Tuesday, 25 January 2011

AKU TIDAK LAGI MAHU TAHU


TULISANMU PEDIH
KATAMU PILU

AKU KAU BIAR SEDIH

AKU KAU BIAR KELU


AKU HANYA MENJAGA

AKU HANYA MEMERHATI

KERANA SEJARAHMU ADA

KERANA CERITAMU JADI


SALAHKAH AKU MEMBUAT YANG SAMA

APA YANG KAU BUAT PADAKU

SALAHKAH AKU HANYA INGIN TAHU

SEPERTI YANG KAU INGIN TAHU


KECIL HATI DENGAN TULISMU

CALAR RASA DENGAN KATAMU

KAU TIDAK PERNAH FIKIR APA TULISMU

KAU TIDAK PERNAH TERLINTAS KATA PEDIHMU


AKU YANG MERASA

AKU YANG MENANGGUNG

JIKA ITU YANG KAU BISA
JIKA ITU YANG KAU AGUNG


AKU BEBASKANMU
AKU LEPASKANMU
PERGILAH KEMANA MAHUMU
JALANLAH KEMANA ARAHMU

AKU TIDAK LAGI MENGHALANG
AKU TIDAK LAGI MENYEKAT
DIRIMU TIADA LAGI GALANG
KAKIMU TIDAK LAGI TERIKAT

AKU TIDAK LAGI MEMERHATI
AKU TIDAK LAGI MEMANTAU
BEBAS ARAHMU TIADA HENTI
GERAK LAKUMU TIADA LAGI HIRAU

JIKA ADA KESALMU
JIKA ADA SESALMU
AKU TIDAK LAGI MAHU TAHU
AKU TIDAK LAGI MAHU TUNGGU

JALANILAH SENDIRI HIDUPMU
TEROKAILAH SENDIRI JALANMU
AKU TIADA KAITAN LAGI DENGANMU
AKU TIADA IKATAN LAGI DENGANMU

12 comments:

  1. macam kena ditinggalkan je

    jgn bersedih ye abg

    =_=

    ReplyDelete
  2. speechless jap..

    syahdu je rs bace entry kali ne

    ReplyDelete
  3. abg ad....
    yanie ker yg buat abg ad sedeh?
    maafkan yanie....
    T_T

    ReplyDelete
  4. Wan - Fuuuyyoo..hehe..mcm je..haha..Jgn bersedih lagi..hehe

    ReplyDelete
  5. Wai - Wai merasakan getarnya..Wai faham maksud..biasanya kalau faham ni org yg merasakan apa yg penulis rasa...:-) ..Bila wai sebut syahdu Ad baca balik..terasa gak kesyahduannya..huhu

    ReplyDelete
  6. Yanie - Yanie berasakan begitukah?..haha..mana ada..ini cuma ilusi diri dalam menafsir RASA2 yang ada..hehe..

    ReplyDelete
  7. RISYA- Terima kasih singgah.Anda merasakan getarnya.hehe..

    ReplyDelete
  8. Kala kau perlukan aku, kau datang, kau memberi kata2 semangt2, kata2 cinta, kata2 kasih.
    Bila kau rasa aku tiada erti, kau tanpa segan silu menghukum dan membunuh hati ku dengan kata2 kesat mu.
    melat_pusa

    ReplyDelete
  9. Shidah - Bagus shidah..anda merasai kata2 diatas..anda menjiwaii Aku tidak lagi mahu tahu..:-)

    ReplyDelete
  10. saya sangat suka sajak ni..sangat suka..saya pernah merasakan bgini..:(

    ReplyDelete
  11. saya suka sajak ni..sangat suka..saya pernah merasakn perasaan seperti ini..sangat meletihkan

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)