SELALUNYA ORANG YANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN KITA DALAM KEADAAN TERUJI
SELALUNYA ORANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN KITA TERKELIRU
SELALUNYA ORANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN KITA TERLUKA
SELALUNYA ORANG YANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN KITA TERKILAN
SELALUNYA ORANG YANG KITA SAYANG
SUKA MEMBUATKAN TAHAP KESABARAN KITA MENIPIS
DAN SELALUNYA ORANG YANG KITA SAYANG
SUKA HADIR BILA MEMERLUKAN DAN PERGI TANPA MENINGGALKAN PESAN...
Ad dapat kata-kata ni dari page myspace seseorang..Bila terbaca kata-kata ni rasa nak masukkan dalam blog plak...Terasa ada suatu aura yg istimewa dari kata-kata ini.. Ada sesuatu yang menyentuh hati kecik Ad.. Teruji,Terkeliru,Terluka,Terkilan dan pergi tanpa meninggalkan pesan..Setiap orang ada orang yang kita sayang..Orang yang dekat dengan kita..dan ada juga orang yang sentiasa bersama-sama kita setiap masa..Tapi orang itu juga yang membuatkan kita teruji ,yang mengelirukan kita,yang melukakan hati kita,yang membuatkan kita terkilan dan seterusnya pergi meninggalkan kita tanpa pesan...Adat kehidupan kita akan diuji dengan pelbagai sifat manusia ,lebih-lebih lagi orang yang kita sayang..Tindakan orang yang kita sayang akan membuatkan kita rasa sangat terkilan dan kecewa tapi adakah kita dapat memastikan ianya tidak berlaku..Walau sebaik manapun kita menjaga sebuah perhubungan tidak kiralah percintaan atau persahabatan namun kita masih juga terkilan dan teruji..Adakah ini suatu takdir yang harus kita tempuh?..Tiadakah langkah2 yang dapat menghalang kelukaan dan kekecewaan itu dari terus berlaku?Hanya Allah yang tahu..Manusia hanya mampu berserah..Berserah pada takdir yang seterusnya menjadikan kita teruji,terkilan ,terluka ataupun terkeliru..Tapi kita jangan lah lupa bahawa kuasa Allah adalah penentu segala-galanya...Mintalah dariNYA supaya perhubungan itu diredhai dan dirahmati dan kita tidak merasa teruji , terkeliru ,terluka dan terkilan lagi..
selalunyer begitu dan memang begitu....itu la maksudnyer orang yang tersayang.....lebih banyak dugaan lebih sayang kita pada orang itu....
ReplyDeleteketerujian itu satu proses kematangan dalam penghidupan. tanpa ujian... pasti kita tidak tahu kelemahan juga kelebihan kita. seharusnya diuji dengan ujian dariNYA. segala dariNYA ada kebaikan dan ada hikmah disebaliknya. kita sebagai hambaNYA perlu menrungkai permasalahan dan pengujian itu ke arah lebih postitf agar ia dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna. bersabarlah menempuhi ujian itu. kita sebagai manusia memang tak lepas dari semua pengujian. samada percintaan atau persahabatan... kedua-duanya saling berkait dan seharusnya jujur dan ihklas dalam menjalin hubungan. sebenarnya dan hakikatnya... "kalau tak bertepuk sebelah tangan... tak akan berbunyi"...segalanya terletak pada hati dan pemikiran yang waras serta tindakan sewajarnya perlu disusuli agar setiap perhubungan itu berkekalan. percintaan atau persahabatan itu satu hubungan yang suci. marilah kita sebagai manusia dan hamba dariNYA mengucapkan syukur kerana sehingga ke hari ini kita masih diberi peluang untuk disayangi dan menyayangi. siapa tahu apa yang berlaku pada hari esok. bersedialah menerima segala kemungkinan dan segala kemungkinan itu boleh diubah jika kita mahu dan kita sentiasa berdoa serta berusaha disusuli dengan tawakal juga berserah. kerana Allah lebih Maha Mengetahui segalanya...
ReplyDeleteSyam - ermm camtu ek?..hehe..Ya betulll..
ReplyDeletePutra745 - Thanks for the long comment..appreciate it very much..Allah lebih mengetahui segalanya...
tetiba teringat orang yang tersayang yang dah lama pergi bila terbaca entri ini..hmmm
ReplyDeleteNtah la..kdg2 rasa penat dahh.. hurmmm...rs mcm nk pinjam entry ni ltk kat blog kawe la..blh ko?
ReplyDeleteAzim - Memori sentiasa bermain-main difikiran kita.
ReplyDeleteMuin - Boleh jer...tapi kna tulis entry siapa..ahaks..