Sunday, 27 April 2008

Sampingan....sempoii...

Salam bloggers bagi semua bloggers dan pembaca yang setia…hehe…Sebelum gi keje ni Ad nak titipkan sesuatu tentang diri sebab ada permintaan suruh cerita tentang diri…ermmm..so boleh lah share but bukan semua k..hehe….

Hari ni Ad hanya ingin menitipkan apa yang Ad buat semalam..Semalam kan hari cuti Sabtu so Ad memang tak bekerjalah…Seawal pagi biasalah hari cuti Ad akan ke pasar beli sarapan untuk orang-orang kat rumah ni..Memang rutin hari cuti camtu..Takleh nak tido lama2 cuti..huhu

So lepas tu memang apa yang telah dirancang mengecat bilik Ad..hehe…Mesti ada yang kata kenapa cat bilik..Nak kawin ker?...haha…Takdelah saja-saja jer..Bilik ni dah lama tak bercat nampak suram jer bilik bila duk dalam bilik so fikir-fikir baik Ad cat ..Ad pilih warna kuning susu..cerah sikit bilik…Designer kata kalo kaler gelap nampak ruang sempit...ye ker?..hehehe…tatau laa bab-bab interior design ni..So Ad pilihlaa warna cerah supaya ruang nampak luas…Cat dinding papan ni susah sikit compare dengan cat dinding simen..Habis cat melekat situ sini kat badan...Nak tanggalkan plak kena guna thinner..Malam tadi bila duk mengelamun sendiri tengok puashati gak bila kerja yang kita hendak buat dapat dilakukan dalam masa yang diperuntukkan..Rasa puassss…

Lepas siap mengecat dapat sms kawan yang bercuti kat kampung ajak soping kat KB…So kul 3 ptg Ad ke umah dia pick up dia then kami ke KB lah…Kawan tu plan nak beli baju kemeja batik.Kawan tu keje kerajaan so kena pakai batik tiap khamis…Dulu dah beli satu kat Pantai Cahaya Bulan ..tak cukup laa satu untuk gilir2 kan...Ermmm Ad duk fakir-fikir better gi Pasar MPKB sebab orang kata situ harga murah sikit dari tempat lain..So with my fren tu kami pusing-pusing lah pasar tu semua kedai jual baju batik masuk…Pilih-pilih jumpa laa yang dia berkenan…tapi saiz lak tak ada..biasanya batik ni satu corak satu saiz..ermm so Ad suggest ke Pasar Ct Nurhaliza..opsss Ct Khadijah laaa,atas sekali ada jual kain baju…banyak lagi pilihan dari Pasar MPKB tapi harga lebih sikit…Pusing-pusing lah kami ..dah laa bahang panas peluh2 duk dalam tu…Macam-macam kain batik ada..Ada duit bleh beli mana yang nak..hehehe..So proses tawar menawar lah jadinya …So sampailah kat satu kedai..Kak tu nampak baik air mukanya…So oleh kerana proses tawar menawar kami baekk punyaa…(ada skil ke tawar menawar ni….hehe) jadi dapatlah patern yang dia berkenan dengan harga RM 120 sahaja…malah dia beli 1 lagi kat kedai sebelah pulak dengan harga yang sama..Kak tu kata batik ni lima lapis…Batik ni banyak jenis lapis..ada 1 lapis,2 lapis,4 lapis…5 pun ada…10 ada tak ?..tatau..hehe…Lawa-lawa sungguh kain2 batik situ..Tapi lawa lagi mek klate yang jual kain..comey comey lote blako..Teruja sekejap..rasa nak jual kain batik jer situ..kah3…Opss terlebih sudahhh…

So after that kami ke Tesco jap beli apa-apa yang patut dengan harga yang rendah..Tesco KB ni unik sebab ada tulisan jawi ..Kelantan kan..lain dari yang lain…Masuk-masuk ramainya manusia hari cuti...Ingatkan takleh hidup pasaraya besar selepas KB Mall tu tapi manusia still ramai gak…Maybe orang Kelantan ni banyak duit kot…haha..yeke?..Mula-mula masuk kami cari surau dulu untuk menunaikan kewajipan asar kami..Buat apa-apa pun solat jangan tinggal kerana itu kewajipan yang tidak boleh ditakwil even dalam keadaan kita sakit sekalipun..rite?..hehe…Lepas tu kami belilah apa yang kami nak beli ..Selepas beli-belah singgah makan ayam plak…dari tengahari Ad tak makan..isi perut dulu lah….Then kami nak baliklah tapi tgok jam dah masuk waktu maghrib kami tunaikan pula kewajipan maghrib kami..Alhamdulillah lepas solat rasa lega dah tunaikan kewajipan yang pertama sekali akan dihisab esok-esok..Moga ibadat kami diterima..Insyallah..So selepas tu kami pulang lah ke rumah…Dekat one hour gak drive...Selepas 50 minit sampailah kami di Machang….Hantar kawan balik then Ad baliklah kerumah Ad…Sambil-sambil drive dengar lah lagu soledad nyanyian kembali oleh Westlife…Sambil dengar lagu ni Ad terfikir sesuatu…hurmmm…


If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come I'll relise
You're a loss I can't replace

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you tols me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad





9 comments:

  1. Salam mersa Ad.You had to drive to KB for shopping?Jauh gak yer!Nak minta something leh? Promote your hometown Machang.Mesti ada yg istemewa.Myself yesterday gi ke kedai Buku DBP.Nak cari novel Sangeetha dan Kuras Kuras Kreatif karya Azizi Hj Abdullah.To my surprise cetakan pertama sold out.Silap tak beli masa Book Fair ritu.Ended dgn beli novel Naguib Mahfouz dan Leo Tolstoy. Rio

    ReplyDelete
  2. baru ingat nak jadi orang pertama bagi komen...dah ada yer...anyway kalau syam nak beli baju batik kat sana boleh la ad jadi pemandu pelancong ek..hehehehe lagi satu tunjukkan lah gambar bilik yang baru cat tuh hehehehe mesti lawa macam casa impian ahaksss...

    ReplyDelete
  3. Rio - Takde apa rasanya Machang ni..Jeram adalaa...hehe..ermm..novel apa ek ari tu kasih menanti pn tak cari lagi..

    Syam - Skrg org yg cepat org tu yang dapat..ahaks..Bleh jer jadi tourist guide..Nak letak tapi kamera rosak..haha..

    ReplyDelete
  4. lagu soledad ni one of my favourite song...syahdu sangat..oooo ad duk kat KB yek..

    ReplyDelete
  5. Azim - Syahdu bagi yg merasainya kot..hehe..Yup KB Klate..

    ReplyDelete
  6. wah lepak Tesco dio...nanti bleh blanja kawe Big Apple sedozen, hehe
    "Hepi Labour-Day"

    ReplyDelete
  7. Muin - Buleh ajo just tell me k bilo balik kg..hehe

    ReplyDelete
  8. hik..batik memang berlapis2..
    lapisannya pada warna..bukan kain..
    hehe..harga pun depends on lapisan..

    nak balik kelate gak..
    t bwak g ronda ek..:

    ReplyDelete
  9. Raz - Buleh ajo...rama eh ajok rondo2..ahaks..

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)