Monday, 12 January 2009

PERTUKARAN

Mungkin tiada yang menjangka apa yang berlaku pada diri Ad hari ini..Suatu yang mungkin boleh dikatakan kejutan..Balik jer dari bercuti selama 5 hari..Masuk jer pejabat pada 6/1/09 sudah terdengar ura-ura akan pertukaran Ad ke sebuah daerah di Kelantan...Ad ingatkan ianya seperti ura-ura beberapa bulan sebelum ini yang akhirnya terbatal..Tetapi kali ini ianya benar-benar berlaku...Ad ditukarkan ke daerah/jajahan Tanah Merah...
Perkhabaran ini membuatkan diri serba salah sebenarnya..Ialah bila kerja di HQ negeri tiba2 dipindahkan ke daerah..Dari tempat yang beratus-ratus staff dengan tempat yang beberapa orang staff sahaja..Dari pejabat disebuah ibu negeri yang sibuk ke sebuah daerah yang tenang tanpa kesibukan kota..Tidak terlintas ini akan terjadi pada fikiran Ad tetapi takdirnya begitu..Mungkin ada kebaikannya disini..Dari jarak ke tempat kerja dahulu selama 50 minit drive..dengan hanya 15 minit drive...Save banyak masa dan minyak...
Tetapi difikiran Ad masih terbayang-bayang kenapa Ad dipindahkan..Kenapa dulu sukar boss hendak lepaskan ke daerah lain..Tetapi sekarang keputusan yang hanya mengambil masa 2 hari..
Dialog Ad dengan Boss..
Boss -"Ad awak beruntung kerana ditukarkan kesana sebab awak boleh merasa dua situasi kerja yang berbeza...Di KB awak hanya duduk dipejabat dan menunggu masa untuk pulang tetapi disana nanti awak akan menemui peniaga-peniaga disana...Suatu kerja yang membuatkan awak berhadapan dengan orang ramai..Awak akan keluar merata-rata tempat memeriksa.."
Ad- "Yup boss...Saya akan merasai dua situasi yang berbeza nanti..Dan untungnya saya , saya dapat memenuhi kehendak disini dengan berada disana..Saya sudah tahu apa kehendak disini yang diperlukan dari sana...,terima kasih boss"..
Cukup berbeza situasi di daerah dengan di KB...Masuk/keluar tanpa thumb print..haha...Bila2 jer boleh keluar ...Boss lak takde..Boss hanya di KB...Mungkin cuma risau kalau-kalau Boss lakukan spotcheck..hehe...But mungkin boleh diharapkan teman2 di KB dahulu untuk memaklumkannya...Rasa free sangat..
Cuma Ad perlu sesuaikan dengan situasi kerja yang berbeza ini..Duduk dipejabat yang cukup dengan rule 8pagi -5 ptg dengan kerja yang rasanya tak berapa formal sangat situasinya..Keluar memeriksa dan balik buat laporan terus dihantar ke KB..Dulu duduk di KB dan compile laporan dari daerah dan dihantar ke Putrajaya...Ad boleh merasai floww /aliran kerja itu dari awal sampai akhir...Mungkin ada hikmahnya disini..Tapi tiada siapa yang tahukan..Yang penting dalam hidup kita gain pengalaman seberapa banyak yang mungkin..Dengan pengalaman itu kita akan belajar dan memahami sesuatu...alhamdulillah..Harapan agar Ad dapat mencintai tugas baru ini..Insyallah...

8 comments:

  1. selamat bekerja di tempat baru bro ad..

    dimana pon tempat keje nya.. pastikan cemerlang selalu!! wish u all the best!

    ReplyDelete
  2. selamat berhijrah dan selamat bertugas di tempat baru... yup betul tur biarlah kita mencintai tugas itu barulah kita akan ikhlas melaksanakannya... tak kenal maka tak cinta,... betul tak abg ad? apa2 pun jgn la merasa rendah diri... pertukaran itu pasti ada hikmah... mana tahu satu hari nnt, abg ad lak jadi boss... aminnn.... adios... selamat malam... oppsss... selamat tengah malam .... 12:23am

    ReplyDelete
  3. salam abg ad....
    saper cakap tak leh nak skodeng blog yanie
    hehhehhe
    ari tu jer private kan kejap
    sebab kebizian

    mai la skodeng ek

    ReplyDelete
  4. ALHAQIMI- Tima kasih ..Insyallah...proses menyesuaikan diri dengan staff dan keje..Moga cemerlang sokmo..hehe

    ReplyDelete
  5. PUTRA745-Moga cinta kat kerja itu ikhlas.. ahaks..tak kenal maka tak cinta ek?..hehe..Aminnn...

    ReplyDelete
  6. YANIEPUTRAJAYA-Ari tu takleh skodeng laa... Skrg baru bleh skodeng balik..huhu...Duk skodeng dah ni..hehehe...

    ReplyDelete

LUAHKAN RASA YANG ADA :-)