dah okay tapi byk dah kureng, ekkeek...
ombak resahku terubat jua
adanya kamu disisi aku
ombak resahku terubat
adanya dirimu disamping daku
ombak resahku terhapus akhirnya
hadir dirimu mengubat segala...
huhuhu
Ya Allah....
ReplyDeleteKau permudahkan lah segala urusan ku di dunia dan di akhirat....
* amin
CD- Kita sentiasa dalam ujiannya...
ReplyDeleteBLUE CITY-Ombak resah bertukar bahagiakah?Alhamdulillah..hehe..
ReplyDeleteYANIE- INSYALLAH...Moga dipermudahkan segalanya..
ReplyDeletemeronta-ronta, minta merdeka... Hati yang malang, haruskah bertambah walang??
ReplyDeleteNamun, dugaan ini ku galas jua... dan aku berserah padaMU Ya Allah... diringankan dugaan ini...
ZAMSPOTTE- Moga dipermudahkan jalan dan aku berserah hidupku dan matiku hanya padaMU YA ALLAH...
ReplyDelete