Wednesday, 12 January 2011

NILAI KASIH



Assalamualaikum...


"Entri " pertama di tahun 2011..Skrg jarang berkesempatan untuk melayari blog..Tapi bila ada kesempatan seperti ini bolehlah dicoretkan apa2 sahaja yang rasa terlintas dibenak fikir..Sebenarnya sudah banyak puisi yang terkarang dalam notes hand phone Ad tu..Tapi hasil puisi itu telah mendahului untuk dibuat entri2 baru..Ada saja situasi yang membuatkan AD ambik handphone dan menaip puisi2 yg "on spot" terfikir..Entah bila rasanya puisi2 atau kata2 itu boleh dihabiskan untuk buat entri kerana belum pun habis sudah tercipta puisi2 baru..Agaknya kena "stop" dulu entri di hand phone baru lah dapat dihabiskan puisi dalam hand phone itu...huhu..Apa2 pun blog Melankolik masih ada untuk anda di tahun 2011..Alhamdulillah..

SAATKU JATUH KAU BANGUNKAN AKU
SAAT AKU REBAH KAU PIMPIN AKU

SAAT AKU RESAH KAU TENANGKAN AKU

SAAT AKU MENANGIS KAU REDAKAN TANGISKU

SAAT KITA KENAL AKU TIDAK ENDAH
SAAT KITA JUMPA AKU TIDAK HIRAU
SAPAAN MU TIDAK AKU JAWAB

AJAKAN MU TIDAK AKU SEDAR


TAPI KINI TIDAK LAGI

KAU SELALU RAPAT DIJIWA

KAU SELALU ADA DIHATI

ADA MU MEMBERI BAHAGIA

RENGGANG DULU KINI ERAT

JAUH DULU KINI DIRASA DEKAT

NILAI KASIHMU AKU HORMAT

NILAI KASIHMU ADALAH RAHMAT


BILA AKU BUKAKAN LANGKAH

BILA AKU TEBARKAN HARAP

JANGAN KAU BUAT SAMPAH

JANGAN KAU BUAT KARAT


NILAI KASIHMU AKAN AKU TATANG

NILAI KASIHMU AKAN AKU RIBA

WALAU APA SAHAJA DUGA YANG DATANG

WALAU APA SAHAJA UJIAN YANG TIBA

6 comments:

  1. saper lah KAU tu kan....

    hehhehehe

    ✿ (^^,) ✿

    ReplyDelete
  2. SYAZWAN - Fuuyyooo best ke?haha..

    ReplyDelete
  3. YANIE - Abg Ad pun tatau sapa kau tu..muahahaha..:-)

    ReplyDelete
  4. Dalam sedar, ku semakin mendekat namun kehadiran ku bagaikan angin lalu.. kau pergi tanpa kata, kau pergi membuat hidup ku derita.

    ReplyDelete
  5. aku pun kekadang terlintas kata2 taip dlm fon dlu gak..hehhe

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)