Thursday, 12 June 2008

RASA

Kadang-kadang kita rasa bosan dan boring..semua yang kita buat kita rasa tidak mendatangkan faedah bagi diri...banyak masa kita bazirkan dalam mengejar sesuatu yang tak pasti...kita rasa bosan tentang karier atau apa sahaja...Malah kita rasa bosan juga kepada manusia sekeliling...Kita rasa bosan...

Kadang-kadang kita rasa sedih dengan apa yang berlaku keatas diri kita..kadang-kadang sedih sampai menitiskan airmata..tapi kita terus akan bersedih kalau ianya terjadi lagi...sedih dengan apa yang terjadi tapi sedih itu juga mungkin sebab diri kita sendiri..sebab kealpaan diri dan kelalaian diri...Kita rasa sedih...

Kadang-kadang kita gembira dengan apa yang terjadi..Kita boleh ketawa terbahak-bahak dan terkekek-kekek oleh kerana kegembiraan yang kita rasa...kegembiraan yang mungkin disebabkan oleh kita atau juga kegembiraan yang disebabkan orang lain..Kita rasa gembira...

Banyak rasa yang kita rasa dalam kehidupan kita..Rasa dirasa atas apa yang berlaku keatas diri kita..Kita rasa atas sesuatu peristiwa yang berlaku seharian dalm kehidupan...Kita cukup bersyukur dengan apa yang kita rasa kerana kita berpeluang untuk merasa apa yang kita rasa..Dalam suatu perjalanan hidup yang sementara ini kita diberi peluang untuk merasakan suatu rasa yang berbeza untuk suatu jangkamasa...Kita rasa sedih lepas tu gembira...Kita rasa bosan lepas tu sedih...Banyak sungguh yang kita rasa ..Rasa itu suatu yang cukup indah bagi yang berfikir...Kita merasakan sesuatu rasa itu untuk kesinambungan atau penerusan kehidupan kita..Apa yang kita rasa itulah mengajar kita tentang kehidupan..kehidupan yang kita rasa adalah suatu anugerah Allah berikan kepada kita untuk kita berfikir kenapa rasa itu ada..Rasa juga akan membuatkan kita kembali pada jatidiri kita...kembali pada yang HAK..kembali kepada suatu proses hidup yang lebih sempurna..Walaupun kita tidak dapat mencapai 100% kesempurnaan hidup tapi apa yang kita rasa itulah akan memandu kita untuk mencapai kesempurnaan.Apa yang kita cari hanyalah sempurna pada pencipta..kesempurnaan diri untuk kita menempuh suatu alam yang PASTI suatu hari nanti..Moga kita dapat mencari dan mencapai kesempurnaan itu..Insyallah...



Sunday, 8 June 2008

HIDUP ADALAH PILIHAN

Perjalanan hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang harus kita tempuh...Nak tak nak kita harus juga tempuhinya...Ada jalan lurus dan jalan bengkang bengkok..Jalan yang salah jalan yang betul..Semuanya atas diri kita sendiri...Pilihan itu adalah diri kita ..Kita yang harus memilih jalan mana yang harus kita tempuhi...

Berbekalkan semua yang telah kita pelajari dan ketahui sepanjang perjalanan hidup ini selama ini pilihan kita itulah hasilnya...Jalan mana yang kita pilih adalah kolerasi dari apa yg telah ada dalam diri kita...

Tapi manusia kadang-kadang silap memilih jalan hidupnya..Jalan hidup yang salah juga jadi pilihan..Mereka berkata .." ala aku muda lagi nak seronok seronok dulu..enjoyyyy"... Tidak salah nak enjoy kan diri tapi kita ada batasan yang harus diikuti..Kita sudah ada "guideline" yang memandu hidup kita ke arah kesejahteraan dan keberkatan hidup...Semua jalan hidup yang salah itu ada keburukannya..Mungkin kita tidak nampak sekarang tetapi akan datang kita tahu akan akibatnya...berfikirlah untuk jangkamasa yang panjang...sebab dan akibat dari perbuatan kita itu...Percayalah kita akan menyesal untuk masa akan datang jika jalan hidup yang salah juga kita ikuti..Mungkin kita fikir ada masa untuk bertaubat..Tidak semestinya..Jika Allah berikan peluang mungkin tidak ada masalah untu bertaubat tapi jika kita tidak sempat masa itu..macamana?...Tidakkah kita akan tergolong dalam hambanya yang engkar nanti?..So bertaubatlah sebelum terlambat..Jalan yang cukup luas dibentangkan untuk kita didepan..Pilihlah jalan mana yang harus kita tempuh dan ikuti...Pilihlah jalan-jalan kebaikan yang disediakan untuk kita...Jangan pilih jalan yang salah dan jalan-jalan yang mendorong ke arah yang tidak baik..Kita sebagai manusia yang berakal dan mempunyai iman pilih lah berdasarkan "guideline" yang telah disediakan oleh Allah untuk kita supaya setiap langkah perjalanan hidup kita ini akan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah..Insyallah...

Friday, 6 June 2008

BEKWOH 2

Hari ini dimulakan dengan kenduri cukur jambul lepas subuh tadi..awal2 lepas solat kat suara ke rumah jiran sekampung untuk majlis cukur jambul...agaknya cuti skolah ni ramai yang bersalin dan kahwin jer...Masa yang cukup baik untuk cikgu2 yang sedang bercuti..Orang kata mudah untuk buat majlis masa cuti sekolah..budak2 skolah pun cuti jugakkan...

Selepas zuhur tadi ke bekwoh 2 buah rumah kat Kota Bharu..Satu kat Melor,Kota Bharu..dan satu lagi kat Kg Baung Bayam ,Kota Bharu...Hmmm asyik makan kenduri jek 2 minggu cuti sekolah ni..Esok lusa dah takde kenduri...Tunggu cuti sekolah bulan 8 nanti plak..hehe..Makan bekwoh lagi laa..Asyik duk makan bekwoh orang jekk..bekwoh kite bilanya??..hehe...Tungguuuu..Brapa lama mau tunggu daaaa.. ahaks.. Ada rezeki insyallah... kan semua itu ketentuanNYA..Manusia hanya mampu merancang....Rite?..hehe..

So oklah habis sudah entry bekwoh untuk kali ini...Ada masa kita jumpa entry bekwoh lagi 2 bulan dari skrg...dan yang penting entry bekwoh 5 bulan dari sekarang...hehe...5 bulan??...Siapa? Siapa?...Tungguuuu....huhu..tunggu lagik....

Saturday, 31 May 2008

BEKWOH

Akhiri entry bulan 5 tahun ni...hehe..pendek jer ni....weekend ni penuh agenda makan bekwoh..tahuke apa bekwohh?Bekwoh ialah satu perkataan yg digunakan org klate bila kenduri..hehe..Semalam kat umah Ad ada bekwoh akikah anak buah Ad..Ingatkan entry sebelum ni Ad mencari kambing tu..Kambing tu sudah di sembelih semalam buat gulai..hehe..makan dengan nasik minyakk..sedapp nyeee..sapa nak?Ad lagi nasik sikit ,gulai kambing dah habis..hehe..Betul lah org memang suka makan gulai kambing lepas tambah ..tambah lagi...habis majlis habis gulai..alhamdulillah...Ad makan sikit jek gulai kambing..Leh caya ker?hihi...Banyak sungguh kena attend kenduri weekend ni..hari ni saja ada 5..huhu..banyak nye nak makan...lepas subuh tadi dah pegi cukur jambul anak jiran kg..awal hari ni dh makan ...tghari kang kena gi kenduri 5 tempat..camno nak makan ni..aduss..makan sesuap tiap rumah kot..hehe...Biasalah kalo dh jadi pengganti org tua yg tak sihat kita lerr kena gi tunjuk muka kan..sapa lagi ek?..hehe...mengeratkan ukhuwwah persaudaraan ...
Itu kenduri pass tu nak jumpa kawan yg balik kg lagi..adusss...kawan tu nak jumpa kawan ni nak jumpa...Ad hanya ada 2 hari jek cuti..camno laa...hari lain keje kan tak leh tggl keje baru ni ..nanti dah lama keje ok laa..hihi..cam experience jer...alahh sapa2 pun sama jek..hehe...
So oklah yea kali ni..Dr haiwan dah dtg nak inject kambing2 Ad..Diorg tak sihat..eh diorg ker ?.. haha...Batuk2 selsema ..so kena laa inject ubat kalo tak melarat lak sakit kambing2 tu...huhu..macam manusia gak kan kalo demam or sakit kena makan ubat...tol tak?..hehe..So oklah yea..jumpa bulan 6 nanti kalo ada masa k..ok..salam ikhlas utk bloggers dan pembaca semua...

Monday, 19 May 2008

PILIHAN 2

Kehidupan ini kita perlukan pengorbanan ..pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk kejayaan hidup kita..Walaupun kadang-kadang kita keliru tentang pilihan yang perlu dibuat tapi kita harus gagahkan semangat untuk menempuhinya supaya pilihan itu adalah yang terbaik buat kita.Pendapat orang yang lebih berpengalaman adalah perlu dalam menilai pilihan yang perlu kita lakukan..Kadang-kadang kita perlu tinggalkan sedikit atau semuanya apa yang telah biasa kita lakukan untuk perjalanan yang lebih baik dalam hidup..
Moga pilihan yang kita pilih akan mengembirakan hati kita nanti walaupun pada mulanya mungkin kita masih ragu-ragu dengan pilihan kita..Doa kita agar apa yang kita lakukan dipermudahkan oleh Allah dalam setiap tindakan kita..
Ad tidak pasti selepas ini Ad masih ada masa atau tidak untuk menitipkan sesuatu disini..Harapan Ad agar Ad masih ada masa disini untuk selama-lamanya untuk berkongsi sesuatu dengan kalian teman-teman bloggers.. Cukuplah entry yang pendek kali ini..Hanya meluahkan sedikit apa yang tersemat dihati..Moga kita semua akan dipermudahakan jalan kehidupan kita agar tiada keresahan atau kekecewaan yang mencakar dihati...

Friday, 16 May 2008

PILIHAN

Di dalam hidup ini kadang-kadang kita sukar untuk membuat pilihan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan masa depan kita tidak kiralah ianya berkaitan dengan kerjaya atau perkahwinan.Kadang-kadang ianya amat sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata tapi kita perlu membuat pilihan untuk meneruskan kehidupan.Jika kita berdiam diri tanpa pilihan kita tidak akan mempelajari sesuatu..Orang lain takkan memahami apa yang kita rasa walaupun kita telah menjelaskannya sebab mereka itu orang lain bukan diri kita yang merasakan.Kadang-kadang kita keliru dan buntu untuk membuat pilihan tapi kita terpaksa memilih juga untuk kesinambungan perjalanan hidup yang sementara ini.Harapan kita agar apa yang kita pilih menjanjikan sesuatu yang bahagia atau mengembirakan kita..Tapi kita tidak pasti dengan takdirnya tapi kita harus bertawakkal kerana qada dan qadar Allah itu sudah jelas kita harus tempuhi..Hanya doa kita dapat panjatkan agar pilihan kita itu tepat dan diberkati..Insyallah...Sebelum Ad akhiri"entry" kali ini ,mari kita hayati lirik lagu Warkah dari Bau ini...


WARKAH ...


Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Tuesday, 13 May 2008

KITA BERKATA KITA BERTANYA

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu

Sunday, 11 May 2008

SELAMAT HARI IBU

Hmmm hari ini ialah hari ibu ..so semua yang ada ibu seharusnya menjadikan hari ini sebagai suatu hari untuk membuat perghargaan kepada ibu mereka...Iyalah memang kita hargai setiap masa ibu kita tetapi hari ini dijadikan hari khas sebagai hari ibu... Suatu hari untuk memperingati kembali jasa-jasa ibu ..

Ad pun tidak terkecuali untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ibu Ad...Semoga dia sentiasa diberkati dan dirahmati Allah diatas segala jasa dia selama ini didalam mendidik dan memberikan pengajaran kepada anak-anaknya...

Ad panggil ibu Ad ..Ma..

Ma..Ad betul2 sayangkan Ma...Sepanjang hidup Ad ..Ad berkorban segala-galanya untuk Ma..walaupun Ma tidak tahu isi hati Ad..Tapi setulus kasih seluas langit dan lautan yang terbentang Ad bekorban segala-galanya untuk Ma.. Walaupun kadang-kadang timbul persoalan antara kita tapi percayalah suatu hari nanti Ma akan mendapat jawapannya...Insyallah..Ad harap Ma bersabar...(apakah jawapannya itu??...hehehe...hanya kami yang tahu)..


So selepas Ad balik keje tadi Ad singgah di Kedai Kek Muhibbah bersebelahan dengan KB Mall untuk membeli sebiji kek sempena hari ibu...ramai gak orang beli kek rupanya...sesak nak pilih kek pun payah..alih2 belilaa chocolate toffle kek ..mende tah namanya tadi lupo den...hehe..
Ok laa kan..share ngan adik .. Balik umah Ma belah kek..Tapi tanpa disangka2 Ad tengok matanya berair..tak tau kenapa..maybe terharu even sebiji kek jekk.. Tapi Ad hadiahkan kasih sayang Ad untuk Ma sepenuh hati dan jiwa Ad ni..Walaupun Ad tidak pernah menyebutkannya..Ad tahu Ma tahu isi hati Ad...

Terima kasih Ma kerana mendidik Ad sampai sekarang..Jasa Ibu tidak ternilai ...Semoga Allah membalasnya suatu masa nanti..Insyallah..Mereka telah mendidik kita menjadi seperti apa yang kita jadi sekarang...Dari kandungan sampai lah kita dewasa malah telah bekeluarga tapi kesinambungan kasih ibu itu tidak pernah putus dan senggang walau seinci..Mereka menggunakan segala kudrat dan tenaga mereka untuk mendidik kita menjadi manusia yang berguna..Mereka hanya mahu melihat kebaikan dari kita..Mereka tidak mahu melihat atau mendengar kejahatan sedikit pun dari kita..Mereka ingin menjadikan kita yang terbaik antara yang terbaik...Sungguh mulia hati ibu terhadap anaknya...So kita jadilah apa yang Ibu kita kehendaki ..Ikutilah segala nasihat mereka..Walaupun kadang-kadang kita tidak dapat mengikut semuanya tapi beransur-ansurlah dalam tindakan supaya hatinya tidak terguris....Insyallah mereka akan memahami apa yang kita inginkan dan hajati suatu hari nanti...
Sempena hari ibu kita hayati lirik lagu ni lah yea...semoga semuanya memahami jasa ibu ..Insyallah...


Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu



Saturday, 10 May 2008

MENCARI

Hari ini Ad just nak share apa yang Ad buat sehari hari ni...Apa yang Ad buat hari ni telah dirancang beberapa hari oleh Pakcik Keti .. Kami perlu membuat pencarian hari ini katanya..Pencarian kami bermula pada pukul 10 pagi apabila motor honda cupnya menghampiri rumah Ad..

Pakcik Keti : Pay ooo pay mari kito gi cari ...

Ad : Ooo PokCik keti mari doh..metar pokcik nok make nasik berlauk ni metar..baru jah kelik dari keda sakni..metar deh..

Pakcik Keti : Ok berehhh...

So tepat jam 10 pagi ( Puntual betul Pakcik ni..ahaks ) kami pun memulakan perjalanan dengan Wira Sedan Ad laa kete mana lagikan?..hehe...So kami pun pergilah ke sebuah ladang getah yang sememangnya dipenuhi pokok getah laakan takkan pokok kelapa kott...hehe.....Tak jauh dalam 3 kilometer jer dari umah Ad...Masuk satu lorong penuh pokok getah disekeliling ...Sampailah kami di sebuah rumah yang agak usang...Kami mencari Pok Loh.. Duk tengok2 Pok Loh takde dirumahnya...Dimanakah Pok Loh fikir kami..hmmm..lepas bagi salam keluarlah seorang wanita kakak kepada Pok Loh..


Pakcik Keti : Pok Loh takdok dumoh ko?

Kakak Pok Loh : Ado sakni jah baru naik moto gi mano ..Metar jah tu tunggu lah deh..Bakpo cari dio?..

Pakcik Keti : Ado kijo sikit laa ni..takpo kito tunggu metar...

Kami pun berjalan ke kebun getah berhampiran...Kami memerhati sebuah rumah usang disitu..Kami mengedap dicelah-celah rumah itu..

Pakcik Keti :weeeiii lokkk gemukk molek laaa..besarnyooo..

Ad: Hoo laa besar molek...gemukkk sungguh buleh ni sedapp ni..

Pakcik Keti : Nga hok dumoh gemuk hok ni laa...

Ad: Yo lo Pokcik...(sambil tergelak )..

Sejurus selepas itu kedegaran bunyi moto...beh beh beh..honda cup jugak rupanya..hehe..Pok Loh sudah sampai...Kami pun bertanyalah tentang apa yang kami lihat tadi...Dan kami meminta dengan Pok Loh hendak kan apa yang kami lihat tadi..

Pok Loh : Tok sir..tok sir bui laa...lamo doh..saye sangat...

Pokcik Keti : Buleh lahh Pok Loh...

Pok Loh : Tok sir .. Tok Sir..

Pokcik Keti : Wak gapo nok taruhnyo?..Banyok lagikan ado tuu...

Pok Loh : Hok tuh laa paling saye...

Jam menunjukkan hampir pukul 12.30 tghari...Akhirnya Pok Loh masih dengan keputusannya...Kami pulang dengan hampa...

Kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah rumah yang mempunyai padang yang agak luas...rupa-rupanya rumah kawan Pakcik Keti..Kami ke padang yang luas itu..dan memerhati dan memilih ...sambil kami berbincang kan sesuatu dan Pakcik pun dah kepenatan mencari akhirnya kami bersetuju untuk membeli seekor kambing import dengan harga RM500 ..Ngeh3..nak cite Ad mencari kambing jer ni untuk majlis akikah anak Ad oppss terlebih sudah....Anak buah Ad laa akhir bulan nanti....Akhirnya dapatlah kami mencari seekor kambing untuk tujuan seperti yang telah disebutkan..hehe..dan kami akan kembali mengambil kambing tersebut pada petang khamis nanti..Tapi kami masih tidak berpuashati kerana kambing itu adalah kambing import..bukan kambing kampung seperti hajat asal kami..tapi takpelah asalkan kambing..Yang penting cukup umur untuk akikah nanti..

Oleh kerana tidak berapa puashati hendakkan kambing kampung ,pada sebelah petangnya Ad pergi ke Kg Lalang Luas Labok..Disitu ramai yang bela kambing ..duk tanya-tanya orang semuanya kata kambing masih tidak cukup umur..Singgah di rumah Pak Cik yang Ad pernah sampai untuk mencari kambing beberapa tahun yang lepas...sampai2 jer hujan plak lebat..Dia pelawa masuk..So siap bleh minum air teh panas lagi dengan biskut"tawar" ( alaa biskut kering tu ..brand Jacobs tu ) hehe... best lak lama tak makan macam tu...dulu kecik2 selalu makan macam tuh siap hancurkan biskut dalam air teh makan dengan sudu..ahaha...teringat kecik2 plak... Tanya dia ,dia kata dah tak ramai orang bela kambing kampung sekarang..kawasan takde..yang orang bela sekarang kambing Boer atau Jampari jer...Kambing Kampung jarang-jarang ,kadang-kadang... So pencarian hampa juga untuk mencari kambing kampung... Kambing yang Ad belapun takde yang jantan thats why cari kambing jantan kat tempat lain..So tetaplah dengan keputusan untuk membeli kambing import tu yang kat padang yang luas tu tepi lebuhraya timur barat tu ...Pakcik tu siap ada syarikat jual kambing importnya..Ad nak gelak dengar nama syarikatnya...Nak tau nama apa?..Syarikat Berani Gagal namanya...haha.. bagus gak berniaga tidak takut kepada kegagalan ..hmmm satu motivasi yang cukup baik bagi orang yang berniaga...betul tak bisness man and bisnesswoman yang membaca entry Ad ni..Adeke diorg baca?..haha...Apa-apa jerlah ..so berakhirlah pencarian Ad...Tak semua yang kita cari kita akan dapat dengan mudah...Tanpa usaha yang jitu dan padu amat payah untuk kita mendapatkan apa yang kita cari .. Tapi kadang-kadang kita tidak mencari tetapi ianya datang sendiri.. So hargailah apa yang kita cari kerana tidak semua orang akan dapat apa yang mereka cari... Malah kadang-kadang apa yang kita cari hilang begitu sahaja..dan apa yang kita tidak cari datang dengan tiba-tiba... Lumrah hidup kerana apa-apa yang berlaku adalah ketentuanNYA..

Friday, 9 May 2008

KEMATIAN

Pada pagi semalam Ad macam biasa nak pergi keje...Biasanya Ad turun dari rumah pukul 8 pagi (awal tuu hehe)..Kebetulan Ad kena hantar adik Ad temuduga Ijazah Pendidikan UKM kat HUSM Kubang Kerian pada pagi tu..Biasa lah bawak kereta dengan kelajuan yang biasa-biasa saja..Sambil bawak kereta sambil borak-borak ngan adik dan kawan dia sorang...

Tiba-tiba sampai di pertengahan jalan di Tok Bok Labok..Ada sekatan jalanraya...Ad terjenguk-jenguk apa yang berlaku..Panjang sekatan tu..Ermm terlintas di fikiran Ad apalah yg berlaku kat depan tu...Akhirnya dah sampai dekat.Kereta Ad semakin dekat dan dekat dengan apa yang berlaku kat depan...Akhirnya kereta Ad sampai disitu....Oooo sekatan JPJ rupanya..ingatkan apa tadi..Tengok jer muka pegawai JPJ tu Ad terlintas sesuatu dan berdebar2....Ad terdiam seketika sampailah giliran kereta Wira Sedan Ad melalui depan pegawai tu...Dia tengok roadtax rupanya...Lepas jer dari sekatan tu Ad sungguh-sungguh lega dan syukur..Syukur sangat2 sebab tidak ditahan oleh JPJ tadi..Nak tahu kenapa?...Lepas jer sekatan itu Ad cepat-cepat buka dompet duit Ad..Ad tengok lesen kereta Ad...Laaaaaaaaaa rupa-rupanya lesen dah mati 19/4 lagi...Kah3 tergelak besar Ad dengan adik dan kawan dia...Sikitnye lama lesen mati baru nak ingat..kalo JPJ tak buat sekatan tu Ad takkan prasan yang lesen dah mati...Dah laa ulang alik hari2 jauh Machang - KB lesen lak mati...Adusss..Apo kono den ni...asyik lupoo jooo...Agaknya banyak benda sangat duk pikiaq tu jadi lagu tu..Moral of the story periksa semua lesen-lesen anda...Kalo nasib baik takpe kalo nasib tak baik...Banyak nanti yang melayang...hehe....OK nak tido dah sebelum tido dengar lagu Hanya Kau Yang Mampu jap...hmmmm...harap-harap malam ni Ad akan tido lena sebab dah 5 hari tidak berapa nak lena...Ntah lah...

Sunday, 4 May 2008

SAHABAT KU.


Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..


Saturday, 3 May 2008

KENAPA?


Kenapa orang tidak pernah nak menghargai apa yang kita lakukan untuk mereka?Apa yang kita lakukan dikatakan menyibuk hal orang lain padahal niat kita adalah baik untuk diri mereka.. Teguran atau nasihat kita ikhlas..Tidak pernah terdetik sikit pun didalam hati untuk mengutuk or menyindir ke apa...semata-mata ikhlas sebagai seorang yang caring or ambil berat hal kawan..
Adakah mereka tidak mahu menerima kebenaran atau kebaikan?..Sedangkan jelas apa yang mereka lakukan itu salah..Adakah mereka rasa selesa dan gembira dengan diri mereka yang sentiasa didalam jalan yang salah itu?..Mustahil mereka rasa selesa cuma mungkin mereka buat tak tahu jer atas kesalahan yang mereka lakukan sampai suatu masa mereka akan lebih rasa kesusahan didalam kesalahan mereka itu..Apa yang mereka inginkan hanyalah keseronokan..Keseronokan yang tidak memberikan apa-apa makna dalam hidup sebagai seorang yang berpegang pada jalan ISLAM..Tidakkah mereka sedar hidup ini semata-mata hidup ini sahaja?..Tiada kehidupan lain?Tidakkah mereka tahu akan ada suatu hari yang akan diperhitungkan segala yang kita lakukan?..Tahukah kita?Sedarkah kita?

So kembalilah kepada fitrah kejadian yang telah ditentukan..Kembalilah kepada fitrah asal kejadian kita..Dan sedarlah kemana arah tujuan kita selepas ini..Tujuan yang pasti akan menakutkan bagi yang melakukan kesalahan dan mengembirakan bagi yang membuat kebaikan..Dan dengarlah teguran dan nasihat yang baik yang ingin disampaikan oleh sahabat-sahabat yang baik yang dengan niat untuk kebaikan diri kita..Kebaikan yang amat payah kita dapati dalam dunia sekarang dan fikirlah kenapa kita di kurniakan seorang sahabat seperti itu..Kita seharusnya bersyukur kepada Allah diatas kurniaan NYA itu untuk kita..Yang mungkin orang lain tidak dikurniakan..Fikir-fikirlah kenapa?....

Sunday, 27 April 2008

Sampingan....sempoii...

Salam bloggers bagi semua bloggers dan pembaca yang setia…hehe…Sebelum gi keje ni Ad nak titipkan sesuatu tentang diri sebab ada permintaan suruh cerita tentang diri…ermmm..so boleh lah share but bukan semua k..hehe….

Hari ni Ad hanya ingin menitipkan apa yang Ad buat semalam..Semalam kan hari cuti Sabtu so Ad memang tak bekerjalah…Seawal pagi biasalah hari cuti Ad akan ke pasar beli sarapan untuk orang-orang kat rumah ni..Memang rutin hari cuti camtu..Takleh nak tido lama2 cuti..huhu

So lepas tu memang apa yang telah dirancang mengecat bilik Ad..hehe…Mesti ada yang kata kenapa cat bilik..Nak kawin ker?...haha…Takdelah saja-saja jer..Bilik ni dah lama tak bercat nampak suram jer bilik bila duk dalam bilik so fikir-fikir baik Ad cat ..Ad pilih warna kuning susu..cerah sikit bilik…Designer kata kalo kaler gelap nampak ruang sempit...ye ker?..hehehe…tatau laa bab-bab interior design ni..So Ad pilihlaa warna cerah supaya ruang nampak luas…Cat dinding papan ni susah sikit compare dengan cat dinding simen..Habis cat melekat situ sini kat badan...Nak tanggalkan plak kena guna thinner..Malam tadi bila duk mengelamun sendiri tengok puashati gak bila kerja yang kita hendak buat dapat dilakukan dalam masa yang diperuntukkan..Rasa puassss…

Lepas siap mengecat dapat sms kawan yang bercuti kat kampung ajak soping kat KB…So kul 3 ptg Ad ke umah dia pick up dia then kami ke KB lah…Kawan tu plan nak beli baju kemeja batik.Kawan tu keje kerajaan so kena pakai batik tiap khamis…Dulu dah beli satu kat Pantai Cahaya Bulan ..tak cukup laa satu untuk gilir2 kan...Ermmm Ad duk fakir-fikir better gi Pasar MPKB sebab orang kata situ harga murah sikit dari tempat lain..So with my fren tu kami pusing-pusing lah pasar tu semua kedai jual baju batik masuk…Pilih-pilih jumpa laa yang dia berkenan…tapi saiz lak tak ada..biasanya batik ni satu corak satu saiz..ermm so Ad suggest ke Pasar Ct Nurhaliza..opsss Ct Khadijah laaa,atas sekali ada jual kain baju…banyak lagi pilihan dari Pasar MPKB tapi harga lebih sikit…Pusing-pusing lah kami ..dah laa bahang panas peluh2 duk dalam tu…Macam-macam kain batik ada..Ada duit bleh beli mana yang nak..hehehe..So proses tawar menawar lah jadinya …So sampailah kat satu kedai..Kak tu nampak baik air mukanya…So oleh kerana proses tawar menawar kami baekk punyaa…(ada skil ke tawar menawar ni….hehe) jadi dapatlah patern yang dia berkenan dengan harga RM 120 sahaja…malah dia beli 1 lagi kat kedai sebelah pulak dengan harga yang sama..Kak tu kata batik ni lima lapis…Batik ni banyak jenis lapis..ada 1 lapis,2 lapis,4 lapis…5 pun ada…10 ada tak ?..tatau..hehe…Lawa-lawa sungguh kain2 batik situ..Tapi lawa lagi mek klate yang jual kain..comey comey lote blako..Teruja sekejap..rasa nak jual kain batik jer situ..kah3…Opss terlebih sudahhh…

So after that kami ke Tesco jap beli apa-apa yang patut dengan harga yang rendah..Tesco KB ni unik sebab ada tulisan jawi ..Kelantan kan..lain dari yang lain…Masuk-masuk ramainya manusia hari cuti...Ingatkan takleh hidup pasaraya besar selepas KB Mall tu tapi manusia still ramai gak…Maybe orang Kelantan ni banyak duit kot…haha..yeke?..Mula-mula masuk kami cari surau dulu untuk menunaikan kewajipan asar kami..Buat apa-apa pun solat jangan tinggal kerana itu kewajipan yang tidak boleh ditakwil even dalam keadaan kita sakit sekalipun..rite?..hehe…Lepas tu kami belilah apa yang kami nak beli ..Selepas beli-belah singgah makan ayam plak…dari tengahari Ad tak makan..isi perut dulu lah….Then kami nak baliklah tapi tgok jam dah masuk waktu maghrib kami tunaikan pula kewajipan maghrib kami..Alhamdulillah lepas solat rasa lega dah tunaikan kewajipan yang pertama sekali akan dihisab esok-esok..Moga ibadat kami diterima..Insyallah..So selepas tu kami pulang lah ke rumah…Dekat one hour gak drive...Selepas 50 minit sampailah kami di Machang….Hantar kawan balik then Ad baliklah kerumah Ad…Sambil-sambil drive dengar lah lagu soledad nyanyian kembali oleh Westlife…Sambil dengar lagu ni Ad terfikir sesuatu…hurmmm…


If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come I'll relise
You're a loss I can't replace

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you tols me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad





Saturday, 19 April 2008

PEOPLE COME INTO YOU LIFE FOR A REASON, A SEASON OR A LIFETIME...


When you figure out which one it is,
you will know what to do for each person.
When someone is in your life for a REASON. . .
It is usually to meet a need you have expressed.
They have come to assist you through a difficulty,
to provide you with guidance and support,
to aid you physically, emotionally, or spiritually.
They may seem like a godsend, and they are!
They are there for the reason you need them to be.
Then, without any wrongdoing on your part,
or at an inconvenient time, this person will say
or do something to bring the relationship to an end.

Sometimes they die.
Sometimes they walk away.
Sometimes they act up and force you to take a stand.
What we must realize is that our need has been met,
our desire fulfilled, their work is done.
The prayer you sent up has been answered.
And now it is time to move on.

Then people come into your life for a SEASON....
Because your turn has come to share, grow, or learn.
They bring you an experience of peace, or make you laugh.
They may teach you something you have never done.
They usually give you an unbelievable amount of joy.
Believe it! It is real! But, only for a season.

LIFETIME relationships teach you lifetime lessons :
things you must build upon in order to have
a solid emotional foundation.
Your job is to accept the lesson, love the person,
and put what you have learned to use in all
other relationships and areas of your life.
It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.


Apa yang pasti manusia datang dan pergi dalam hidup kita..Kadang-kadang hanya seketika..kadang-kadang dalam masa yang cukup lama tiba-tiba hilang..Kita mesti yakin bahawa tidak semua yang ada di dunia ini akan kekal selama-lamanya..Kita mesti pasti yang tidak semua orang yang datang dalam hidup kita itu ikhlas untuk selama-lamanya..Amat sukar dan payah untuk mendapati seseorang yang cukup setia dan ikhlas dalam hidup ini...Apa yang kita mampu hanyalah berdoa agar sesiapa sahaja yang kita ada waktu dan saat ini akan setia dan ikhlas buat selama-lamanya kepada kita...Tetapi kita tidak boleh terlalu mengharap kerana mungkin nanti kita akan kecewa...

Thursday, 17 April 2008

MELUKUT DI TEPI GANTANG....

Di malam yang sunyi
Dudukku termenung sorang diri
Di jendela sepi

Hingga dinihari
Ku menantikan kepulanganmu
Namunkah hanya sekadar
Tinggal kata-kata
Bagaikan melukut di tepi gantang
Begitulah aku
Di dalam hidupmu
Ada tiada tak memberi kesan
Hanya aku menanggung
Kerinduan..

Dulu pernah kau katakan
Sayangg..
Ingin mendengarku berlagu riang..
Menawar duka laraku
Lupakan saja..
Derita yang berlalu
Tapi mengapa dirimu, kasih..
Ibarat lalang ditiup angin
Kasihmu diracun
oleh kata fitnah
penuh hina

Hingga kini kau biarkan saja..
Diriku menanggung sepi
Dengan irama dukaku
Yang tak bermakna
bagimu...