Saturday, 12 April 2008

LELAKI MENANGIS ..HILANG KEJANTANAN??



Jarang sangat kita melihat lelaki menitiskan air mata tetapi sebenarnya mereka pun menangis. Mungkin kaum lelaki selalu memikirkan ego-nya, apalagi ingin menangis didepan kaum perempuan sudah pasti tidak sanggup.

Ramai lelaki tidak mengakui bahawa sebenarnya hati mereka mudah tersentuh, mata mudah bergenang, terharu dengan menitiskan air mata. Mereka berpendapat bahawa lelaki yang menangis tidak macho atau jantan. Apakah benar semua ini?..
Lelaki adalah manusia yang mempunyai emosi dan rasa sehingga akan menitiskan air mata apabila mereka mengalami kesedihan yang amat sangat.

Tetapi semua itu mereka tepis karena kalau menangis mereka akan dilihat tidak macho. Emosi, suka, gembira, duka, patah hati sebenarnya tidak ada kaitannya dengan macho atau kejantanan. Kerana lelaki juga berhak untuk menangis dan itu adalah sifat manusia yang punya hati dan perasaan samada untuk meluahkan kegembiraan dan kesedihan..

Tetapi menangis adalah satu tindakbalas normal setiap manusia. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, kedua-duanya memiliki hak yang sama untuk merasa sedih sehingga menitiskan air mata.

Ada bermacam-macam jenis `menangis’ dan semuanya memiliki kaitan dengan faktor psikologi, kimia dan komposisi hormon. Mata juga boleh bergenang, berair dan merembeskan air mata saat memotong bawang kat dapur. Tetapi air mata mengalir keluar saat kita mengalami rasa sedih,terkilan atau sekadar mengenang kembali kenangan lama dan pengalaman pahit.

Air mata yang bergenang adakalanya diikuti dengan tangisan yang lebih kuat hingga tersedu-sedu seperti kanak-kanak. Dengan menangis maka perasaan tertekan akan terasa lega. Inilah yang dikatakan ‘tangisan yang berkesan’, kerana mampu memberi kesan yang baik pada emosi seseorang begitu juga saat kita gembira dengan ketawa. Jadi janganlah malu untuk menangis kerana itu tidak ada kaitan dengan kejantanan seorang lelaki. Kalau kita tidak ingin dilihat lemah oleh pasangan atau kawan, kita boleh lakukannya di bilik saat sendiri . Jadi tidak ada yang tahu kan? So...kalau ingin menangis.. menangis lah...jangan dipendam dalam hati kerana menangis akan melegakan emosi dan memberikan suatu kepuasan untuk diri kita.

10 comments:

  1. Ya...saya setuju..menangis boleh meredakan perasaan yang bergelora...dan sememangnya lelaki dan perempuan punyai hak yang sama untuk menangis...

    p/s:by da way,already link urs too...tq.

    ReplyDelete
  2. Ad,Ambo keliru Org jantan nangis kerna putus kasih ker keputusang pitih.... Kalo lelaki no problemo. cause firm sokmo. Rio.

    ReplyDelete
  3. xsalah lelaki menangis!!
    cuma yg menjadi masalah..sebab mengapa lelaki menangis..
    adakah lelaki menangis kerana putus cinta???
    kematian orang tersayang???
    sengkek xde duit???
    tersentuh tengok citer feeling2??

    Lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete
  4. tak mengapa kalau menangis...fikir positif

    ReplyDelete
  5. Selalu menangis time dlm tido n dlm toilet..br org x nampak.. heheh... x macho la klu menangis depan2..org kan..blh je lelaki menangis cos manusia tu makhluk tuhan yg begtu sempurna dr segi akal n emosi. Yg lebih elok n afdal, menangislah ketika mengadap Tuhan Yg Maha Pengasih n Penyanyang

    ReplyDelete
  6. bf i pernah menangis menyesal kerana melemparkan kata-kata yang tak bape best kat i. beberapa hari lepas tue baru dia sedar yang dia betul-betul sayangkan i. boleh caya ker cam tue??

    ReplyDelete
  7. apakah lelaki menangis kerana benar-benar menyayangi seseorang? boleh caya ke atau palsu aje sume tue?

    ReplyDelete
  8. MISS SHAFIQUE - Mungkin keikhlasan itu ada .Penyataan tentang kekesalan dalam diri sbb lelaki amat sukar menangis..tetapi jika kerap sangat tu mcm lakonan laa plak..hehe

    ReplyDelete
  9. NE`88 RZ KS....aku pernah mengalami keadaan lelaki menangis.masa itu aku sedang bercinta tetapi itulah kisah cinta ku pada tahun 1988. udah lama tu..tetapi teringat jugak kenangan lama itu. lelaki itupun udah ada anak-anak yang comel. sampe sekarang aku tidak tahu kenapa dia menangis. hubungan kami putus tidak berderai.SENTUHAN KECUNDANG gitu lagu yang pernah dia kirimkan padaku...malah aku kini amat bahagia bersama famliku. cuma aku masih simpan kasihku dilubuk hatiku...ku doakan dia pun bahagia bersama famlinya.

    ReplyDelete
  10. sape yg rajin tgk bola mesti pernah tgk laki2 yg menangis

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)