Friday, 23 October 2009

Satu Masa

SALAM BLOGGERS...DUK BELEK-BELEK HP TERNAMPAK SATU PUISI SPONTAN YANG TERTAIP DALAM HP AD SAMBIL-SAMBIL DUK BARING-BARING ATAS KATIL..HEHE.. .. DAH LAMA JUGAK KOT DALAM HP.. BIASALAH BILA RASA ITU DATANG TERUS JER TAIP DAN SAVE DALAM HP.. ADA LAGI SATU NANTI AD POST ENTRI AKAN DATANG K... ENTRI PUISI NI KADANG-KADANG DATANG SONTAN JER THEN AD TAIPLAH..SO KALAU DILIHAT DAN BACA BLOGGERS DAN PEMBACA DAPAT RASAKAN IANYA BUKAN SATU RASA SAHAJA YANG ADA.. ADA PELBAGAI RASA..BERCAMPUR-CAMPUR..TAPI MOSTLY BANYAK YANG MELANKOLIK LAA COZ SESUAI DENGAN TAJUK BLOG KAN..HEHE.. ACTUALLY MUNGKIN BILA BLOGGERS ATAU PEMBACA BLOG MEMBACA PUISI AD MEREKA AKAN DAPAT SESUATU.. MUNGKIN JUGA BOLEH MEREDAKAN RASA YANG ADA... MUNGKIN JUGA AKAN BERASA PUAS DENGAN MEMBACANYA SEOLAH-OLAH BERLAKU TERHADAP DIRI SENDIRI.. ITU TIDAK BERMAKNA KITA TERKURUNG DALAM RASA YANG ADA..KERANA KADANG-KADANG KITA PERLU MELUAHKAN APA YANG TERASA DAN TERBUKU DIHATI AGAR SEMUANYA LEPAS DAN REDA..AM I RIGHT?..HEHE.. SO BACA DAN RASAILAH PUISI AD NI MUNGKIN ANDA DAPAT SESUATU.. :-)

SATU MASA ITU HADIR
AKU LIHAT KETAWA

AKU LIHAT KECEWA

AKU LIHAT BAHAGIA

AKU LIHAT DERITA


PERANCANGAN HIDUP KADANG-KADANG TERSASAR

PENGATURAN HIDUP KADANG-KADANG PUDAR

PERJALANAN HIDUP KADANG-KADANG BERLIKU

PERSEDIAAN HIDUP KADANG-KADANG BUNTU


HARUSKAH AKU PILIH

PERLUKAH AKU CARI

MUNGKINKAH AKU BERSILIH

ADAKAH AKU TEMUI


LIKUNYA LEBAR

ALURNYA DALAM

ARUSNYA DERAS

ARASNYA TENGGELAM


CUBAAN TETAP DATANG
UMPATAN TETAP DENGAR

SEBUTAN TETAP RANCANG

BISIKAN TETAP HINGAR


BERAPA LAMA HARUSKU TEPIS

BERAPA LAMA HARUSKU TANGKIS
S
EJAUHMANA HARUSKU ABAI
SEJAUHMANA HARUSKU KECAI


SATU MASA SAAT ITU HADIR

SATU MASA SAAT ITU HAMPIR

MASA ITU HADIR AKU REDHA

MASA ITU HADIR AKU PASRAH


MOGA TUHAN TUNJUKKU JALAN.

18 comments:

  1. ++ best puisi nih...cik bibah gojes baca rasa sesuatu di hati ku..muehehhe....


    insyaAllah....Allah SWT sedang mengaturkan jalan yang baik utk kita semua...amin.....++

    ReplyDelete
  2. amin. semoga kita semua ditunjukkan jalan.

    bila tak terarah. bila teraba. bila resah. jumpa DIA. insyaALLAH boleh settle.

    ReplyDelete
  3. diatas kertas putih
    ku lihat bermacam warna tercalit
    bercampur baur..
    dalam diri seorang aku
    ada berbagai jiwa dan rasa
    yg tidak terluah
    tangis dan tawa
    bersilih ganti
    sehingga jasad dibawa pergi...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah.. Amin.. Semoga Allah memberkati perjalanan hidup kita...

    ReplyDelete
  5. salam....

    puisi yg indah...saya menghayatinya..
    tq singgah anaklaut

    ReplyDelete
  6. Melancholic ni maksud dia kesedihan kan? Ko saloh ni? hahaha

    ReplyDelete
  7. YANIE-Rasa apakah?.Rasa getarannya kah?..hehe..Yg mengalami akan merasakan..INSYALLAH..Jalan ALLAH itu benar..

    ReplyDelete
  8. CAHAYA-Yup betul kata Cahaya..Bila kita teraba2 mencari arah yang satu kembalilah padaNYA..INSYALLAH jalan itu akan terang benderang....

    ReplyDelete
  9. SECANGKIR MADU MERAH-Terima kasih singgah blog melankolik AD...TIDAK TERLUAH...

    ReplyDelete
  10. HONEYDY LOVE-Yup Moga ALLAH memberkati setiap jalan yang kita ambil..dan memperbaiki dimana kekurangannya...INSYALLAH..

    ReplyDelete
  11. ANAK LAUT - Salam kembali..Terima kasih singgah Blog Melankolik Ad Rifza...

    ReplyDelete
  12. PENANAM SAYUR- Yup sedih pilu kecewa dan sewaktu dengannya..hehe...TQ singgah blog melankolik Ad Rifza..

    ReplyDelete
  13. ++ wah..tak sangka bibah gojes nyer komen no 1.... hehehhe +++

    ReplyDelete
  14. YANIE-Dah awal2 komen jadilaa no satu..hehe..

    ReplyDelete
  15. salam ad,
    teruskan berpuitis dan bermelankolik
    heeeeeeeeeeee...

    hari ini aku fenin
    fenin dalam mencari2
    erti diri sebenar
    erti jalan sebenar
    yang aku cari
    heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  16. aduh.. sakitnya bagai tertusuk sembilu, apakah ubatnya? di manakan ku cari penawar itu, agar hati tak terus ditusuk sembilu. :(

    ReplyDelete
  17. BLUECITY-Salam..Tq..heeee ..Jgn fenin fenin kerana jalan itu depan mata...hendak dgn tidak sahaja..moga ALLAH berikan kita kekuatan..

    ReplyDelete
  18. SHIDAH MELATI-Aduh duh duh..hehe..sakit ek?...Kita akan selalu rasa sakit jika itu yg selalu kita fikirkan..Kita seperti apa yg kita fikir...Kita harus kuat dalam menempuh dugaan diri..Jika tidak kita siapa lagi yg mampu membantu diri kita berada pada aras dan landas yang ada agar tidak tergelincir..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)