Friday, 31 December 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2011

Hari ini adalah hari terakhir kita dalam 2010 esok kita akan masuk tahun 2011...Actually banyak perkara telah berlaku tahun ini ada suka dan ada duka..Lumrah hiduplahkan setiap kehidupan itu ada suka dan duka..Kalau suka sahaja tiada juga nikmat dalam hidup.Setiap yang berlaku ada hikmahnya..Kita tidak nampak dan sedar akan hikmah tersebut tetapi hikmah itu tetap ada.

Melancholic Hyphothesis ini akan terus bermadah dan berkarya bagi semua pembaca setia MH..MH akan tetap ada sekalipun pembacanya semakin kurang..Penerusan ini MH tidak tahu bila akan berhenti..Mungkin suatu masa yang MH tidak daya dan mampu lagi berkarya.

Setiap dari karya MH ada maksud dan kolerasinya yang tersendiri..MH tipu jika MH berkata ianya tiada langsung dengan jalan hidup MH.Karya juga ada kaitan dengan orang-orang yang dekat dengan MH.Kadang-kadang karya ini tidak difahami oleh pembaca tetapi itu tidak jadi masalah kerana pembaca bebas menafsirkan apa sahaja walaupun penafsiran itu tiada langsung kaitan dengan MH.

Sepanjang tahun 2010 MH sedikit terabai dek kerana ketiadaan masa penulis Ad Rifza .Biasalah bukan kuasa kita untuk mempunyai masa yang luang tersebut semuanya kehendakNYA..Thats why dalam melakukan kebaikan kita diseru untuk mengambil masa yang luang sebelum masa sibuk.Banyak perkara sebenarnya dapat kita lakukan apabila kita tidak membiarkan masa berlalu begitu sahaja.Masa betul-betul dianggap seperti emas.Berapa banyak perkara yang kita tidak dapat lakukan pada tahun ini kerana masa.Masa cukup-cukup bergerak dengan pantas.Moga tahun 2011 ini kita dapat gerakkan diri dan kita berharap ALLAH memberikan kita kesihatan dan kekuatan diri untuk terus berjuang dalam hidup.. Berjuang untuk mencari berkat dan rahmat ALLAH. Setiap yang kita lakukan semuanya akan dihisab oleh ALLAH. Even sekecil2 kejahatan dan sekecil2 kebaikan. ALLAH tidak akan mencatat kejahatan yang belum kita lakukan tetapi kebaikan yang kita sudah berniat untuk lakukan telah diberikan satu ganjaran. Apabila telah dilakukan kebaikan tersebut kita mendapat 10 ganjaran. Berusahalah untuk membuat kebaikan dalam hidup.

Dalam hidup ini apa kebaikan yang kita mampu lakukan lakukanlah sebelum kita ketiadaan masa.Berusahalah untuk mengejar apa sahaja kebaikan dalam hidup.Sampai suatu masa kita tidak mampu lagi untuk mengejar dan beroleh apa-apa,saat itulah baru kita sedar akan nikmat kesihatan, kekuatan dan apa sahaja nikmat yang ALLAH berikan kepada kita.

Tahun 2010 mungkin juga bagi sesetengah manusia adalah tahun yang mereka lalai dan penuh keseronokan tanpa batas.Apa sahaja keseronokan mereka harungi.Adakalanya sampai lupa akan malaikat yang sentiasa mencatat setiap gerak-geri kita. Gerak geri yang menuju kemusnahan.Tiada salahnya kita berazam selain azam tahun baru hijrah yang baru kita sambut baru-baru ini.Tiada salahnya jika berzam untuk menuju kebaikan.Mengharapkan redha dan rahmat ALLAH dalam setiap gerak-geri kita.Mungkin kita sedikit leka dan lalai tanpa sesiapa yang memandu hidup kita kearah kebaikan.Kita lalai dalam mencari kelebihan2 dalam hidup.Kita lalai dalam mentakrif setiap manusia yang menghampiri kita..Kita lalai segalanya..Diawal tahun baru ini berazam dan berubahlah kearah kebaikan.Kebaikan yang kita lakukan InsyaALLAH tidak akan sia-sia.ALLAH telah berjanji untuk memberikan ganjaran yang setimpal dengan kebaikan yang kita lakukan dengan ikhlas.Moga tahun baru masihi 2011 ini memberikan satu sinar dan cahaya baru dalam pemanduan hidup kita.Kita tinggalkan semua kekurangan dan keburukan yang ada pada tahun 2010.Kita bangkit dengan darah yang mengalir disetiap urat saraf kita dalam tahun 2011 ini untuk mendapat redha dan rahmat ALLAH dalam setiap tindakan dan kelakuan yang kita lakukan.Moga tahun baru 2011 ini menjadi titik tolak untuk kita lebih maju dan berjaya dalam hidup. Semoga apa yang kita cita-citakan dan apa sahaja kebaikan yang kita dambakan kita perolehi dengan nawaitu ikhlas untuk mencari redha ALLAH.

MH diawal tahun 2011 ini ingin menucapkan Selamat Tahun baru masihi 2011 kepada semua pembaca MH.. MH masih ada disini untuk 2011 selagi anda semua sudi membaca MH. Bacalah MH untuk mendapat sesuatu yang tersirat didalamnya. Moga semuanya mendapat kebaikan yang dicari. INSYALLAH.. Semoga apa yang kita lakukan pada tahun 2011 ini dipermudahkan jalan oleh ALLAH.SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2011.

Salam ikhlas penuh ukhuwwah dari AD Rifza pemilik blog Melancholic Hyphothesis. . :-)

14 comments:

  1. SELAMAT TINGGAL 2010

    SELAMAT TAHUN 2011

    MOGA LEBIH

    F
    U
    U
    U
    Y
    O
    O
    O

    =_=

    ReplyDelete
  2. Fuyyooo....Slmt Tahun Baru Wan..

    ReplyDelete
  3. Salam AD, terima kasih. semoga lebih bersemangat.

    ReplyDelete
  4. Salam AD.

    Terima kasih komentarnya. Teruskan perjuangan dan semoga berjaya dalam hidup. Ameen Ya Robb

    ReplyDelete
  5. nice one..karya anda bgs2 gk Ad..:)

    selamat melangkah ke thn baru tuan tanah..:)

    ReplyDelete
  6. Ashrafi - INSYALLAH...Moga ALLAH berikan kita semangat dan kekuatan untuk lebih berjaya..

    ReplyDelete
  7. WAI - Terima kasih Wai..:-) Slmt Tahun Baru jugak utk Wai nun jauh disana..

    ReplyDelete
  8. Salam thn baru Ad

    moga terus sukses2 & jgn jemu2 bekarya yea

    moga terus dirahmati & diberkati hidup Ad selalu..

    ReplyDelete
  9. TINIE- U too Tinie...Rahmat dan berkat ALLAH itulah yang kita cari ..

    ReplyDelete
  10. Diharap Ad akan terus berkarya.

    Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya :-)

    ReplyDelete
  11. FAISAL- INSYALLAH jika jari2 ini masih mampu menaip bait2 kata untuk rasa yang dirasa dan merasa..Moga hari2 2011 ini indah untuk kita semua..:-)

    ReplyDelete
  12. salam...

    selamat tahun baru....:)

    ReplyDelete
  13. rasanya blm terlambat lg nk mengucapkan slmt tahun baru kepada encik ad rifza....
    slmt tahun baru!!! ;D

    ReplyDelete
  14. Sekamar Rindu - Selamat Tahun Baru SR...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)